Biodata

1. Pemilik nama penuh Nur Akmalina binti Iskandar.

2. Lahir pada 4 Ogos 1991 di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Kini berusia 28 tahun.

3. Kediaman terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

4. Bergiat dalam dunia seni sebagai pelakon dan model.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

6. Anak kedua daripada empat adik-beradik.

7. Pernah mengenakan hijab, sebelum akhirnya kembali dengan imej asalnya yang tidak bertudung.

8. Memulakan kerjaya membintangi drama negara Brunei berjudul Etna Suraya, hasil kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Radio Televisyen Brunei (RTB). 

9. Pernah mengikuti pengajian dalam jurusan Pengurusan Perniagaan di Kolej International Graduate Study (IGS) di Bandar Seri Begawan, namun memutuskan untuk berhenti belajar kerana ingin memberi fokus kepada kerjayanya sebagai pelakon.

10. Pada 27 November 2018, beliau terbabit dalam kemalangan jalan raya yang turut melibatkan dua buah kereta lain. Bibirnya koyak, malah hidungnya patah dalam insiden yang berlaku di Kuala Lumpur itu. 

11. Membintangi filem Ada Apa Dengan Rina? (filem Brunei), Muka Surat Cinta, Sniper, Lu Gua Bro, Pengantin Malam dan Hospital.

12. Juga drama televisyen, antaranya Rintihanku, Jika Itu Takdirku , Dendam Semalam, Lari Mira, Mr Tanda Soal, Andainya Takdir, Bicara Cinta Tertangguh, Cinta Bukan Kristal dan Setelah Cinta Itu Pergi.

13. Termasuk telefilem Serambi Mama, Pondok Itu Rumahku, Sha, Shah & Syawal, Kalau Aku Kaya, 13 Tiang Cinta, Siapa Dia Sebenarnya, Jasmine, Bini Muda, Ratu Kebaya Masuk U, Syahadah Terakhir, Gerabak Cinta dan Senarai Raya Papa.

14. Tercalon dalam kategori Aktres Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 serta Pelakon TV Wanita Popular dan Pasangan Serasi Drama (bersama Shukri Yahaya) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

Foto

biodata dan latar belakang pelakon nina iskandar 2

biodata dan latar belakang pelakon nina iskandar 3

biodata dan latar belakang pelakon nina iskandar 4

biodata dan latar belakang pelakon nina iskandar 5

biodata dan latar belakang pelakon nina iskandar 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Harian Metro

3. Kosmo

4. Instagram Nina Iskandar

5. Youtube TV3 Malaysia Official




Hakcipta iluminasi.com (2017)