lumayan ini rupanya ganjaran diterima finalis af megastar yang lain

Kredit foto: Instagram Akademi Fantasia

Meskipun sudah menutup tirainya pada Ahad lalu, Konsert Akhir AF Megastar masih menimbulkan suara-suara sumbang di kalangan netizen.

Ini susulan banyak pihak mempersoalkan ganjaran kemenangan yang hanya diberikan kepada juara.

Malam kemuncak tersebut menyaksikan Idayu sebagai pemenang sekaligus melayakkannya mendapat hadiah utama berupa wang tunai RM100,000, trofi daripada Astro, pakej percutian 10 hari 7 malam ke Turkey tajaan SelamatBercuti.com untuk dua orang dan e-gift card bernilai RM6,000 sumbangan Go Shop.

Hakikatnya para finalis yang lain juga menerima habuan meskipun tidak diumumkan kepada khalayak.

Perkara itu dijelaskan sendiri oleh Ketua Program Realiti & Format Astro, Namanzee Harris.

"Memang dari awal lagi konsep program ini hanya akan mengumumkan juara sahaja sebagai pemenang.

"Bagi kami finalis yang sudah mara ke pentas akhir adalah mereka yang mempunyai kelas tersendiri dan kami anggap semua sudah juara.

"Namun kami terpaksa akur kerana kami harus memilih satu sahaja bintang dari AF Megastar untuk diangkat sebagai juara.

"Pun begitu, kami sudah sediakan hadiah untuk finalis lain.

"Tetapi hadiah yang diberikan sama rata untuk semua finalis," katanya memetik laporan portal Astro Gempak.

Untuk info, kesemua peserta konsert akhir AF Megastar yang gagal merangkul hadiah utama menerima ganjaran berupa wang tunai RM20,000, trofi daripada Astro dan e-gift card bernilai RM3,500 sumbangan Go Shop serta beberapa hadiah yang belum dimaklumkan lagi.

Pada kemuncak program itu menampilkan persaingan lima finalis iaitu Idayu, Marsha, Bob, Syamel dan Shahir.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)