Kredit foto: Instagram Aizat Saha , Twitter Aizat Saha
Perjalanan pencipta konten, Aizat Saha dalam dunia seni mula merentasi sempadan media sosial apabila kariernya melangkah ke ruang televisyen. Namanya bakal menyerlah apabila dia terlibat dalam produksi drama bersiri yang dinantikan, "Racun Rihanna" yang diterbitkan oleh Zeel Production dan disiarkan di slot Samarinda, saluran TV3. Bersama dengan pelakon-pelakon berpengalaman seperti Intan Najuwa, Rita Rudaini, Azah Aziz, Jasmine Suraya, Azlee Khairi, Nazrief Nazri, Aidit Noh, Jabir Meftah dan Michelle Wee, Aizat dijangka bakal menjelma sebagai satu kejutan dalam arena lakonan tempatan.
Biodata
Nama sebenar: Mohd Aizat Saharuddin
Nama komersial: Aizat Saha
Umur: 29 tahun (2024)
Tarikh lahir: September 1995
Tempat lahir: Kota Tinggi, Johor
Asal: Klang, Selangor
Pendidikan: Management and Science University (MSU)
Pekerjaan: Pencipta Konten, Personaliti TikTok
Instagram (IG): @Aizat Saha
Tiktok: @aiztsaha
Latar Belakang
1. Aizat Saha dikenali sebagai 'boyfriend online' di TikTok kerana menghasilkan kandungan video yang menggamit perasaan tentang percintaan, meninggalkan impian di kalangan netizen yang berangan menjadi pasangannya. Penggunaan konsep 'point of view' (POV) telah menjadikannya popular dan dikenali sebagai 'Abang POV'.
2. Aizat mula aktif dalam ciptaan kandungan pada tahun 2021 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ketika dia mula menggunakan aplikasi TikTok. Sebelumnya, dia pernah bekerja sebagai pereka grafik dan pencipta kandungan di tiga syarikat.
3. Dia kini merupakan pengasas jenama pakaian 'Heetam Puteh'.
4. Aizat telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya sebagai pramugara di Air Asia bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang hiburan dan perniagaannya.
5. Dia bakal membintangi drama berepisod "Racun Rihanna" yang ditayangkan di slot Samarinda, saluran TV3.
6. Bront Palarae adalah salah seorang idola dalam industri lakonan tempatan baginya dan dia berharap untuk bergandingan bersama beliau suatu hari nanti.
7. Sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian dalam bidang penciptaan kandungan, Aizat pernah menerima pencalonan Top 5 dalam kategori Video Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted Awards 2023.
8. Aizat juga menjadi model dalam video muzik lagu-lagu seperti "Raya Mana?" dan "Meriahnya Raya" masing-masing oleh Nabila Razali dan Shiha Zikir. Selain itu, dia juga terpilih untuk membintangi iklan jenama Farm Fresh Ramadan dan Raya Plus One - Lanai Asmara.
Fakta Menarik
1. Seorang yang berfizikal tinggi lampai.
2. Di TikTok, Aizat menghasilkan video POV yang menggunakan lagu-lagu latar popular seperti "Azimat Cinta", "Bukan Cinta Biasa" dan "Pelita Di Bawah Purnama".
3. Impian Aizat untuk menjadi seorang pelakon bermula sejak kecil dan pernah menyertai beberapa ujibakat lakonan dan membintangi drama sebelum ini. Walaupun demikian, pada masa itu, dia berasakan bahawa mungkin bukan masa yang sesuai untuk mengejar impian itu dan memilih untuk menolak peluang dalam dunia lakonan.
4. Aizat menyatakan kesediaannya untuk mengorbankan penampilan fizikalnya, termasuk membotakkan kepala jika diminta pengarah.
5. Dia juga berusaha untuk mengelak daripada melakonkan babak yang memerlukan sentuhan dengan pelakon wanita, walaupun kadang-kadang keadaan tidak dapat dielakkan.
Foto
Kredit foto: Instagram Aizat Saha , Twitter Aizat Saha
Video
Kredit video: Tak Kisah Lelaki Suka Content Abang POV? Aizat Saha Rasa... | Motif Trending
Sumber:
3. Kerana POV, ramai mahu berkenalan dengan Aizat
4. Aizat Saha Elak Babak Bersentuhan, Sanggup Botakkan Kepala – ‘Kalau Bagi Impak Bagus, Saya Okay Ja’