Kredit foto: Instagram Azmil Mustapha

   

Siapa Azmil Mustapha? Mohd Azmil Mustapha Kamil atau nama popularnya, Azmil Mustapha merupakan seorang pelakon lagenda era 1980-an yang pernah mencipta fenomena menerusi filem Ali Setan dan Ali Setan 2 turut diterajui Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy).

Kemunculan pertamanya di layar perak adalah menerusi filem Mekanik pada 1983 yang antara lain menampilkan lagenda bola sepak Malaysia, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Selepas menamatkan karier seni, Azmil mengambil keputusan untuk beralih ke bidang dakwah dengan memegang peranan sebagai seorang ustaz dan pendakwah bebas.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Pemilik nama sebenar Mohd Azmil Mustapha Kamil.
  • Kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan pada 1 Januari 1953.
  • Pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang filem, radio dan televisyen daripada Universiti Indiana, Bloomington, Amerika Syarikat yang mana beliau menuntut selama lima tahun.
  • Bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon dan penyanyi dari tahun 1983 hingga 2004, sebelum aktif sebagai penceramah dari 2005 hingga 2018.
  • Bergelar pelakon selepas membabitkan diri dengan syarikat produksi, Showmaster selama dua tahun yang memberi serba sedikit pengalaman kepadanya.
  • Antara filem lakonannya seperti Mekanik, Ali Setan, Suara Kekasih, Ali Setan 2, Driving School, Kepala Angin, XX Ray II, Hanya Kawan dan Puteri Gunung Ledang.
  • Termasuk telefilem Tangisan Terakhir dan Cinta Buta.
  • Juga terbabit sebagai pelakon filem terbitan produksi Amerika Syarikat (AS) berjudul Fifty Fifty, selain tiga buah filem hasil kerjasama Malaysia dan Indonesia iaitu Madu Dan Racun, Gadis Hitam Putih dan Dewi Cinta.
  • Merangkul trofi Pelakon Harapan Lelaki menerusi filem Mekanik pada 1983 dan Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Ali Setan di Festival Filem Malaysia (FFM) keenam pada 1986.
  • Pernah terbit dengan sebuah album berjudul Pilihan Ku pada 1993 yang sekaligus menjadi antara album jazz pertama di Malaysia, meskipun penerimaan peminat kurang memberansangkan memandangkan genre itu agak asing di pendengaran peminat muzik tempatan ketika itu.
  • Bagaimanapun dua buah lagu daripada albumnya itu iaitu 'Pilihan Ku' dan 'Jai' berjaya mencuri perhatian pendengar yang mana 'Pilihan Ku' dipilih sebagai runut bunyi filem Mekanik dan turut menghiasi siri drama swasta PJ.
  • Judul lagu 'Jai' nyanyiannya diambil berdasarkan nama isteri pertamanya, Aji.
  • Mengambil keputusan untuk bersara ketika kemuncak populariti iaitu sekitar 1990-an, lalu melibatkan diri sebagai pendakwah yang menyampaikan ceramah agama kepada masyarakat.
  • Berkahwin sebanyak dua kali, namun kedua-duanya tidak bertahan lama yang mana perkongsian hidup pertamanya dianugerahkan seorang anak bernama Nur Shamira yang kini graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Rumah tangga keduanya pula dilengkapi empat orang zuriat iaitu Nur Azalea Arifah, Nur Amalia Batrisha, Muhammad Bazli Zhafri dan Nur Alia Iman (Alya Iman).
  • Beliau meninggal dunia pada 14 Februari 2018 dalam lingkungan jam 12:40 tengah hari ketika tidur di kediaman keluarganya di Shah Alam, Selangor. Sewaktu hayatnya, beliau merupakan penghidap komplikasi jantung.

   

Fakta Menarik

  • Merupakan anak sulung kepada Allahyarham Dato' Dr Mustapha Kamil bin Yassin yang cukup terkenal menerusi karyanya, drama Atap Genting Atap Rumbia sekitar tahun 1968.
  • Beliau mendalami ilmu agama hasil pengembaraan ke beberapa buah negara, seperti Syria.

   

Baca: Biodata Alya Iman

     

Foto

azmil mustapha

wikipedia azmil mustapha

alya iman azmil 353

azmil mustapha alya iman

azmil mustapha ali setan 253

anak anak azmil mustapha

alya iman 311

anak azmil mustapha

Kredit foto: Instagram Azmil Mustapha, Instagram Alya Iman & Instagram Official Hlive

    

Video

Kredit video: SuDyr Tanya XTRA: Azmil Mustapha Sudah Tidak Rindukan Dunia Seni

    

Sumber:

1. Belasungkawa: Azmil pergi sebagai pendakwah

2. 'Tak sangka ia kali terakhir babah kejut Subuh' - Anak arwah Azmil Mustapha

3. Wikipedia Azmil Mustapha

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)