biodata ben ladin dan lirik lagu hikayat benladin 1

Biodata

Nama penuh: Muhammad Benladen bin Munshi Shaihan

Nama pentas: Ben Laden

Umur: 17 tahun (2018)

Asal: Johor Bahru

Pekerjaan: Penyanyi dan pelakon

Label: Sony Music Malaysia

Media sosial: Instagram @mohd_benladin dan Twitter @benladin09

Fakta Menarik

1. Mendapatkan pendidikan secara 'home schooling' (belajar dari rumah) sejak sekitar tingkatan satu.

2. Bakatnya dikesan menerusi pertandingan nyanyian kanak-kanak, Idola Kecil musim kelima.

3. Sebagai pelakon, beliau pernah membintangi beberapa drama iaitu Kahwin Muda (2016), Amsyar (2016) dan Jangan Ikut Aku (2017).

4. Mula mendapat liputan meluas selepas pelancaran single rap pertamanya berjudul Hikayat Benladin ciptaan Malique dan Dedeq.

5. Sehingga kini video lirik lagu yang dimuatnaik di laman Youtube pada 19 Julai 2018 itu telahpun meraih lebih 12.6 juta tontonan.

6. Umum mengetahui 'kehilangan' bintang hip hop popular, Malique yang kini bekerja di belakang tabir. Namun dalam temubual bersama Budiey.com, Ben mengakui ada bertentang mata dengan Malique sewaktu sesi rakaman lagu berlangsung. Ben menyifatkan bekas anggota kumpulan Too Phat itu sebagai seorang yang merendah diri, 'cool' dan banyak memberi tunjuk ajar.

Foto Terkini

biodata ben ladin dan lirik lagu hikayat benladin 3

biodata ben ladin dan lirik lagu hikayat benladin 2 239

biodata ben ladin dan lirik lagu hikayat benladin 4

biodata ben ladin dan lirik lagu hikayat benladin 5

biodata ben ladin dan lirik lagu hikayat benladin 6

Video Muzik Popular

Lirik Lagu Hikayat Benladin - Ben Ladin

                  

Benladin... Benladin

                

Mereka keluar masuk gua

Mencuba mencari dimana ada

Mencuba meneka dimana saya

Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat enson matakaji semar ngiseng

Aku lah Benladin

Hikayat Benladin

               

Suara dah bergema

Suara sakti hamba

Dalam gelombang bawa aura ke udara

Separa manusia separa luar biasa

Gurau senda dengan kata-kata sang pujangga

Kalau main api janganlah tambah gasolin

Mesti hati-hati janganlah seperti lilin

Jika mahu terang biar terang dengan betul

Jangan jadi arang jadi arang buat kotor

Kerna atas muka ada selendang suci

Maka hias ia biar terpampang seri

Akulah ilustrasi definisi gergasi

Terhasil dari ekperimentasi radiasi bunyi

Buka mata minda luas seperti lautan

Usah fikir bukan-bukan, kata bukan-bukan

Nenek tua si bongkok tiga

Cubalah nenek cari cucu dimana ada (ohhhh...) 

                 

Masuk tempat orang jadi kucing bukan singa

Jangan cuba jadi cacing nak jadi garuda

Jika mulut murai tukar paruh jadi tiong

Kalau cuma gusi jangan lagaknya bersiong

Setakat dua tangan janganlah nak berangan

Si tikus datang bekal dua belas beruk baran

Telan lauk enak lepas makan pandai simpan

Pandai-pandai lah tanggung binasa perbuatan

Pecut laju-laju sampai dia terpelanting

Bukan perkara bijak lari-lari bawa gunting

Diajak berteman rupanya musang berjanggut

Pura-pura sejuk masuk berkongsi selimut

Baik berpada-pada jahat jangan sekali

Hidup punya hukum karma kau harus mengerti

Salam perkenalan dengan ritma dan puisi

Nama patik Benladin mengundurkan diri 

                     

Putih-putih melati Ali Baba

Merah-merah mawarnya Si Norsiah

Jika diikutkan rasa Kassim Baba

Kelak akhirnya berputih mata

Oohhh...oohhh (Benladin...Benladin)

(Benladin...Benladin) 

                   

Kredit

1. BH Online

2. Media Hiburan

3. Budiey

4. Azhan.co

5. Buzzera 

6. Instagram Ben Ladin

7. Instagram Aqo Imran

8. Youtube Sony Music Malaysia

9. Youtube Astro Gempak 


tags : , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)