senarai lagu peserta af megastar malam ini

Kredit foto: Instagram Akademi Fantasia

Malam ini para peserta AF Megastar bakal meneruskan perjuangan beraksi di minggu ketiga.

Sembilan penyanyi yang masih kekal diberi peluang menentukan lagu pilihan mengikut tema minggu ini - 'Mahakarya'.

Produser AF Megastar, Ain Farikh memberitahu tema tersebut dibuat untuk mengangkat kembali lagu-lagu yang pernah menjuarai anugerah besar dan diiktiraf sebagai lagu terbaik.

"Kami mengangkat tema Mahakarya untuk minggu ini dan bintang-bintang ini akan menyanyikan lagu-lagu yang telah dinobatkan atau diiktiraf terbaik serta memenangi pelbagai anugerah," katanya memetik laporan portal Astro Gempak.

Susulan itu, para peserta AF Megastar diberi cabaran untuk membawakan semula lagu-lagu Mahakarya dalam versi mereka yang tersendiri.

Senarai penyanyi yang masih bertanding adalah Bob, Idayu, Marsha, Shahir, Amir Jahari, Indah Ruhaila, Sufi Rashid, Syamel, dan Amir.

Bagaimanakah bentuk persembahan dan kreativiti bintang-bintang ini dalam memenangi markah juri dan undian penonton di rumah? Sama-sama kita nantikan.

Di sini kami kongsikan senarai lagu yang dipertaruhkan oleh peserta.

1. Shahir - Pencuri Hati (Ayda Jebat)

2.Indah - Lelaki (Yuna)

3. Syamel - Hanya NamaMu (Caliph Busker)

4. Amir - Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain)

5. Sufi - Izinkan Ku Pergi (Kaer)

6. Bob - My Heart Will Go On (Celine Dion)

7. Marsha - Terlalu Istimewa (Adibah Noor)

8. Idayu - Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah)

9. Amir Jahari - Viva La Vida (Coldplay)

AF Megastar berlangsung setiap Ahad, jam 9 malam dan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)