Kredit foto: Instagram Fara Mendoza

    

Siapa Fara Mendoza? Norfaralinah Md Yunus atau nama popularnya, Fara Mendoza merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak tahun 2013.

    

Biodata Fara Mendoza

Nama sebenarnya, Norfaralinah binti Md Yunus, bagaimanapun lebih dikenali umum menerusi nama komersialnya, Fara Mendoza.

Pelakon berusia 30 tahun (2020) ini mula aktif mewarnai dunia hiburan sejak tahun 2013.

Antara drama dibintanginya termasuk Ramadan Yang Hilang pada 2013, Projek Memikat Suami (2013), Suamiku Encik Sotong (2014), Shhh... I Love You (2017), My Coffee Prince (2017) dan Raisha 2 (2018).

Pembabitannya di layar perak pula adalah menerusi filem Keranda Tok Wan Terbang pada 2015.

Sehingga kini, laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @fara_mendoza sudahpun diikuti lebih 470,000 pengikut.

Selain menghiasi drama, telefilem mahupun layar lebar, nama Fara juga acapkali terpalit dengan laporan cerita sensasi di muka media.

Antaranya termasuk dirinya yang mendakwa dipukul kekasihnya pada tahun 2017 selepas mendapat tahu lelaki itu sudah beristeri.

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah lokasi di Kuantan apabila lelaki berkenaan menjemputnya ke kawasan yang diperkatakan.

    

Foto

fara mendoza

gambar fara mendoza

farah mendoza

fara mendoza instagram

fara mendoza biodata

fara mendoza tumblr

asal usul fara mendoza

Kredit foto: Instagram Fara Mendoza

    

Sumber:

1. Wikipedia Fara Mendoza

2. ‘Saya bukan perempuan murahan’

3. Fara Mendoza ditampar, dipukul kekasihnya

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)