Kredit foto: Instagram Akademi Fantasia

Akhirnya pertandingan realiti AF Megastar telah tiba ke kemuncaknya Ahad lalu.

Konsert akhir yang berlangsung di Royal Teater Shah Alam itu menyaksikan lima finalis berentap merebut gelaran juara.

Peserta ditugaskan membawa dua buah lagu dalam tema yang berlainan iaitu single baharu dan lagu cover.

Di hujung program, Idayu dinobatkan sebagai juara sekaligus mengenepikan empat saingannya iaitu Bob, Syamel, Marsha dan Shahir.

Idayu yang menerima markah tertinggi sebanyak 59.9 peratus itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100,000, pakej percutian 10 hari 7 malam ke Turkey tajaaan SelamatBercuti.com, e-Gift Card daripada GoShop bernilai RM6,000 dan trofi sumbangan Astro.

Pada masa yang sama, beliau turut dianugerahkan trofi kategori Megastar Pilihan Raku.

Manakala Marsha merangkul kemenangan bagi kategori Anugerah Terlajak Megastar sekaligus meraih wang tunai RM10,000 tajaan D’Herbs.

Tidak ketinggalan, Syamel dikurniakan trofi anugerah Ultimate Performer yang melayakkannya untuk menerima eGiftCard daripada GoShop bernilai RM3,000 dan trofi.

Penilaian keseluruhan berdasarkan gabungan 60 peratus markah juri profesional yang diadili oleh dua juri tetap, Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat bersama juri undangan, Datuk Awie.

Manakala 40 peratus hasil undian penonton menerusi SMS dan laman sesawang.

Khas buat anda, berikut kami kongsikan imbas kembali komen juri malam konsert akhir.

1. Shahir - Tapi Bukan Aku (Kris Patih)

"Ini baru persembahan pertama dan saya tidak mahu komen lebih-lebih. Tapi persembahan tadi bagus cuma kena jaga-jaga kerana tadi ada terkucil sedikit," - Awie

Mama Jangan Pergi (Komposer & Lirik - Shahir dan Awi Rafael)

"Teknikal awak kene baiki dalam persembahan. Awak punya suara lelaki yang sangat bagus dan harap awak boleh menjualnya di luar," - Ramli MS

2. Bob - Terbuang Dalam Pelukan (Komposer: Hafiz Hamidun / Lirik Bob)

"Nak buat lagu baharu bukan mudah tapi tepukkan yang awak terima daripada penonton menunjukan lagu ini telah memikat hati ramai orang. Awak nyanyikan dengan sedih tapi muziknya 'grand' ," - Syafinaz Selamat

Bukan Dia Tapi Aku - Judika

"Nyanyian awak tak dinafikan sangat bagus dan saya harap awak terus berjuang dan jangan sia-siakan bakat yang awak ada," - Awie

3. Idayu - My All (Mariah Carey)

"Nyanyian kamu bagus sebab kamu menyanyi lagu ini dalam versi awak sendiri," - Ramli MS

Selamanya (ciptaan sepenuhnya Amylea Azizan)

"Pakej awak dengan baju dan persembahan awak sangat cantik malam ini, saya harap Malaysia lebih hargai penyanyi seperti awak," - Syafinaz Selamat

4. Syamel - Biar Cinta (ciptaan sepenuhnya oleh Syamel)

"Drama awak tadi agak kurang sedikit tapi vokal saya akui mantap," - Awie

Seniman Menangis (Datuk Jamal Abdilah)

"Dengan bakat yang awak ada ini saya harap awak rebutlah peluang di luar dan buat duit," - Ramli MS

5. Marsha - Pilihlah Aku (Krisdayanti)

"Tenaga yang awak berikan sangat bagus hingga dapat dirasai oleh semua penonton tapi kali ini saya tak dapat rasa melodi lagu ini bila awak menyanyikannya ," - Syafinaz Selamat

Hilang - (Komposer & Lirik- Ezra Kong, Omar K, Dilayla Khalid)

"Saya rasa awak dah beri persembahan yang terbaik tadi dan nyanyian yang bagus. Cuma saya nak tegur props yang awak gunakan itu buat awak gayat dan menggangu sedikit persembahan awak," - Awie

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)