Kredit foto: Instagram Da'i Farhan

    

Da'i Nik Ahmad Farhan yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan merupakan pendakwah yang mula dikenali umum selepas diangkat sebagai juara program realiti Da'i Pendakwah Milenia di TV3 pada tahun 2014.

Beliau seorang yang aktif sebagai motivator dan pendakwah di sekitar Semenanjung Malaysia.

  

Biodata

1. Nama penuhnya, Nik Ahmad Farhan bin Nik Muhamad. Lebih dikenali sebagai Da'i Farhan.

2. Berusia 29 tahun (2019).

3. Berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

4. Berkelulusan dalam bidang Pendidikan Islam Dan Pengajian Al-Quran daripada Universiti Malaya.

5. Mula menempa populariti selepas dinobatkan sebagai juara program Da'i musim kedua pada tahun 2014. Kemenangan itu melayakkannya meraih ganjaran berupa wang tunai RM50,000 berserta hadiah sampingan.

6. Mendirikan rumah tangga dengan dua orang isteri. Isteri keduanya merupakan seorang janda anak lapan yang dinikahi di Tanah Suci Makkah dengan niat untuk menjaga kebajikan wanita berkenaan.

   

Fakta Menarik

  • Mendapat anugerah Tokoh Belia Kelantan pada tahun 2015.
  • Bekas pemain bola sepak Kelantan bawah 17 tahun pada 2007 menerusi posisi penyerang.
  • Bergelar panel agama untuk rancangan Tanyalah Ustaz yang bersiaran di TV3 dari tahun 2015.
  • Orangnya berperwatakan lemah lembut dan begitu merendah diri.
  • Memiliki ilmu Al Quran dan bahasa arab menerusi pengajian di sebuah pondok di Kelantan.
  • Pernah mendapat serangan penyakit pneumothorax (keruntuhan paru-paru) sewaktu masih bertanding di minggu kelima program Da'i.

   

Foto

dai farhan

dai farhan kahwin

isteri dai farhan

isteri kedua dai farhan

dai farhan kahwin janda

anak dai farhan

dai farhan biodata

dai farhan ig

da i nik ahmad farhan

Kredit foto: Instagram Da'i Farhan

   

Video

Kredit video: Biodata Diri - Nik Ahmad Farhan (Johan Da'i)

   

Sumber:

1. Pelajar UM Juara Da'i Musim Kedua

2. Peserta Realiti Da'i TV3 Jatuh Sakit, Terpaksa Tarik Diri

3. Apa Dah Jadi? Da'i Farhan Didakwa Nikah Janda Anak Lapan Secara Rahsia, Isteri Pertama Pula Sedang Hamil

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)