Kredit foto: Instagram Aiman Hazeem

      

Biodata Ringkas Aiman Hazeem

Adik (berlainan bapa) kepada pengasas dan pemilik produk D'Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman atau Aliff Syukri yang dikenali sebagai Aiman Hazeem ini baru sahaja menjengah umur 24 tahun (2020).

Beliau yang juga anak kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim (Bonda Rozita) mempunyai pengaruh yang tersendiri di media sosial dengan sehingga kini akaun laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @aimanhazeem_ sudah mengumpul lebih 44,000 angka pengikut, manakala saluran Youtubenya atas nama Official Aiman Hazeem mencecah lebih 66,000 subscribers.

Anak lelaki bongsu dalam keluarga yang lebih mesra disapa dengan nama panggilan 'Ajim' ini baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun lalu.

    

Baca: Biodata Pengasas Kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri

Baca: Biodata Datin Shahida, Isteri Datuk Aliff Syukri

    

Fakta Menarik Tentang Aiman Hazeem

  • Beliau sewaktu kecil diasuh dan dijaga oleh Aliff Syukri dan seorang lagi kakaknya, Noor Hayati (Yatie Sendayu Tinggi) ketika ibu mereka, Bonda Rozita keluar bekerja.
  • Majlis perkahwinannya yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur membabitkan kos perbelanjaan sebanyak RM500,000!
  • Turut menerima sebuah kereta berjenama Mercedes sebagai hadiah perkahwinan daripada keluarganya.

    

Gambar Aiman Hazeem

aiman hazeem dulu

anak rozita ibrahim

aiman hazeem

adik aliff syukri

instagram aiman hazeem

rozita ibrahim

wikipedia aiman hazeem

aiman hazeem adik aliff syukri

adik beradik aliff syukri

isteri aiman hazeem

Kredit foto: Instagram Aiman Hazeem

    

Video

Kredit video: Official Aiman Hazeem

    

Sumber:

1. Majlis Kahwin Adik Bajet Setengah Juta Tapi Tak Buat Di Hotel, Aliff Syukri Kata Ibu Kedekut!

2. Facebook Aliff Syukri Terlajak Laris

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)