biodata dr amalina bakri

Kredit foto: Instagram Dr Amalina Bakri

   

Nur Amalina Che Bakri atau lebih dikenali sebagai Amalina Bakri merupakan pelajar pintar kelahiran Kota Bharu, Kelantan yang mula mendapat perhatian selepas kejayaannya mencapai keputusan cemerlang 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004.

Rentetan itu, beliau menjadi bualan hangat di kalangan masyarakat yang rata-ratanya kagum dengan pencapaian demi pencapaian diraihnya.

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Nur Amalina Che Bakri. Lebih dikenali sebagai Dr Amalina atau Amalina Bakri.

2. Lahir pada 7 Disember 1987 di Kota Bharu, Kelantan, namun membesar di Johor Bahru, Johor. Kini berusia 32 tahun.

3. Anak tunggal pasangan Sabariah Hassan, seorang pengetua sekolah dan Che Bakri Che Mod yang berkhidmat sebagai jurutera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

4. Namanya mencuri perhatian selepas mencipta sejarah dengan pencapaian keputusan 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004.

5. Memulakan karier sebagai doktor selepas tamat pengajian di University of Edinburgh pada Julai 2013.

6. Laman sosial Instagramnya atas nama @dramalinabakri sehingga kini sudah mencatatkan lebih 650,000 pengikut, selain mengumpul 440,000 pengikut di akaun Twitter @dramalinabakri dan 17,000 pelanggan di saluran YouTube Dr. Amalina.

   

Fakta Menarik

  • Sewaktu di bangku sekolah, beliau aktif memegang pelbagai jawatan persatuan, selain gemar melibatkan diri dalam pertandingan sayembara puisi, lagu, pidato, syarahan, bercerita, kuiz, melukis dan bersajak. Diangkat sebagai Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004 dam Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad.
  • Seorang yang suka mengembara dengan sehingga kini sudah menjejakkan kaki ke 60 buah destinasi di seluruh pelusuk dunia.
  • Meminati dunia fesyen sehingga digelarkan sebagai 'Dr Bling Bling'. Gemar ke gim untuk menjaga penampilan diri, selain merupakan peminat tegar filem adiwira Avengers keluaran Marvel Studios.
  • Menjadikan media sosial sebagai medium untuk memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung isu kesihatan.
  • Mampu berkomunikasi dalam slanga British selepas 14 tahun berada di negara itu.
  • Pemegang biasiswa Kijang Emas daripada Bank Negara Malaysia yang membiayai pengajiannya di UK dalam bidang perubatan.
  • Merupakan antara 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik di United Kingdom (UK).
  • Menyimpan impian untuk bergelar pakar bedah kanser payudara dan onkoplastik.
  • Kini sedang menyulam cinta dengan seorang jejaka Inggeris yang dirahsiakan namanya.

    

Pencapaian Pendidikan

  • A-Level di The Cheitenham Ladies' College, England dari tahun 2005 hingga 2007.
  • Menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBChB) di Universiti Edinburgh, Scotland dari 2007 hingga 2013.
  • Menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland dalam bidang Ijazah Sarjana Muda (BMedSc) Farmakologi dari 2009 hingga 2010.
  • Mengikuti Program Amgen European Scholars yang melibatkan kajian dalam bidang farmakologi di Institut Karolinska, Sweden dari 2009 hingga 2010.
  • Bertugas sebagai doktor pelatih bagi program Surgikal Onkologi dan Genekologi di Sekolah Perubatan Harvard, Universiti Harvard di Amerika Syarikat dari 2012 hingga 2013.
  • Memburu Ijazah Sarjana Falsafah dalam bidang penterjemah perubatan dan terapeutik di Universiti Cambridge dari 2013 hingga 2015.
  • Dari 2017 hingga kini, beliau menuntut dalam bidang pengajian doktor falsafah (PhD), selain berkhidmat sebagai pendaftar pembedahan umum di Penjagaan Kesihatan Kolej Imperial, London selepas tamatnya pengajian Ijazah Sarjana Penterjemah Perubatan dan Terapeutik di Universiti Cambridge.

    

Foto

dr amalina bakri

dr amalina

amalina che bakri

dr amalina che bakri

nur amalina che bakri

dr nur amalina che bakri

amalina bakri twitter

dr amalina bakri kahwin

Kredit foto: Instagram Dr Amalina Bakri

    

Video

Kredit video: 3 Minit: Dr Amalina Che Bakri | Feel Good Show 2018

    

Sumber:

1. Wikipedia Amalina Bakri

2. Gaya Macam Model, Dr Amalina Top 10 Pakar Pelatih Surgikal Terbaik UK

3. Tabik Doktor

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)