Biodata

Nama penuh: Nur Arina binti Abdul Malek

Nama popular: Erin Malek

Tarikh lahir: 15 Julai 1994

Umur: 25 tahun

Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon dan pengacara

Media sosial: Instagram @erinmalekofficial

Fakta Menarik

1. Anak kepada jurufota popular, Abdul Malek Marwi.

2. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2005.

3. Filem pertama lakonannnya berjudul Bilut arahan Bade Hj. Azmi pada tahun 2006. Diikuti Tentang Bulan (membawa watak sebagai Zurina), Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib (sebagai Erin), Congkak (sebagai Ely), Senjakala (sebagai Intan), Jangan Pandang-Pandang (sebagai gadis kampus), Lari (sebagai Ina), Cinderella (sebagai Farah), Hantu Nan Sempit (sebagai Tasha) dan Awak Nak Kahwin Dengan Saya (sebagai Puteri).

4. Pembabitannya dalam drama menerusi Comel, Durja Ningsun (sebagai Aria), Mistik Alam Hitam (Episod Ku Seru Jin, sebagai Ana), Aishiteru (sebagai Azira), Tanah Kubur Musim 4 (Episod Dayus, sebagai Ayu), 3 Nenek 3 Dara, Tiga Dara Pelamin Satu, Misiku Kuza Musim 1 dan 2 (sebagai Kuza).

5. Manakala dalam telefilem pula menerusi Perigi Kontang, Lari Sayang Lari, Ya Habibi, Cinta Di Gerai, Bila Hujan dan Janin (sebagai Erma).

6. Juga pernah diundang sebagai tetamu jemputan dalam program masakan, Ketuk - Ketuk Ramadan 2016.

7. Mendirikan rumah tangga dengan Farriz Fauzy pada 10 Oktober 2014. Sehingga kini dikurniakan dua orang anak iaitu Mohamed Faliq (lahir 1 Oktober 2015) dan Nur Aisha (lahir 10 Februari 2017).

8. Seorang lagi anaknya yang juga kembar kepada anak sulung beliau telah meninggal dunia sewaktu masih dalam usia kandungan 16 minggu kerana implikasi lebihan cecair dalam perut.

Foto

biodata dan latar belakang pelakon erin malek 2

biodata dan latar belakang pelakon erin malek 3

biodata dan latar belakang pelakon erin malek 4

biodata dan latar belakang pelakon erin malek 5

            

Kredit:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. Astro Gempak

4. Instagram Erin Malek




Hakcipta iluminasi.com (2017)