konsert af megastar tema ikon syafinaz buka mulut

Kredit foto: Instagram read8space & Instagram rifaee_isa

Penyanyi dan guru vokal Syafinaz Selamat memberikan sepatah dua kata sebelum melihat para peserta AF Megastar beraksi hujung minggu ini.

Kata Syafinaz, dia mahu mereka berhati-hati dengan pemilihan lagu yang ingin digabungkan.

Konsep mashed up kelihatan mudah tetapi memerlukan pemahaman dalam bidang muzik untuk memadankan lagu yang sesuai.

"Bukan senang nak buat 'mashed-up' kerana ramai ingat dengan menggabungkan sahaja dua buah lagu itu ia akan menjadi.

"Mereka perlu faham bentuk muzik dan kena tahu lagu apa yang sesuai untuk digabungkan.

"Bukan sesuai dari segi lirik tetapi susunan muzik itu yang perlu dititik beratkan kerana, jika tidak melodinya tidak ngam," katanya menurut laporan portal Astro Gempak.

Tambah penyanyi lagu Ingin Bersamamu itu, setiap penyanyi yang bertanding memerlukan khidmat kepakaran pengarah muzik untuk memberi petunjuk.

Dia bersetuju dengan saranan diutarakan pengarah muzik Datuk Ramli MS sebelum ini.

"Seperti kata Ramli MS dalam komennya kepada peserta sebelum ini, mereka perlu ada pengarah muzik.

"Orang profesional ini, tahu muzik apa yang sesuai untuk digabungkan.

"Ye lah...kadang-kadang penyanyi ini mereka tidak memahami muzik dan aturannya, sebab itu perlu ada Executive Produser," katanya lagi.

Selain Syafinaz dan Ramli MS, para peserta AF Megastar turut diadili oleh seorang lagi juri undangan setiap minggu.

Konsert Suku Akhir Ahad ini bakal menyaksikan penyanyi mempertaruhkan dua buah lagu dalam konsep mashed-up bertemakan 'Ikon'.

Lapan bintang yang masih kekal dalam persaingan ialah Indah Ruhaila, Amir Jahari, Marsha, Syamel, Bob, Idayu, Amir dan Shahir.

AF Megastar ke udara secara langsung setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)