amir af megastar rendah diri 1

Kredit foto: Instagram Amir

Penyanyi Amir berasa rendah diri jika dibandingkan dengan peserta AF Megastar yang lain.

Ini berikutan usianya yang paling muda serta masih baru bertapak dalam dunia seni.

Malah dia menggalas tanggungjawab yang berat untuk memberikan aksi persembahan terbaik sebagai pendatang baru.

"Terus-terang saya agak segan dan rendah diri juga sebenarnya bila bertanding dengan bintang AF Megastar lain.

"Lagipun saya antara bintang paling muda dan sangat baru dalam industri berbanding mereka.

"Saya boleh katakan tekanan itu lebih apabila saya juga merupakan juara AF dan jangkaan orang terhadap 'title' juara itu sudah pasti agak tinggi.

"Sebagai penyanyi yang masih baru, saya sepatutnya lebih bagus dari segi idea persembahan dan sebagainya," katanya menurut laporan portal Astro Gempak.

Pada Konsert AF Megastar Ahad lalu, Amir menjadi antara tiga peserta dengan pungutan markah terendah.

Bagaimanapun penyanyi Sufi akhirnya diumumkan sebagai peserta tersingkir, sekaligus melayakkan penyanyi berusia 21 tahun itu bersama tujuh peserta lain beraksi di minggu seterusnya.

amir af megastar rendah diri 2

Kredit foto: Instagram Amir

Dalam pada itu, Amir berkata, dia bakal membawakan lagu dendangan ratu rock Ella pada konsert minggu ini.

Dia memilih lagu penyanyi wanita kerana ingin lari dari ruang selesanya.

"Bagi tema minggu ini saya memilih Ella sebagai Ikon namun belum memikirkan lagi dua lagu yang akan saya 'mashed-up'.

"Saya sengaja memilih lagu perempuan buat pertama kali untuk dipersembahkan di AF Megastar demi mencabar diri dan kebolehan saya," katanya lagi.

Selain Amir, Konsert AF Megastar Minggu Keempat turut menyaksikan persaingan antara penyanyi Idayu, Amir Jahari, Marsha, Syamel, Indah Ruhaila, Bob dan Shahir.

Ke udara setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)