Oleh pada 30 Aug 2019 kategori

noor nabila sharnaaz ahmad cerai

Kredit foto: Instagram Neelofa & Instagram Noor Nabila

    

Pengacara Neelofa akui sentiasa berpihak terhadap apa sahaja keputusan dibuat kakaknya, Noor Nabila.

Kenyataan tersebut dibuat susulan tindakan Nabila memuat naik foto dipercayai diambil di kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta, semalam.

Ada pihak yang mendakwa Nabila kini dalam proses memfailkan perceraian terhadap suaminya, Sharnaaz Ahmad.

“Saya tahu saya orang pertama yang akan ditanya mengenai perkara itu kerana saya duduk serumah dengan mereka, tetapi bila bercakap mengenai soal rumah tangga, tak adil untuk saya mengulas berhubung soal terbabit.

“Tetapi, saya nak semua orang tahu saya akan menyokong apa sahaja tindakannya, asalkan kakak saya gembira.

“Saya, keluarga dan rakan-rakan sentiasa berada di belakang Nabila dalam apa jua situasi,” katanya kepada Astro Gempak.

Hos Meletop itu membuat kenyataan sewaktu menghadiri majlis pelancaran serum Advanced Genifique Lancome yang berlangsung di Centre Court, Pavilion, semalam.

Mengulas perasaan dilaluinya kini, Neelofa menyifatkan kakaknya itu telah berdepan bermacam dugaan getir, namun masih kuat menanganinya.

    

noor nabila cerai

Kredit foto: Instagram Neelofa

     

“Oh Tuhan, dia telah melalui macam-macam dugaan... Tidak adil untuk saya menghakimi fasa yang sedang dilaluinya ketika ini.

“Apa yang boleh saya cakap, dia seorang yang sangat kuat dan dia berhak untuk mendapatkan yang terbaik dalam perkahwinannya. Insya-Allah, Tuhan akan permudahkan segalanya,” katanya.

Diajukan pertanyaan berkenaan gambar dikongsi Nabila, Neelofa bagaimanapun meminta agar semua pihak menantikan tindakan selanjutnya.

“Spekulasi yang dibuat oleh netizen adalah suatu perkara normal dan saya tahu Nabila boleh mengendalikannya. Nantikan sajalah," katanya seraya menamatkan perbualan.

     

Sumber berita: “Oh Tuhan... Kakak Saya Telah Melalui Pelbagai Dugaan” - Neelofa Ulas Dakwaan Noor Nabila Fail Perceraian

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)