tersingkir suku akhir af megastar indah buka mulut 1

Kredit foto: Instagram Indah Ruhaila

Penyanyi Indah Ruhaila akur dengan keputusan peringkat suku akhir AF Megastar yang menyingkirkannya.

Menurut Indah atau nama penuhnya Siti Ruhailah Hussein, dia tidak terkejut mengetahui berada di kedudukan tercorot dalam konsert Ahad lalu.

Ini kerana penyanyi lagu Percayalah itu terlebih awal bersedia menerima sebarang kemungkinan.

"Sebenarnya saya tidak terkejut dengan penyingkiran ini kerana saya terimanya sebagai adat pertandingan.

"Tipulah jika saya tidak ada rasa kecewa tetapi saya menerimanya dengan hati yang terbuka dan tidak terlalu sedih.

"Saya anggap sahaja malam ini bukan malam saya untuk saya teruskan lagi di dalam AF Megastar.

"Saya harap rezeki saya lebih terbuka luas selepas ini di luar," katanya menurut laporan portal Astro Gempak.

Dalam Konsert AF Megastar yang berlangsung pada Ahad, Indah yang memperoleh markah keseluruhan terendah sebanyak 22.6 peratus meninggalkan pentas pertandingan di hujung program.

Beliau mempertaruhkan lagu-lagu ikon pilihannya, Puan Sri Saloma berjudul Gelora, Mari Jalan Bersama dan Bila Larut Malam.

Dua lagi peserta yang berada di kedudukan tiga terendah adalah Syamel dan Shahir.

tersingkir suku akhir af megastar indah buka mulut 2

Kredit foto: Instagram Indah Ruhaila

Dalam pada itu, penyanyi berusia 30 tahun itu berkata, dia kini dalam proses untuk mengeluarkan single terbaru ciptaan komposer Hael Husaini.

"Saya bakal muncul dengan sebuah single terbaharu ciptaan Hael Husaini tidak lama lagi.

"Tajuk lagunya belum ada dan masih dalam proses untuk menyiapkannya di peringkat akhir sebelum saya masuk ke studio rakaman," katanya lagi.

Penyingkiran Indah memberi ruang kepada tujuh peserta lain beraksi di peringkat separuh akhir minggu hadapan.

Mereka adalah Marsha, Amir Jahari, Bob, Idayu, Syamel, Amir dan Shahir.

AF Megastar ke udara secara langsung setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria. 

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)