Kredit foto: Instagram Puteri Balqis

     

Puteri Balqis merupakan seorang aktres remaja popular di Malaysia yang memulakan karier seni sejak usia dua tahun iaitu selepas menjayakan sebuah sesi ujibakat.

Kemunculan sulungnya di layar kaca adalah pada tahun 2011, menerusi siri televisyen Gemilang yang diterajui Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Shahz Jaszle.

     

Biodata

1. Nama sebenarnya, Puteri Balqis binti Azizi. Menggunakan nama komersial, Puteri Balqis.

2. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 12 April 2007. Kini berumur 13 tahun.

3. Merupakan pelakon dan model komersial yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

4. Antara drama dibintanginya seperti Gemilang, Cinta Itu Milikku, Astana Cinta Aleesa, Akulah Balqis, Andainya Takdir dan Sweet Dreams.

5. Termasuk telefilem Di Sebalik Tirai Kasih, Anak Lorong, Aku Tahu, Saloma, Kulit, Ana Anak Ibu dan banyak lagi.

6. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Strawberi Cinta, Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng, Makrifat Cinta dan KL Special Force.

7. Pemegang trofi Anugerah Artis Harapan Pantene di Anugerah Skrin ke-16, Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin ke-18 dan Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia ke-19.

8. Pada Mei 2018, beliau dilaporkan menghidap masalah jantung.

    

Fakta Menarik

  • Lebih mesra disapa Aqish.
  • Anak perempuan tunggal kepada pasangan Azizi Aziz dan Norashikin Mohd Aziz.
  • Arwah datuknya, Mohd Aziz Arifin atau Ken Arifin pernah seangkatan dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee semasa era kegemilangan filem-filem Melayu di Studio Jalan Ampas.
  • Bergelar pelakon sejak usia dua tahun selepas menjayakan sebuah sesi uji bakat.
  • Pernah membuat kemunculan dalam video muzik penyanyi Hafiz Suip berjudul 'Matahari' dan Anuar Zain menerusi 'Andainya Takdir' serta 'Cinta Takkan Berakhir'.
  • Mengidolakan bintang Hollywood, Dakota Fanning dan Natalie Portman, termasuk seniman Tan Sri P. Ramlee.

    

Foto

puteri balqis

puteri balqis sakit

ibu puteri balqis

ayah puteri balqis

kisah puteri balqis

puteri balqis azizi

bersamamu puteri balqis

Kredit foto: Instagram Puteri Balqis

    

Video

Kredit video: Puteri Balqis, Puteri Yang Diduga | MHI (13 Januari 2020)

    

Sumber:

1. Wikipedia Puteri Balqis

2. Puteri Balqis: Diintai produksi luar

3. Aqish ada masalah jantung

4. Puteri Balqis hidap kanser

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)