Kredit foto: Facebook Mohd Fadli Salleh

Siapa Mohd Fadli Mohamed Salleh? Beliau seorang guru yang mendakwa berdepan tindakan kerana lantang bersuara mengenai silibus pembelajaran kebangsaan, sehingga isunya mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, termasuk Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Selepas katanya akan dikenakan tindakan termasuk dipecat atau diturunkan pangkat — akibat mengkritik sistem pendidikan negara — berdasarkan surat keputusan yang tular di media sosial petang semalam, dia kini telah dibebaskan daripada tiga pertuduhan terhadapnya, dan tidak akan dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Biodata Cikgu Viral, Mohd Fadli Salleh

Nama sebenar: Mohd Fadli bin Mohamed Salleh

Umur: 39 tahun (2022)

Tarikh lahir: 6 Julai 1983

Tempat lahir / Asal: Pasir Puteh, Kelantan

Keluarga: Anak keenam daripada sembilan orang adik beradik

Pendidikan: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Kerjaya: Guru, Pempengaruh Media Sosial, Penulis Buku

Kisah Dan Latar Belakang Cikgu Fadli Salleh

Mohd Fadli Salleh yang juga seorang aktivis dan ikon guru Malaysia, berkhidmat di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak di Gombak, Selangor dengan mengajar mata pelajaran Matematik.

Menetap di Kuala Lumpur, Malaysia, beliau yang dikenali dengan gelaran Cikgu Korea (CK) ini merupakan anak kepada pasangan Mohamed Salleh Hussain (bapa) dan Khatijah Mohd (ibu).

Adik beradiknya yang lain semuanya juga bekerja sebagai pendidik iaitu Cikgu Norhana, Cikgu Norasma, Cikgu Mohd Ariff, Cikgu Solihah, Cikgu Dr Salbiah, Cikgu Nur Afifah, Cikgu Ahmad dan Cikgu Siti Faizah.

Arwah bapanya merupakan bekas Pengetua Cemerlang Maktab Perguruan Kota Bharu, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamzah dan Pengetua SMK Tok Janggut.

Mohd Fadli juga merupakan penulis buku terlaris, Cikgu Kelas Sebelah yang membawakan 100 buah kisah pendek berkaitan kerenah anak muridnya.

Dedikasinya kepada masyarakat turut mendapat perhatian kerana sering membantu golongan yang memerlukan, anak yatim, asnaf, golongan kurang berkemampuan, OKU dan sebagainya.

Dia yang berkahwin pada 11 Jun 2009, gemar membuat kelas online dengan teknik yang membantu topik yang dibincangkan untuk lebih difahami.

Gambar

cikgu mohd fadli salleh

cikgu mohd fadli

fadli salleh

cikgu fadli salleh

cikgu fadli umur

kes cikgu fadli

mohd fadli

isu cikgu fadli

mohd fadli salleh

biodata cikgu fadli

Kredit foto: Facebook Mohd Fadli Salleh

Sumber:

1. “Cikgu Fadli ni macam arwah abah. Kalau benda tak betul dia akan bertegas”

2. Akibat bela nasib pelajar, Cikgu Fadli dakwa bakal dibuang kerja... Akhirnya Radzi Jidin ajak jumpa

3. Facebook Mohd Fadli Salleh




Hakcipta iluminasi.com (2017)