Biodata

Nama penuh: Noor Hasliah binti Abu Hasan

Nama pentas: Alyah

Tarikh lahir: 3 Januari 1981  

Umur: 37 tahun

Kelahiran: Gelang Patah, Johor, Malaysia

Pekerjaan: Penyanyi

Media sosial: Instagram @alyah81 

Fakta Menarik

1. Sewaktu remaja, beliau aktif menyertai pertandingan seni suara dengan membawakan lagu bergenre pop dan tradisional.

2. Pada tahun 1998 iaitu di usia 17 tahun, Alyah dinobatkan sebagai Naib Juara Pertandingan Asia Bagus yang diadakan di Jakarta.

3. Juga bergelar juara pertandingan Bintang HMI pada tahun 2000 menerusi pertaruhan lagu Andainya (Francesca Peter) dan Ku Ingin Lari (Khatijah Ibrahim).

4. Di awal karier iaitu sebelum kemunculan album sulung, beliau mendapat tunjuk ajar ilmu nyanyian daripada penyanyi Azizul Khamis yang juga merupakan bapa saudaranya.

5. Meskipun sudah bergelar penyanyi rakaman, beliau menyahut cabaran menyertai program realiti nyanyian, One In A Million pada tahun 2006. Terpilih dalam senarai Top 12, namun hanya mampu berpuas hati di kedudukan keenam. Antara lain, pertandingan itu disertai Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Alif Satar dan Suki Low.

6. Pada tahun 2006 dan 2007, Alyah beralih ke genre muzik Hip Hop, R&B, reggae, reggaeton, dan ‘80s pop serta swing, ketika beliau mengambil tindakan berani menyertai kumpulan hip-hop, The Fabulous Cats. Beliau bergelar vokalis wanita untuk album sulung kumpulan itu sebelum akhirnya menarik diri kerana perselisihan faham.

7. Beliau kembali bergerak solo, namun kali ini namanya memuncak hingga menjadi antara penyanyi wanita popular di Malaysia.

8. Antara lagu hits Alyah seperti Tak Mungkin Kerana Sayang, Kisah Hati, Kau Yang Terindah, Sesal Separuh Nyawa, Jutaan Purnama dan banyak lagi.

9. Pada 18 Mac 2013, beliau dan pemuzik Datuk Ramli MS mendirikan rumah tangga secara rahsia. Ia hanya diketahui pihak media selepas setahun lima bulan kemudian.

Foto

biodata alyah penyanyi jutaan purnama 2

biodata alyah penyanyi jutaan purnama 3

biodata alyah penyanyi jutaan purnama 4

biodata alyah penyanyi jutaan purnama 5

biodata alyah penyanyi jutaan purnama 6

Video

Kredit: 

1. Wikipedia

2. Mstar

3. Instagram Alyah




Hakcipta iluminasi.com (2017)