Muhammad Nabil Jan Al Jeffri, pelumba kereta terkenal Malaysia, kini sah bergelar suami kepada pelakon, Raysha Rizrose selepas mengikat tali perkahwinan pada Rabu lalu.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad dan disaksikan oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi bertempat di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur.

Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 200 orang jemputan turut menyaksikan pemberian mas kahwin bernilai RM2,222 dan tujuh dulang hantaran pihak lelaki berbalas tujuh daripada pihak perempuan. Namun, jumlah wang hantaran tidak dihebahkan atas permintaan keluarga.

Inilah beberapa fakta tentang suami Raysha Rizrose, Muhammad Nabil Jan Al Jeffri.

   

muhammad nabil jan al jeffri

1. Dikenali sebagai Nabil Jeffri, nama penuh beliau ialah Muhammad Nabil bin Jan Al Jeffri.

nabil jeffri ig

2. Nabil merupakan anak kelahiran tempatan, lahir di Kuala Lumpur, Malaysia pada 24 Oktober 1993.

nabil jeffri

3. Beliau genap berumur 30 tahun pada tahun 2023.

   

nabil jeffri family

Nabil merupakan anak kepada pasangan Jan Al Jeffri Abdul Rashid (bapa) dan Farisha Pawanteh (ibu).

   

4. Terkenal sebagai pelumba kereta profesional dari Malaysia, beliau merupakan pelumba bagi kereta Formula 2.

   

nabil jeffri wikipedia

5. Dalam kalangan tiga adik beradik, dia merupakan anak sulung dengan dua orang adik lelaki di bawahnya.

   

raysha rizrose kahwin 864

6. Mendapat pendidikan di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor.

   

raysha rizrose 175

7. Dengan akaun Instagram (IG) yang didaftarkan atas nama @nabiljeffriofficial, dia kini telah mempunyai lebih daripada 71,300 pengikut.

   

suami raysha rizrose

Bersama ibunya

8. Bermula dari laman Twitter, Nabil dan Raysha telah berkenalan selama 10 tahun dari tahun 2013 ketika Raysha masih menuntut di sekolah menengah.

   

nabil jeffri dan raysha rizrose

9. Mereka mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2023 selepas majlis bertunang yang dirai secara tertutup di Tropicana Golf & Country, Petaling Jaya, Selangor pada 22 Disember 2022 yang lalu.

10. Berikut merupakan beberapa pencapaian Nabil dalam kerjayanya :-

2010 - Bersama pasukan Formula BMW Pacific - Tempat kelima keseluruhan

2011 - JK Racing Asia SeriesMofaz Racing - Tempat ketiga keseluruhan

2012 - JK Racing Asia SeriesEuroInternational - Kejayaan sebagai naib juara

2013 - German Formula Three EuroInternational - Berada di kedudukan kelapan

2014 - German Formula Three Motopark Academy - Kejayaan sebagai naib juara

2015 - European Formula 3 Championship Motopark dan Masters of Formula 3

2016 - GP2 Series, Arden International

2017 - FIA Formula 2 bersama pasukan Trident Motorsport

Baca: 10 Fakta Pelakon Raysha Rizrose Yang Ramai Tak Tahu!

nabil jeffri father

nabil jeffri umur

Kredit foto: Instagram Nabil Jeffri

    

Kredit video: Sehari Bersama: Nabil Jeffri (2014)

Sumber:

1. Nabil sasar pandu jentera F1

2. Raysha kini isteri Nabil




Hakcipta iluminasi.com (2017)