Setiap detik berlalu membuatkan kita melalui pusingan yang kita namakan hari, berubah ke minggu, kemudian sebulan dan seterusnya satu tahun.

Ramai di antara kita menggunakan sistem minggu dalam merencana hidup dan perkara-perkara yang perlu kita selesaikan secara mingguan. Kita semua tahu ada tujuh hari dalam satu minggu.

Pernahkah anda tertanya-tanya; kenapa ada tujuh hari dalam satu minggu dan kenapa hari-hari itu dinamakan sedemikian rupa?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sejarah tujuh hari dalam seminggu

bandar babylon

Penggunaan tujuh hari dalam seminggu bermula daripada pengenalan kalendar yang diperkenalkan masyarakat Babylon berdasarkan kalendar Sumeria, diperkenalkanlebih awal sekitar tahun 21SM/BC.

Tempoh tujuh hari itu digunakan berasaskan kepada waktu yang diperlukan bulan bagi melalui empat fasa perubahannya; daripada fasa bulan mengambang baru, bulan mengambang penuh sehinggalah muncul bulan sabit di sebelah kiri permukaan bulan  sebelum fasa bulan mengambang baru muncul kembali.

Orang Rom mengambil tradisi kalendar tujuh hari ini menggantikan sistem jadual mingguan yang mereka guna dinamakan 'pusingan nundinal.' Pada awalnya orang Rom menamakan hari-hari mereka menggunakan abjad A sehingga H sebelum Constantine memperkenalkan perubahan besar pada sistem penamaan hari mereka.

Ekoran pengaruh ajaran Pagan kepada masyarakat Kristian era Constantine yang menamakan hari-hari mereka dengan nama Tuhan mereka, nama-nama hari orang Rom yang sebelum itu menggunakan abjad mula diubah menggunakan nama-nama Tuhan bagi masyarakat Pagan Rom terdahulu.

Nama-nama Tuhan ini kekal digunakan walaupun ajaran Kristian semakin berkembang. Bagi memudahkan sistem, Constantine memperkenalkan peraturan yang memberi kesan besar pada dunia sehingga kini.

Pada tahun 321 AD, dalam usaha menyelaraskan kalendar dan sistem hidup masyarakat Rom, Constantine mengisytiharkan agar hari Ahad (Sunday) dan hari Isnin (Monday) menjadi dua hari pertama dalam setiap minggu.

Tradisi itu kekal sehingga kini dalam kalendar kan?

Asal-Usul nama hari kalendar kita sekarang

tuhan orang norse tyr dengan fenrir

Bagaimana hari-hari dalam seminggu dinamakan? Terdapat pelbagai pengaruh dicedok dalam menamakan setiap hari yang berbeza.

Orang Babylon terlebih dahulu menamakan hari-hari mereka berdasarkan kepada lima planet yang telah diketahui mereka ketika itu, dengan tambahan dua hari lagi mengambil nama matahari (Sun-day) dan bulan (Mon-day.)

Hari Selasa digelarkan Mars, Rabu sebagai Mercury, Khamis sebagai Jupiter, Jumaat sebagai Venus dan Sabtu sebagai Saturn. Harus diperjelaskan, walaupun mereka menamakan setiap hari mengikut nama planet - semua nama planet yang digunakan sebenarnya datang daripada nama Tuhan kepercayaan mereka pada zaman tersebut.

Perubahan zaman akhirnya membawa kepada sistem yang kita ada sekarang. Nama hari dalam bahasa Inggeris yang kita gunakan pada versi ketika ini mempunyai asal-usul yang bercampur aduk.

Bagi 'Sunday' dan 'Monday', asal-usulnya masih sama dinamakan sempena nama matahari dan bulan. 'Tuesday' diambil daripada nama Tuhan peperangan orang Norse bernama Tyr. Ejaan 'Tuesday' lama adalah 'tiwesday' atau 'tewesday.'

Bagi hari Rabu atau 'Wednesday,' ejaan lamanya adalah 'wodensday' yang membawa maksud 'hari Woden.' Woden adalah ejaan lain bagi nama Tuhan orang Norse iaitu Odin.

Hari Khamis pula adalah hari yang dinamakan sempena Tuhan orang Norse yang menguasai petir dan kilat iaitu Thor menjadikannya 'Thor's Day'.

freya isteri kepada odin 719

'Friday' merupakan hari bagi masyarakat Roman memperingati Freya, isteri kepada Odin.

Walaupun begitu, terdapat percanggahan pendapat berkenaan asal usul nama 'Friday' kerana wujud satu lagi Tuhan kepercayaan masyarakat Germanik lama yang mempunyai hampir serupa iaitu Frigg. Ejaan lama bagi 'Friday' adalah 'fridai' yang boleh merujuk kepada 'Freya's day' atau 'Frigg's Day.'

'Saturday' berasal daripada nama Tuhan kepercayaan orang Rom lama 'Saturn', yang menjaga pertanian dan harta kekayaan mereka. 'Saturday' berbeza dengan hari-hari lain kerana namanya datang daripada Tuhan orang Rom sendiri, berbanding hari lain yang datang dinamakan sempena kepercayaan orang Norse dan Germanik.

Setelah mengetahui apa asal-usul sebenar nama-nama hari yang kita gunakan sekian lama dalam bahasa Inggeris, apa pandangan anda?




Hakcipta iluminasi.com (2017)