Oleh pada 21 Sep 2020 kategori

neelofa pu riz

Kredit foto: Instagram Noor Nabila & Instagram Neelofa

    

Kehadiran PU Riz di majlis perkahwinan adik kepada pelakon Neelofa pada Ahad lalu mendapat perhatian ramai.

Apatah lagi, pendakwah dan pelakon lelaki itu berpakaian baju Melayu yang mana kelihatan sedondon dengan keluarga aktres itu.

Tidak hanya itu, kakak Neelofa, Noor Nabila menerusi Instagram Stories turut memuat naik rakaman momen antara Neelofa dan PU Riz yang menyaksikan pasangan ini sedang berbual yang mana kiriman itu turut disertakan dengan emoji 'love'.

PU Riz bagaimanapun tampil dengan penjelasannya yang tersendiri di sebalik isu yang sedang hangat diperkatakan warganet di media sosial ini.

Menurut pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu, kehadirannya di majlis berkenaan adalah sebagai memenuhi pelawaan Neelofa bagi membacakan doa.

    

Baca: Biodata PU Riz

Baca: Biodata Neelofa

   

pu riz

Kredit foto: Instagram Athisha Khan

    

"Ni depa nak pekena, saya cuma diminta dia (Neelofa) untuk membacakan doa saja," katanya sebagaimana dilaporkan portal Astro Gempak.

Terdahulu, dua bintang ternama ini sering digosipkan peminat kerana acapkali dilihat bersama sejak Ramadan lalu.

Begitupun, kedua-dua mereka sering menepis dakwaan cinta yang tersebar dengan mengatakan hubungan yang terjalin hanyalah atas tuntutan kerja sahaja.

Untuk info, PU Riz sebelum ini juga pernah dijemput pengacara Next To Neelofa itu untuk menjayakan program bacaan 99 Nama Allah yang diadakan sekitar tahun 2018.

   

Sumber berita: Muncul Pakai Sedondon Dengan Neelofa, PU Riz Jawab Spekulasi Netizen

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)