Kelajuan adalah satu teknologi baru dan  baru-baru ini komander nuklear Amerika Syarikat telah menggambarkan satu senario suram untuk pasukan A.S. menghadapi senjata hipersonik.

Jeneral John Hyten, Komander Strategi Amerika Syarikat memberitahu Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat bahawa AS tidak mempunyai sebarang jenis pertahanan yang boleh mengelak atau menghalang serangan menggunakan senjata ini terhadap mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ketika ini, dua buah negara besar dunia iaitu Rusia dan China dengan agresifnya mengejar keupayaan hipersonik. Malah, kedua-dua negara ini juga telah menguji senjata ini.

rand corporation

Penyelidik dan jurutera di Rand Corporation menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan senjata hipersonik, negara mana yang sedang membangunkannya dan bagaimana Amerika Syarikat dapat mencari jalan untuk mempertahankan negara mereka daripada serangan ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan senjata hipersonik?

lakaran senjata hipersonik oleh rand corporation

Senjata hipersonik adalah peluru berpandu yang bergerak pada kelajuan Mach 5 (6,174 k/j) atau lebih tinggi, yang mana dianggarkan sekurang-kurangnya 5 kali lebih pantas daripada kelajuan bunyi.

Ini bermakna senjata hipersonik boleh bergerak kira-kira 1.6 kilometer dalam hanya sesaat.

Untuk memudahkan gambaran, pesawat komersial terbang secara subsonik, di bawah kelajuan Mach 1 manakala jet pejuang moden boleh mencapai kelajuan secara supersonik pada kadar Mach 2 atau Mach 3

Keperluan teknikal yang diperlukan oleh senjata hipersonik

north american x 15

(North American X-15, jet tentera paling laju di dunia)

Enjin jet tradisional boleh beroperasi sehingga Mach 3 atau Mach 4, jadi apa sahaja yang bergerak lebih cepat memerlukan sistem yang diubahsuai.

"Anda memerlukan reka bentuk yang berlainan sama sekali untuk menyerap laluan aliran dan mengekalkan pembakaran aliran udara supersonik di dalam enjin," kata jurutera senior di Rand Corporation, George Nacouzi.

Jadi, jawapan kepada keperluan teknikal bagi senjata hipersonik sudah tentulah adalah ramjet (sejenis enjin) pembakaran supersonik (SCRAMJET), yang boleh beroperasi di antara Mach 5 dan Mach 15.

Untuk mengekalkan penerbangan hipersonik, kenderaan tersebut juga mestilah mampu menahan suhu melampau disebabkan terbang pada kelajuan sedemikian.

Semakin pantas sebuah kenderaan terbang, semakin pantas suhu tekanan meningkat. Dengan ini, bahan khas diperlukan untuk menampung suhu yang tersangat tinggi dalam tempoh yang lama.

Jenis senjata hipersonik yang sedang dibangunkan

lakaran kenderaan luncur hipersonik

(Lakaran kenderaan luncur hipersonik)

Terdapat dua jenis senjata yang sedang dalam pembinaan, iaitu peluru berpandu hipersonik dan kenderaan meluncur hipersonik.

Peluru berpandu hipersonik dipandu ke arah sasaran mereka menggunakan sistem pendorong maju yang dipanggil SCRAMJET. Ia tersangat pantas dan ia hanya mengambil masa 6 minit selepas dilancarkan, untuk menghentam sasaran. 

Peluru berpandu hipersonik juga mampu terbang pada ketinggian sehingga 100,000 kaki manakala kenderaan meluncur hipersonik boleh terbang melebihi 100,000 kaki.

Kenderaan meluncur hipersonik dipasangkan di atas roket. Roket tersebut kemudiannya dilancarkan dan kenderaan hipersonik akan meluncur ke atas atmosfera Bumi.

Ia seperti pesawat yang tidak mempunyai enjin dan menggunakan kuasa aerodinamik untuk mengekalkan kestabilan untuk terbang dan bergerak.

Malah, oleh kerana kenderaan ini adalah mudah alih, sasaran yang bakal diserang tidak akan menyedari kedatangannya sehinggalah beberapa saat terakhir.

Negara yang sedang membangunkan senjata hipersonik

rusia antara negara yang sedang membangunkan senjata hipersonik

(Rusia antara negara yang sedang membangunkan senjata hipersonik)

Menurut kakitangan tambahan Rand Corporation, Richard Speier, ketika ini 3 buah negara sedang mendahului negara-negara lain dalam membangunkan senjata hipersonik.

Negara tersebut adalah Amerika Syarikat, China dan Rusia. Di belakang 3 negara ini adalah Perancis, India, dan Australia yang juga sedang membangunkan teknologi hipersonik untuk kegunaan ketenteraan.

Selain itu, Jepun dan beberapa negara Eropah lain sedang menggunakan teknologi ini bagi kegunaan awam, seperti kenderaan pelancar angkasa lepas atau pesawat awam. Namun, teknologi kegunaan awam ini juga boleh disesuaikan untuk tujuan ketenteraan. 

Bagaimana cara untuk pertahankan diri daripada senjata hipersonik?

amerika syarikat bimbang akan senjata hipersonik

Ketika ini Amerika Syarikat atau mana-mana negara masih tidak mempunyai pertahanan yang efektif terhadap senjata hipersonik ini. Ini disebabkan oleh cara ia terbang iaitu mudah alih dan terbang pada ketinggian yang mana sistem pertahanan AS tidak mampu untuk beroperasi.

Sistem pertahanan yang dimiliki AS ketika ini adalah berdasarkan kepada andaian pemintasan objek balistik. Peluru berpandu balistik mempunyai laluan yang dapat diramalkan seperti bola yang terbang dalam sukan besbol.

Namun, disebabkan oleh senjata hipersonik adalah mudah alih, maka ia tidak dapat diramalkan menjadikan pertahanan diri adalah sangat sukar. 

Rujukan:

1. CNBC

2. Economist

3. National Interest




Hakcipta iluminasi.com (2017)