Kredit foto: Instagram Erissa Puteri

    

Selepas menyertai Ceria Popstar musim 2, nama Erissa Puteri terus mekar dalam lapangan seni hiburan.

Walaupun masih di usia remaja, gadis comel pemilik nama penuh Erissa Puteri Hashim ini sudahpun mengumpul ramai peminat. Buktinya, akaun Instagram beliau telahpun mencatatkan lebih 710,000 pengikut.

    

Biodata Erissa Puteri

1. Nama sebenarnya, Erissa Puteri binti Hashim. Dikenali dengan nama komersial 'Erissa Puteri'.

2. Lahir pada 1 Mac 2003. Berumur 17 tahun (2020).

3. Berasal dari Selangor.

4. Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai pelakon, penyanyi, model dan pengacara.

5. Bakatnya dikesan daripada rancangan Ceria Popstar musim kedua anjuran Astro, di bawah bimbingan penyanyi terkenal Alyah yang meletakkannya di kedudukan keempat sewaktu peringkat akhir.

6. Kerjayanya dalam bidang seni suara bermula menerusi penerbitan single sulung berjudul Matahari.

7. Pernah muncul dalam drama Super Game Boy dan siri SMK, termasuk telefilem Kasut Bola Pink.

8. Menggunakan akaun Instagram atas nama @esstee_puteri yang sehingga kini sudah diikuti lebih 710,000 followers.

    

Fakta Menarik

  • Minatnya dalam bidang nyanyian, tarian dan lakonan mula bercambah semenjak kecil .
  • Dipilih sebagai Mouseketeers pertama Malaysia untuk program Club Mickey Mouse (CMM) di Disney Channel. Selebriti antarabangsa yang pernah memegang peranan 'Mouseketeers' adalah seperti Britney Spears, Justin Timberlake dan Christina Aguilera.
  • Memasang angan-angan untuk menjadi seperti penyanyi antarabangsa terkemuka, Britney Spears.
  • Selain ingin menjadi penghibur dan artis, beliau juga bercita-cita bergelar akauntan dek kerana minat terhadap nombor dan subjek matematik.

    

Foto

erissa puteri

erissa puteri 2020

erissa puteri age

erissa puteri ig

erissa puteri boyfriend

tinggi erissa puteri

umur erissa puteri

Kredit foto: Instagram Erissa Puteri

    

Video

Kredit video: Sweetnya! Gandingan Luar Biasa Warissa Berdua lagi baik ..Wafiy Erissa | Hanya Dirimu

    

Sumber:

1. Matahari Erissa meletup

2. Erissa, Mouseketeers Club Mickey Mouse Ingin Menjadi Artis Berjaya Seperti Britney Spears

3. Super Game Boy: Pengembaraan empat sekawan

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)