Kredit foto: Instagram @ammar_alfian

Biodata

1. Pemilik nama penuh Ammar Alfian Aziz bin Mohd Zakri.

2. Dikenali sebagai Ammar Alfian.

3. Kelahiran Cardiff, United Kingdom pada 5 April 1987.

4. Berasal dari Johor Bahru.

5. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

6. Berketinggian 1.86 meter.

7. Anak bongsu daripada tiga adik-beradik.

8. Bapanya, Profesor Mohd Zakri merupakan seorang profesor di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.

9. Pelakon dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008.

10. Bakatnya dicungkil daripada pertandingan Hero Remaja 2008. Diangkat sebagai finalis, beliau bagaimanapun tewas di tangan pelakon Kamal Adli yang dinobatkan juara, manakala Fizo Omar di tangga kedua.

11. Namanya meledak selepas memegang watak dalam drama Tari Tirana, siaran TV3.

12. Pembabitannya di layar perak menerusi filem KL Gangster 2, Showdown The Movie, Langit Cinta dan PASKAL.

13. Di layar kaca pernah menghiasi drama Tari Tirana, Nur Fansuri, Kem Pink, Dia Atilia, Cinta Luhur Ezumin, Sirah Cinta, Sahara, Evolusi KL Drift: The Series, Musim Cinta Belum Berlalu, Bila Chacha Masuk Asrama, Puteri Gunung Ledang, Nasuha, Eksperimen Cinta, Abang Sado Jemur Kain, Syurga Nur dan Hello, Mr. Perfect.

14. Juga telefilem Ponti Anak Remaja, Cinta Terlepas Pandang, Gamitan Bayu Kasih, Kasanova Metropolitan, Sebentuk Kunci Sedetik Cinta dan Jauh.

15. Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Puteri Sarah Liyana, sebelum akhirnya mendirikan rumah tangga dengan Nelissa Nezam pada 6 Mac 2016.

Foto

biodata dan latar belakang pelakon ammar alfian 2

biodata dan latar belakang pelakon ammar alfian 3

biodata dan latar belakang pelakon ammar alfian 4

biodata dan latar belakang pelakon ammar alfian 5

biodata dan latar belakang pelakon ammar alfian 6

Kredit foto: Instagram @ammar_alfian

Video

Kredit video: Youtube Meletop

Sumber:

1. Wikipedia [1, 2]

2. Harian Metro

3. Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)