Biodata

1. Nama penuhnya, Eza Hafizah Edmond.

2. Anak kelahiran Sabah.

3. Berusia 21 tahun.

4. Penuntut Jurusan Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

5. Meminati bidang seni suara sejak berumur lima tahun.

6. Dua kali menjuarai pertandingan Sugandoi iaitu sebuah pertandingan nyanyian lagu rakyat bagi masyarakat Kadazan Dusun.

7. Pernah muncul bersama sahabatnya, Aruu menerusi single Kawan (Sila Meninggal) yang menjadi tular di laman Youtube. Video itu bukan sahaja menarik perhatian rakyat Malaysia, malah serata Asia Tenggara sejak April 2018.

8. Bagaimanapun beliau hanya tampil sebagai penyanyi solo di arus perdana selepas rakannya itu enggan turut serta.

9. Sebelum membuat keputusan menjadi penyanyi rakaman, Eza terlebih dahulu mendapatkan keizinan kedua ibu bapanya.

10. Mempertaruhkan single sulung berjudul Bahagia hasil ciptaan komposer baru yang juga sahabat baiknya ketika sama-sama menuntut di UiTM Kampus Dengkil, Hazmi Fahim. Proses adunan akhir rakaman dilaksanakan oleh pemuzik terkenal, Roslan Aziz.

11. Lagu Bahagia kini mencatatkan hampir 6.5 juta tontonan di laman Youtube. Single itu juga terpilih menjadi lagu tema pembukaan drama rantaian, Senafas Rindu lakonan Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan yang ditayangkan di saluran Astro Ria menerusi slot MegaDrama.

12. Bahagia menceritakan seorang wanita yang mendapat tahu kecurangan teman lelakinya, namun hanya bertindak mendoakan kebahagian beliau bersama kekasih baru.

13. Bernaung di bawah label Sheikh Qalam Records Sdn Bhd.

Foto

biodata eza edmond penyanyi lagu bahagia 2

biodata eza edmond penyanyi lagu bahagia 3

biodata eza edmond penyanyi lagu bahagia 4

biodata eza edmond penyanyi lagu bahagia 5

biodata eza edmond penyanyi lagu bahagia 6

biodata eza edmond penyanyi lagu bahagia 7

Video

Kredit:

1. Harian Metro

2. BH Online

3. Astro Gempak

4. Instagram Eza Edmond

5. Youtube Astro Awani

6. Youtube Sheikh Qalam Records Sdn Bhd




Hakcipta iluminasi.com (2017)