Oleh pada 05 Apr 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Amylea Azizan

Lirik

Lagu: Tetap Kamu

Penyanyi: Amylea X Megat

Komposer: Farouk Roman

Lirik: Amylea

       

Benarkah yang derita

Sulit Untuk ku bertahan

Ada hati yang tersimpan

Mengingin mu

       

Ternyata dan teruntuk

Buat diriku hanya kamu

Yang tak mudah meruntuhkan

Setia ku

        

Janjikan aku

Tak pernah kehilangan mu

Biar beribu jalan

Menghapus semua rasaku

Takkan hanyut

       

Janjikan aku

Takkan kau pernah menjauh

Bagai larutnya malam

Pekat menghidupkan bulan

Terangi ku

       

Mungkinkah jalan kita

Kan terpisah dan berlalu

Ku janji akan selalu

Merindumu haa

       

Kredit video: Youtube Seventeen Eleven Music

        

Info

  • 'Tetap Kamu' merupakan kesinambungan kepada kolaborasi Amylea dan Kaer dalam 'Tak Pernah Hilang' yang tersenarai antara finalis Anugerah Juara Lagu Ke-32.
  • Megat selaku rakan gandingan terbaru Amylea merupakan bekas protege Aizat Amdan dalam program realiti, Mentor 7.
  • Penyanyi baharu kelahiran Sabah itu turut merakamkan lagu solo, Cintaku yang menjadi antara runut bunyi drama Nur 2. 
  • Kaer yang asalnya pasangan duet Amylea dalam lagu ini bagaimanapun menarik diri di saat-saat akhir kerana ingin berehat bagi memberikan tumpuan kepada bisnes jenama baju dan syarikat rekaan dalamannya.
  • Farouk dan Amylea menjadikan komposer ternama Indonesia, Melly Goeslaw sebagai inspirasi dalam setiap penghasilan karya lagu, sekaligus menjawab mengapa Tetap Kamu kedengaran seakan Ratusan Purnama ciptaan Melly.
  • 'Tetap Kamu' dendangan Amylea X Megat ini sudahpun menemui pendengar di semua platform digital, manakala video muziknya yang dikongsi di laman YouTube sejak 1 April lalu mencatatkan hampir 300 ribu tontonan.

         

lirik lagu tetap kamu amelya x megat 2

Kredit foto: Instagram Amylea Azizan

       

Sumber:

1. BH Online

2. Mstar

3. Harian Metro

4. Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)