Oleh pada 20 Sep 2017 kategori

neelofa dikatakan tayang aurat ini jawab kakaknya noor nabila 1

Gara-gara mengenakan seluar jeans koyak hingga didakwa menampakkan kulit, pengacara Neelofa teruk dikecam netizen.

Foto-foto tersebut yang memaparkan percutiannya bersama keluarga di Itali dimuat naik di laman Instagram pengacara Meletop itu.

Menurut pandangan rata-rata netizen, imej tersebut tidak sewajarnya digayakan oleh seorang wanita berhijab, apatah lagi dirinya adalah selebriti yang menjadi perhatian ramai.

Bagaimanapun, komen negatif yang dikeluarkan pengguna Instagram tidak disenangi oleh kakak kepada Neelofa, Noor Nabila, lantas mempertahankan tindakan adiknya dengan kenyataan balas berikut.

neelofa dikatakan tayang aurat ini jawab kakaknya noor nabila 2

@iamhelmi545 Kenapa dengan seluar tu? Awak ke yang pilih apa dia pakai? Jadi kalau dia pakai legging di dalam, dia nak kena DM awak untuk beritahu supaya awak tak kritik.

Noor Nabila mempertikaikan tindakan netizen yang hanya tahu serkap jarang dan membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa.

Susulan pergaduhan dan kekecohan yang berlaku, Neelofa akhirnya bertindak menutup ruangan komen.

Kredit foto: Instagram Neelofa

tags : , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)