Oleh pada 10 Jun 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Raysha Rizrose

Selain berjaya mencipta fenomena, drama bersiri Bisik-Bisik Gelora turut meledakkan kembali nama pelakon wanita, Raysha Rizrose selaku peneraju watak Banin Arumi.

Menerusi peranan berkenaan, populariti Raysha atau nama penuhnya Farza Naquraisha Muhammad Fariz, 26, ternyata lebih 'panas' berbanding beberapa naskhah yang pernah dimainkannya dahulu.

Untuk rekod, buah tangan terbaharunya itu adalah sebuah drama adaptasi novel karya tulisan Fauziah Ashari yang sedang ditayangkan di slot Akasia saluran TV3, serta platform online di perkhidmatan penstriman video OTT, Disney+ Hotstar Malaysia.

10 Fakta Raysha Rizrose, Pelakon Gandingan Redza Rosli Drama Novel Berepisod Bisik Bisik Gelora - Yang Ramai Tak Tahu!

raysha rizrose

    

1. Aktres bertubuh tinggi lampai ini melakar kejayaan sebagai juara di umur muda 18 tahun, menerusi platform terkenal, Dewi Remaja 2014 / 2015.

raysha rizrose ig

    

2. Peserta seangkatannya di Dewi Remaja yang juga berada dalam radar industri seni hiburan kini termasuklah Mawar Rashid, Mimi Lana, Fify Azmi, Puteri Aishah dan Syamim Farid.

3. Mempertaruhkan bakat dalam perjalanan kerjaya seni lakonan menerusi deretan drama popular seperti Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin, Zahir Tak Terucap, Cintaku di Bumi Izmir, Dia Menantu Rahsia, Ryan Aralyn dan Bisik Bisik Gelora.

adik beradik raysha rizrose

    

4. Merupakan adik beradik seibu — berlainan bapa — dengan bintang sealirannya yang popular, Uqasha Senrose (kakak kandung seibu) dan Nelydia Senrose (kakak kandung seibu). Uqasha dan Nelydia adalah anak hasil perkahwinan pertama ibunya dengan suami terdahulu. Selepas bercerai, ibu Raysha berkahwin dengan bapanya sebelum dianugerahkan empat orang zuriat termasuklah beliau.

bisik bisik gelora 334

    

5. Meletakkan personalitinya dalam katagori seorang yang 'introvert', sangat pemalu dan takut untuk ke depan sekiranya inginkan apa-apa.

bisik bisik gelora episod 627

    

6. Selain terbabit sebagai anak seni, Raysha juga berminat menjadi seorang peguam korporat yang merupakan sasarannya sebagai karier utama.

7. Raysha menolak dakwaan hubungan mesra dengan aktor Redza Rosli seperti yang digembar-gemburkan ramai, sebaliknya pertalian itu katanya hanya atas dasar profesional sebagai rakan gandingan menerusi drama terbaharu mereka.

raysha rizrose kahwin

     

8. Beliau tidak mahu terlalu berkongsi akan kisah cinta dengan kekasihnya, Nabil Jeffri yang juga seorang pelumba kereta Formula 3 (F3) negara - yang dikenalinya sejak zaman bangku sekolah. Pendirian itu diambil dengan alasan, mereka masih belum berkahwin atau mempunyai hubungan yang sah.

raysha rizrose kekasih

    

9. Cover lagu Cinta Luar Biasa nyanyian asal oleh Andmesh Kamaleng serta penglibatan dalam dendangan medley Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) bersama Hannah Delisha, Azmi Saat dan Dean Eiman, membuatkan ramai tidak menyangka bahawa Rasysha juga menyimpan bakat yang terpendam dalam bidang nyanyian!

10. Jiwanya amat kuat terhadap muzik R&B dan balada, serta mengagumi bakat pelantun suara hebat, Yuna dan Jaclyn Victor.

Baca: 10 Fakta Suami Raysha Rizrose, Nabil Jeffri Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Fakta Drama Novel Berepisod Bisik Bisik Gelora Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bisik-Bisik Gelora (Slot Akasia TV3)

drama bisik bisik gelora 511

pelakon bisik bisik gelora 274

Bersama Nelydia Senrose (kiri)

umur raysha rizrose

Kredit foto: Instagram Raysha Rizrose

Kredit video: Di Sebalik Tabir Drama Bisik-Bisik Gelora | Episod 1 Pada 21 Mei 2022

Sumber:

1. Raysha tak suka kongsi

2. 8 Fakta Menarik Tentang Juara Dewi Remaja 2015, Raysha Rizrose!

3. “Kami Bukan Adik-beradik Tiri Sebab Kami Seibu Lain Bapa” — Ini Penjelasan RAYSHA Tentang Statusnya: Adik Tiri atau Kandung?

4. 'Rapat sebab kerja'

5. Raysha bersinar




Hakcipta iluminasi.com (2017)