Kredit foto: Instagram Aniq Iffat

    

Muhammad Aniq Iffat bin Ruzaimi atau nama popularnya, Aniq Iffat merupakan seorang penyanyi dan pelakon remaja Malaysia yang dicungkil bakatnya daripada program Ceria Popstar musim keempat, anjuran Astro Ceria.

Beliau kini menempa populariti menerusi siri SMK yang antara lain dibintangi pelakon-pelakon remaja popular seperti Wafiy Ilhan, Mia Sara, Rykarl Iskandar, Erissa Puteri, Muhammad Shahidan dan ramai lagi.

    

Biodata

1. Nama sebenarnya, Muhammad Aniq Iffat bin Ruzaimi.

2. Menggunakan nama komersial, Aniq Iffat.

3. Lahir pada 24 April 2006 di Slim River, Perak. Berumur 14 tahun.

4. Merupakan penyanyi dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.

5. Namanya melonjak naik selepas penyertaan dalam pertandingan Ceria Popstar musim keempat pada 2016.

6. Menggunakan laman sosial Instagram atas nama @aniq._official yang sehingga kini sudah mengumpul lebih 275,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Ibu bapanya berkhidmat sebagai pendidik.
  • Dari umur 4 hingga 8 tahun, beliau mendapat pendidikan di sekolah di Felda Mempaga, Karak, Bentong, Pahang, sebelum berpindah ke Ipoh, Perak.
  • Menyifatkan jiwanya terletak pada lagu-lagu yang berkonsepkan rock, namun masih mampu mempelbagaikan nyanyian dalam beberapa genre muzik termasuk Irama Malaysia.
  • Mula menunjukkan bakat nyanyian sejak berumur dua tahun, manakala di usia enam tahun beliau mula menyanyi menggunakan iringan band.
  • Sewaktu berumur tujuh tahun, beliau pernah menjayakan persembahan dalam sebuah majlis di Istana Negara yang dihadiri Raja Permaisuri Agong.
  • Pernah berentap dalam pertandingan nyanyian Bintang Kecil anjuran RTM.

   

Foto

aniq iffat

aniq iffat age

umur aniq iffat

biodata aniq iffat 2020

aniq iffat ig

siapa aniq iffat

kekasih aniq iffat

Kredit foto: Instagram Aniq Iffat

    

Video

Kredit video: Ceria Popstar 2016: [KARAOKE] Aniq 'Opera Hidup'

    

Sumber:

1. Mengenali Aniq Ceria Popstar 2016

2. Pelajar Tahfiz Antara 12 Peserta 'Ceria Popstar'

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)