usia persaraan dunia malaysia 60 tahun 940

Di Malaysia, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Perkhidmatan Awam dan Awam (Cuepacs) mahu kerajaan mempertimbang memanjangkan umur persaraan bagi penjawat awam dari 60 tahun kepada 62 tahun. 

Namun kerajaan Malaysia tidak mempunyai rancangan segera untuk menaikkan usia persaraan kerana ia dianggap sebagai mencukupi. 

iluminasi.com ingin berkongsi 5 negara dengan umur bersara paling tinggi di dunia.

5. Australia

usia persaraan australia antara yang tertinggi

Australia antara negara dengan umur pencen paling tinggi iaitu 65 tahun. Namun, bagi mereka yang lahir selepas tahun 1957, umur pencen dinaikkan kepada 67 tahun.

Bagi mereka yang masih dalam rancangan tenaga kerja yang merancang untuk bersara lebih lewat, purata umur bersara yang adalah 65 tahun.

Dan apabila mereka bersara, antara 3 negara yang menjadi destinasi utama adalah New Zealand, Itali dan Greece.

4. Belanda

usia persaraan belanda antara yang tertinggi

Purata umur bersara yang di Belanda semakin menghampiri yang tertinggi di Eropah iaitu 65.75 tahun. Dan menurut akta baru, umur persaraan telah ditingkatkan bermula 1 Januari 2018 daripada 67 tahun kepada 68.

Peningkatan umur bersara di Belanda ini akan menyebabkan masalah kerana ramai rakyat Belanda yang tak berupaya secara fizikal apabila mencecah umur 65 tahun, menurut doktor-doktor.

3. Amerika Syarikat

usia persaraan amerika syarikat antara yang tertinggi

Amerika Syarikat mempunyai umur bersara rasmi iaitu 66 tahun. Bukan negara ini sahaja, malah Itali, Denmark dan Ireland juga pada usia yang sama. Walaubagaimanapun, purata umur bersara di Amerika Syarikat adalah 63 tahun.

Umur bersara di Amerika Syarikat semakin meningkat sejak tahun 1990-an, dan populasi berusia 65 tahun ke atas lebih cenderung untuk bertukar kerja kepada separuh masa. Dan bagi mereka yang ingin bersara di luar Amerika Syarikat, destinasi utama adalah United Kingdom, Mexico, Jepun, Jerman dan juga Kanada.

2. Iceland

usia persaraan iceland antara yang tertinggi

Walaupun umur bersara rasmi di Iceland adalah 67 tahun, namun purata penduduk lelaki Iceland sebenarnya bersara pada usia 68.5 tahun. Sektor awam boleh bersara pada usia 65 tahun dan dibenarkan bekerja sehingga usia 70 tahun. Wanita di Iceland bersara lebih awal kerana masalah kesihatan.

Ia dianggap sebagai satu perkara penting untuk bekerja walaupun pada usia lanjut di Iceland. 

Sebelum krisis perbankan pada tahun 2008, terdapat permintaan besar terhadap buruh kasar dan warga emas tidak mempunyai masalah untuk mendapat kerja. Mereka mahu meningkatkan taraf kehidupan dengan memperoleh wang lebih.

1. Norway

usia persaraan norway antara yang tertinggi

Dengan usia 67.75 tahun, Norway mempunyai purata umur persaraan tertinggi di dunia. Rakyat Norway bersara di antara usia 62 hingga 75 tahun jika mereka menerima pencen berkaitan pendapatan dan pada usia 67 tahun bagi pencen nasional.

Usia pencen pada 67 tahun adalah rasmi sejak tahun 1970an di Norway namun kerajaan negara ini telah menubuhkan persaraan fleksibel bagi pencen yang berkaitan dengan pendapatan yang membolehkan pencen dapat dikeluarkan pada usia 62 tahun.

Rujukan:

1. NL Times

2. Towers Watson

3. Benefits Pro


tags : , , , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)