vladmir putin and kim jong un nuclear war

Kita selalu mendengar ugutan Korea Utara ketika ini berkenaan keupayaan senjata nuklear mereka tetapi mungkin kita tidak berapa mengendahkannya, kerana keupayaan kerajaan Korea Utara kerap dijadikan bahan komedi satu dunia. Persoalannya, bagaimana jika dakwaan itu benar?

Menurut laporan Stockholm International Peace Research Institute (SIPRI) di seluruh dunia, hanya terdapat 9 negara yang mempunyai senjata nuklear berjumlah 16,300 dengan dua buah negara paling besar mengawal 93%.

Tahukah anda negara manakah di dunia memiliki senjata nuklear?

1. Rusia

vladimir putin russia nuklear kuasa

Negara kedua yang membangunkan senjata nuklear di dunia kini mempunyai kelengkapan senjata nuklear paling besar di dunia. Dengan 7000 lebih peluru dimiliki Rusia, senjata nuklear menjadi salah satu fokus penting kerajaan Rusia dalam menunjukkan kekuatan mereka.

2. Amerika Syarikat

trump donald nuklear amerika syarikat

Kali terakhir diperiksa, Amerika Syarikat mempunyai 6800 peluru nuklear sedia untuk digunakan. Mempunyai sejarah sebagai negara pertama membangunkan senjata nuklear dan menjadi negara pertama menggunakan senjata nuklear pada negara lain.

3. Perancis

president emmanuel macron perancis kuasa nuklear

Kebanyakan di antara 300 peluru nuklear Perancis dipasangkan pada kapal selam milik mereka, yang dibangunkan sekitar tahun 1950-1960. Sehingga sekarang, Perancis masih lagi memegang pendekatan untuk tidak takut menggunakan senjata nuklear pada mana-mana negara yang memerangi Perancis atas dasar keganasan.

4. China

xi jinping nuklear china

DItakuti kerana dikhabarkan mempunyai senjata nuklear dan senjata kimia. ujian pertama menggunakan bom hidrogen China dilakukan pada 1964. Bermula daripada era pemerintahan Mao Zedong, China telah berusaha membangunkan teknologi senjata nuklear mereka dalam mengukuhkan kuasa diplomasi mereka dengan 270 peluru nuklear direkodkan setakat ini.

5. United Kingdom

theresa may nuklear birtain

Menjadi negara ketiga mempunyai senjata nuklear, UK mempunyai 215 kepala peluru berpandu termonuklear dengan 120 yang dihidupkan. Mempunyai empat kapal selam yang sentiasa membawa 16 peluru nuklear Trident setiap masa.

6. Pakistan

shahid khaqan abbasi pakistan nuklear

Walaupun rakyatnya ramai di negara kita, jangan terkejut pula jika ada di antara mereka yang pernah bekerja sebagai jurutera nuklear. Satu-satunya negara Islam yang mempunyai senjata nuklear sejak 1972 dengan kuantiti 120-130 peluru, teknologi nuklear Pakistan banyak dibangunkan untuk memastikan mereka dapat kekal bersaing dengan kuasa India.

7. India

narendra modi nuklear summit

Dianggarkan India mempunyai lebih kurang 110 kepala peluru berpandu nuklear. Anggarannya, terdapat lebih 8300 kg plutonium disimpan yang membolehkan kerajaan India menghasilkam hampir 1000 kepala peluru berpandu nuklear.

8. Israel

benjamin netanyahu nuklear israel

Berpunca dari ketakutan peristiwa Holocaust akan berulang, Perdana Menteri Israel negara haram pertama, Ben Gurion memulakan program nuklear Israel pada 1949. Tidak pernah menafi atau mengakui kekuatan nuklear mereka, anggaran kekuatan senjata nuklear Israel sukar diramal. Anggaran setakat ini meletakkan kekuatan Israel sebanyak 80 buah peluru nuklear.

9. Korea Utara

north korea nuklear kim jong un

Korea Utara baru saja memulakan program senjata nuklear mereka pada tahun 2006. Melakukan beberapa ujian bawah tanah yang dikesan dan menjadi bukti wujudnya senjata nuklear di Korea Utara, pada 2015 Kim Jong Un mengumumkan yang ujian pertama bom hidrogen, yang jauh lebih kuat berbanding bom atom dilakukan.

Pada 3 September 2017, Korea Utara mengumumkan kejayaan mereka menguji bom termonuklear mereka. Bacaan pengesan gempa bumi mendapati kesan letupan yang terhasil mempunyai magnitud 6.3, menjadikan letupan itu letupan terkuat setakat ini direkodkan dalam siri ujian peluru nuklear Korea Utara.

Apa yang menakutkan? Korea Utara dianggarkan hanya mempunyai 10 buah peluru nuklear dan dalam masa beberapa tahun, diramal dapat menyempurnakan sistem peluru nuklear mereka sehingga mampu terbang dalam satu jarak yang cukup panjang.

RUJUKAN

International Campaign to Abolish Nuclear Weapons


tags : , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)