Kredit foto: Instagram Rykarl Iskandar

    

Rykarl Iskandar atau nama lahirnya, Nor Heidzriq Haikal Norhamizan merupakan pelakon kanak-kanak popular Malaysia.

Beliau mencipta nama seangkatan dengan pelakon cilik terkenal seperti Mia Sara Nasuha, Puteri Balqis, Jay Nazif dan Muhammad Arif Abdullah atau Buntat.

    

Biodata Rykarl Iskandar

1. Nama sebenarnya, Nor Heidzriq Haikal bin Norhamizan. Dikenali sebagai Rykarl Iskandar, Raykarl Iskandar dan Heidzriq Haikal.

2. Kelahiran Chukai, Terengganu pada 10 Mac 2005. Kini berumur 14 tahun.

3. Kediamannya terletak di Putrajaya.

4. Merupakan pelakon, pengacara dan penyanyi yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.

5. Antara drama dibintanginya seperti Lembing dan Layang, Begitukah Cinta, Elly & Epit, Jangan Ambil Padang Kami, SaifulNita, Geng Bas Sekolah (Musim 5) dan Strawberi & Karipap Series (Musim 2).

6. Termasuk telefilem Taubat Nasuha - Amirul, Hijab Kekasih, Cikgu Timah Tukar Sekolah, Badang, Berani Jadi Papa dan banyak lagi.

7. Penglibatannya di layar lebar menerusi filem Ajiboy, Kisah Paling Gangster, Balistik, Lelaki Harapan Dunia, Manisnya Cinta di Cappadoccia dan Cicakman 3.

    

Fakta Menarik

  • Bekas pelajar Sekolah Rendah Islam Seri Pintar Al-Amin, Bandar Sunway, selain belajar secara 'home schooling' atau pembelajaran dari rumah.
  • Pemenang kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) selama dua tahun berturut-turut.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama @rykarl_official sehingga kini sudah mencatatkan lebih 670,000 pengikut.
  • Menyimpan impian untuk bergelar penerbit dan pengarah suatu hari nanti.

    

Foto

rykarl iskandar

ibu rykarl iskandar

rykarl iskandar height

keputusan upsr rykarl iskandar

umur rykarl iskandar 2020

raykarl iskandar 543

rykarl iskandar 2020

biodata rykarl iskandar 2020

smk astro ceria 55

Kredit foto: Instagram Rykarl Iskandar & Instagram SMK

    

Video

Kredit video: Masih dalam karakter 'Berani Jadi Papa' Neelofa pening interview Rykarl Iskandar dan Ungku Hariz

    

Sumber:

1. Wikipedia Rykarl Iskandar

2. Rykarl Iskandar Berhenti Sekolah Tak Tahan Diejek

3. Rykarl Iskandar Kembali Bersekolah Selepas Dua Tahun Belajar Di Rumah

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)