Kredit foto: Instagram Neelofa
Neelofa menyelar tindakan sesetengah netizen yang menggelarkan selebriti sebagai 'lalang'.
Menurut Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 29, selama ini mereka terpaksa mengunci mulut daripada mendedahkan pandangan politik yang sebenar.
"Apabila anda tersekat dalam situasi yang tidak menyenangkan dan mulut anda perlu ditutup untuk tidak berkata apa-apa atau tidak berada di mana-mana pihak.
"Awak tidak diberi pilihan tetapi hanya perlu berdiam. Dan kepada semua 'bawang' di luar sana, awak patut berhenti memanggil pihak yang berdiam adalah lalang.
"Dah tidak masa untuk kita bersama, bersatu untuk Malaysia yang lebih baik, Malaysia kita!" kata Neelofa.
Kenyataan yang dimuatnaik menerusi Instastory miliknya pada Sabtu itu telah dipadam beberapa ketika kemudian.
Namun ia dikongsi semula oleh hos Awal Ashaari di Instastory akaunnya.
Terdahulu, beberapa selebriti Malaysia memuat naik foto bersama Perdana Menteri baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad di laman sosial masing-masing.
Netizen tidak berpuas hati dan menganggap mereka seperti 'lalang' kerana pernah menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional ketika parti campuran itu mengemudi negara sebelum ini.
Sementara itu, Neelofa meminta masyarakat berhenti membuat tuduhan bukan-bukan, sebaliknya meraikan era baharu Malaysia yang disifatkannya sebagai kemerdekaan kali kedua.
Kredit foto: Instagram Neelofa
"Jadi, berhenti salahkan atau kecam selebriti lain juga. Tiba masa untuk meraikan daripada melabelkan yang lain.
"Mari semua, bukankah ia rasa seperti merdeka sekali lagi?
"Mari berasa bersyukur pada Allah swt untuk sejarah yang kita (terutama golongan belia) dapat menjadi saksi dan rasa sayang dan selamat kembali," katanya.