Oleh pada 19 Mar 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Neelofa

Noor Nabila Mohd Noor mendedahkan perkahwinannya dengan usahawan Engku Emran adalah bersandarkan kepada kegagalan rumah tangga lalu sebagai panduan.

Kakak kepada pelakon Neelofa yang berusia 36 tahun itu, berkata, dirinya mahupun Engku Emran sudahpun melalui proses kematangan dalam perhubungan hasil daripada pengalaman perkahwinan lalu.

engku emran

Kredit foto: Instagram Neelofa

"Kami pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini, jadi masing masing sudah matang dan dah tahu apa yang diinginkan dalam pasangan hidup.

"InsyaAllah kami akan buat yang terbaik dan sentiasa ada untuk satu sama lain," katanya memetik laporan Mstar.

Dalam pada itu, Noor Nabila mendedahkan detik awal perkenalan mereka yang bermula sebagai sahabat dalam lingkungan Ogos tahun lalu, menjadi lebih rapat pada hujung tahun.

nabila engku emran

Kredit foto: Instagram Noor Kartini

"Saya mula mengenalinya sekitar Ogos tahun lalu... waktu itu kami hanya berkawan, sekitar hujung tahun lalu, kami mula rapat. Malah berkongsi minat sama termasuk dalam sukan berbasikal," ujarnya.

Sementara itu, Noor Nabila menafikan dakwaan yang mengatakan mereka telah mengikat tali pertunangan baru-baru ini.

noor nabila engku emran

Kredit foto: Instagram Noor Kartini

"Alhamdulillah semuanya berjalan serba ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Hanya dihadiri ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan rapat sekitar 20 ke 30 orang tetamu saja. Kita buat yang wajib saja selain bersederhana. Apa yang penting kami mahukan keberkatan. Kami pun tak merancang nak buat majlis lain selepas ini. Memang kami tak bertunang seperti yang disangka,” katanya.

Terdahulu, Noor Nabila disatukan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, sebagai pasangan suami isteri dengan sekali lafaz dalam lingkungan jam 10 pagi pada Jumaat.

Mereka dinikahkan oleh adik Noor Nabila, Mohamed Aqief Mohd Noor dengan berwakil walikan bapa kandung mereka bertempat di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Majlis pernikahan yang dimeriahkan dengan kehadiran anggota keluarga dan kenalan rapat itu diadakan secara tertutup.

Untuk info, Noor Nabila pernah bergelar isteri kepada aktor Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017, namun bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil perkongsian hidup, mereka dianugerahkan kelahiran seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad yang kini mencapai umur tiga tahun.

Manakala Engku Emran pula merupakan bekas suami aktres Erra Fazira yang mana mereka berumah tangga pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan anak perempuan bernama Engku Aleesya - kini menjengah usia 12 tahun. Mereka bagaimanapun  berpisah pada 18 Februari 2014.

Engku Emran seterusnya memperisterikan Laudya pada 8 September 2017, kemudian bercerai sekitar bulan Jun 2020.

Baca: Biodata Noor Nabila

Baca: Biodata Sharnaaz Ahmad, Bekas Suami Noor Nabila

Baca: Biodata Erra Fazira, Bekas Isteri Engku Emran

Baca: Biodata Neelofa

Baca: Biodata Noor Kartini, Ibu Neelofa

Baca: Biodata Ameera Khan, Adik Neelofa

Baca: Biodata Athisha Khan, Adik Neelofa

Baca: Biodata Faliq Khan, Adik Lelaki Neelofa

Baca: Biodata Penyanyi Qalisha Ray, Sepupu Neelofa

Baca: Biodata Chef Adamdidam, Sepupu Neelofa

nabila emran

engku emran nabila

suami noor nabila 94

nabila kahwin

emran

Kredit foto: Instagram Neelofa & Instagram Ameera Khan

Sumber: “Masing-masing dah matang, tahu apa pasangan inginkan” - Noor Nabila, Engku Emran berkenalan Ogos tahun lalu, kongsi minat berbasikal




Hakcipta iluminasi.com (2017)