Dalam dunia kita ini, salah satu perkara yang selalu bermain di minda adalah kemahuan untuk melakukan hubungan seks.
Bagi masyarakat yang tetap berpegang teguh kepada agama, hubungan seks sebelum perkahwinan merupakan sesuatu perbuatan yang tetap dielakkan tetapi bagi beberapa kelompok masyarakat dunia lain pula, mereka memandang perkara itu sebagai salah satu tuntutan manusia yang perlu dipenuhi, asalkan pihak yang terlibat memberikan persetujuan bersama.
Tahukah anda di negara mana masyarakatnya paling pantas melakukan hubungan seks? Berikut adalah 5 negara di dunia yang masyarakatnya tidak sabar-sabar menghadiahkan teruna dan dara mereka pada usia muda.
5. Israel
Rakyat negara Israel yang secara majoritinya menganut agama Judaism merupakan antara masyarakat dunia paling cepat melakukan hubungan seks, dengan purata usia 16.7 tahun ketika seks kali pertama. Apa yang memelikkan, kesalahan zina dalam Judaism ada disebutkan dalam ajaran agama mereka dan hukumannya pula, agak mirip dengan hukuman penzina dalam ajaran Islam.
4. Finland dan Norway
Dua buah negara yang kerap dikagumi rakyat Malaysia berikutan kejayaan mereka membangunkan negara dari segi struktur masyarakat, dua negara ini secara majoritinya mengikut pegangan Lutheranism dalam agama Kristian. Bagaimanapun, itu tetap tidak menghalang masyarakat dua negara ini mengamalkan hubungan seks pada usia muda dengan purata usia 16.5 tahun ketika melakukan hubungan seks kali pertama.
3. Sweden
Negara yang memberikan kita perabot IKEA ini mempunyai pegangan agama yang serupa dengan Finland dan Norway. Bagaimanapun, jumlah pengikut Lutheranism di Sweden semakin lama semakin menurun sejak tahun 1970. Sweden adalah antara negara di dunia yang membenarkan pelacuran tetapi menjadikan melanggan pelacuran sebagai satu jenayah. Sukar untuk kami mengerti apa tujuan sebenar undang-undang itu. Mempunyai purata usia 16.2 tahun ketika pertama kali melakukan seks.
2. Denmark
Dinobatkan beberapa kali sebagai negara paling gembira di dunia, masyarakat Denmark secara majoritinya mengamalkan ajaran Kristian cabang Protestan sama seperti negara-negara Scandinavia lain. Antara negara terbaik dalam mengawal selia jurang antara jantina dalam masyarakat mereka, masyarakat Denmark dilaporkan mengadakan hubungan seks kali pertama pada purata usia 16.1 tahun.
1. Iceland
Kami tidak dapat mengetahui mengapa berdasarkan kajian ini, kesemua 5 negara teratas adalah negara yang mengikut Lutheranism dalam Kristian. Kesemua negara Scandinavia yang tersenarai mempunyai jumlah majoriti penganut Kristian dalam negara mereka, yang secara jelas melarang berlakunya aktiviti hubungan seks di luar ikatan perkahwinan.
Tetapi itulah yang berlaku dan masyarakat Iceland adalah masyarakat paling cepat melakukan hubungan seks di dunia, dengan purata usia 15.6 tahun ketika melakukan seks kali pertama.
Di mana pula Malaysia? Dalam kaji selidik tersebut, Malaysia diletakkan pada kedudukan terakhir dengan purata 23 tahun antara semua negara terlibat. Dalam banyak-banyak kedudukan yang ada, pada kami ini adalah salah satu kedudukan terakhir yang kami rasa ramai orang Malaysia akan raikan.