Kredit foto: Instagram Qalisha Ray

    

Siapakah Qalisha Ray? Beliau merupakan sepupu kepada pengacara dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa.

Figura ini mencipta nama sebagai penyanyi menerusi penerbitan single pada tahun 2011 di bawah naungan syarikat Wake The Baby (WTB) milik komposer Ajai.

    

Biodata

1. Nama sebenarnya, Noor Qalisha Ahmad Rashid. Lebih dikenali sebagai Qalisha Ray.

2. Berumur 29 tahun (2020).

3. Kelahiran Pasir Mas, Kelantan.

4. Berdarah campuran Arab, Pakistan, Afghanistan, Melayu dan Bugis.

5. Merupakan sepupu kepada ahli perniagaan dan pengacara popular, Neelofa.

    

Fakta Menarik

  • Mula aktif dalam dunia hiburan di usia 20 tahun, sebagai penyanyi, iaitu pada tahun 2011 di bawah naungan syarikat Wake The Baby (WTB) milik komposer Ajai.
  • Begitupun kerjayanya dalam bidang seni suara hanya bertahan tidak sampai setahun sebelum bertindak meninggalkannya atas alasan yang disifatkan terlalu peribadi untuk didedahkan.
  • Pernah dikaitkan dengan bintang realiti Hollywood, Kim Kardashian kerana wajah mereka yang dikatakan seiras.
  • Turut berkecimpung dalam dunia bisnes, termasuk bidang hartanah.
  • Pernah membintangi iklan produk Simply Siti.

    

Foto

qalisha ray

sepupu neelofa

qalisha ray age

qalisha ray family

qalisha ray wiki

qalisha ray ig

qalisha ray biodata

Kredit foto: Instagram Qalisha Ray

    

Video

Kredit video: Bebaskanlah Cinta - Qalisha Ray

    

Sumber:

1. Rupanya Qalisha Ray Ini Sepupu Neelofa, Pernah Ada Single Tahun 2011

2. Lihatlah Wajah Si Cantik, Qalisha Ray, Sepupu Neelofa Yang Pernah Ada Single Sendiri 8 Tahun Dulu

3. Qalisha Ray berpatah arang dengan nyanyian

4. Qalisha Ray Tolak Lamaran VIP

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)