biodata datin shahida

Kredit foto: Instagram Datin Shahida

   

Datin Sri Nur Shahida merupakan isteri kepada usahawan kosmetik, Dato' Sri Aliff Syukri Kamarzaman yang juga anak pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim.

Beliau mula dikenali menerusi kumpulan nasyid, Solehah yang turut dianggotai penyanyi Bienda.

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Nur Shahida binti Mohd Rashid

2. Kelahiran 14 Mac 1985. Kini berusia 34 tahun.

3. Mempunyai tujuh orang adik-beradik.

4. Merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga.

5. Mendirikan rumah tangga dengan usahawan kosmetik, Aliff Syukri Kamarzaman yang juga dikenali sebagai Aliff Syukri pada Ogos 2007 dan telah dikurniakan empat orang zuriat iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 da Yusoff Al Qardawi, 1. Mereka turut membesarkan seorang anak angkat bernama Ameena yang kini berusia dua tahun.

6. Menggunakan akaun Instagram rasmi atas nama @shahidadherbs yang sehingga kini mengumpul lebih dua juta pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Teman rapat kepada penyanyi Bienda.
  • Pernah tular kerana membintangi iklan syampu Sunsilk suatu masa dahulu.
  • Beliau dan Aliff Syukri mula berkenalan selepas kedua-duanya menjayakan peranan sebagai model Sunsilk, sebelum akhirnya bernikah dua tahun kemudian.
  • Bekas ahli kumpulan nasyid Solehah. Beliau bersama anggota asal Solehah iaitu Bienda, Wan dan Shireen pernah membuat kemunculan semula dengan menubuhkan 'Bienda & Friends'.
  • Antara lagu-lagu yang dipopularkan Shahida bersama rakan kumpulannya seperti Nikmat Allah, Hadis Rasullullah, Rukun Iman Dan Rukun Islam, Penantian serta Renungkanlah.
  • Sukakan masakan kampung, dalam masa sama gemar menyediakan hidangan churos, spageti dan juga kek.
  • Menginspirasikan ibu mentuanya, Rozita Ibrahim yang merupakan pengasas Sendayu Tinggi Corporation. Shahida menjadikan Rozita sebagai tempat rujukan untuk mendapatkan nasihat terutamanya ketika dilanda musibah.

    

Foto 

datin shahida

datin nur shahida 512

biodata datin seri shahida

nur shahida mohd rashid umur

asal usul datin nur shahida binti mohd rashid

biodata datuk aliff syukri

datin sri nur shahida binti mohd rashid

latar belakang datin shahida

isteri aliff syukri

wikipedia datin sri shahida

siapa datin sri shahida

datin sri shahida muda

Kredit foto: Instagram Datin Shahida

    

Video

Kredit video: Iklan Sunsilk

   

Kredit video: Solehah - Rukun Islam Dan Rukun Iman

   

Sumber:

1. Trek Selebriti Datin Shahida

2. Wikipedia Datuk Aliff Syukri

3. “Alhamdulillah Walaupun Satu Dah Gugur...”- Isteri Aliff Syukri

4. [Video] 5 Hal Tentang Datin Seri Nur Shahida Yang Ramai Tak Tahu

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)