Kredit foto: Instagram Nadzmi Adhwa

    

Nadzmi Adhwa sememangnya cukup sinonim dengan pelakon Ardell Aryana yang kini sudahpun sah bergelar isterinya.

Mula meledak menerusi drama rantaian 'Hati Perempuan', nama aktor itu kekal relevan apabila kemunculannya masih terlihat di kaca televisyen menerusi karya drama dan telefilem.

Jom berkenalan dengan lebih dekat pemuda yang beridentitikan rambut keriting kembang ini.

   

Biodata

1. Nama penuhnya, Nadzmi Adhwa bin Nor Adzmi. Dikenali sebagai Nadzmi Adhwa.

2. Kelahiran Kuala Lumpur pada 6 November 1992. Kini berusia 27 tahun.

3. Berketinggian 1.75 meter.

4. Anak kedua daripada empat orang adik-beradik yang mana kesemuanya adalah lelaki. Tiga lagi adik-beradiknya yang lain ialah Nadzmal Akmal (abang), Nadzim Adzham (adik) dan Nadzmin Adam (adik).

5. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Rekaan Grafik dan Multimedia daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor. Sebelum itu, beliau mendapat pendidikan di Victoria Institution.

6. Aktif sebagai penyanyi yang memperjuangkan genre muzik Pop dan R&B sejak tahun 2011, manakala kerjayanya sebagai pelakon bermula pada 2014. Selain itu, beliau turut bergiat sebagai model dan pengacara.

7. Antara drama dibintanginya seperti Hati Perempuan, Cinta Roller Coaster, Jom Kahwin, Namaku Bedah, Cinta Hati Batu , Mencari Qiblat dan Nota Buat Cempaka.

8. Termasuk telefilem Tollgate Asmara, Jejaka Terhangat Di Pasaran, Jangan Ambil Botol Itu, Cinta Kucing Parsi, Imamkan Aku, Rumah Hantu Sakit Jiwa, Selekoh Terakhir dan banyak lagi.

9. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Langit Cinta dan Anak Perjanjian Syaitan.

10. Dalam bidang pengacaraan, beliau pernah menghoskan program Ketuk-Ketuk Ramadan, Jalan Jalan Makan Angin, Rentak Juara dan Jalan-Jalan Baazar Ramadan.

11. Menamatkan zaman bujang dengan pelakon Ardell Aryana pada 1 September 2019.

   

Foto

nadzmi adhwa ardell

nadzmi adhwa kahwin

nadzmi adhwa ig

umur nadzmi adhwa

ardell

nadzmi adhwa dan ardell

nadzmi adhwa

Kredit foto: Instagram Nadzmi Adhwa

    

Video

Kredit video: Youtube MVM Music

   

Sumber:

1. Wikipedia Nadzmi Adhwa

2. Nadzmi Adhwa Jodoh Ardell Aryana

3. Nadzmi Adhwa Genggam Ijazah Seni Reka Grafik

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)