Oleh pada 06 Feb 2020 kategori

noor neelofa

Kredit foto: Instagram Neelofa

     

Pengacara dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd Noor, memberitahu kejayaan yang dikecapinya dalam dunia perniagaan pada hari ini adalah bertitik tolak daripada tragedi putus cinta yang pernah dilalui suatu masa dahulu.

Neelofa, 31, berkata, kali pertama dia putus cinta adalah sewaktu berusia 25 tahun di mana ketika itu dirinya masih lagi tercari-cari identiti diri.

"Sudah tentu saya pernah dilukai... saya memang dah plan nak cakap fasal benda ni cuma menantikan masa yang sesuai untuk berkongsi mengenainya.

"Sebenarnya masa mula-mula saya buat bisnes hijab dengan kanta lekap tu, memang saya tengah patah hati.

"Saya putus dengan ex-boyfriend saya ketika itu saya masih muda, baru 25 tahun dan masih tercari-cari identiti diri," katanya memetik laporan Mstar.

Kenyataan itu diluahkannya sewaktu menjadi tetamu jemputan rancangan temubual Trek Selebriti terbitan Astro.

Sementara itu, pengusaha jenama tudung Naelofar itu berkata, pengalaman disakiti membuatkan dirinya nekad menghabiskan kebanyakan masa di pejabat.

Menurutnya, dia berjaga sehingga jam empat pagi semata-mata untuk menghabiskan kerja, selama beberapa bulan, sehingga akhirnya mampu menempa kejayaan di persada antarabangsa.

   

kekasih neelofa

Kredit foto: Instagram Neelofa

    

"Disebabkan kekecewaan dan kesedihan ketika itulah saya gunakan ke dalam bisnes. Saya rasa perlu buat sesuatu, perlu fokus, saya duduk dekat office saja sampai pukul 4 pagi dan buat itu hari-hari sampai beberapa bulan.

"Saya nak buktikan kepada diri saya dan orang yang saya kenal masa tu, tanpa dia saya masih wanita yang kuat dan mampu lakukan sesuatu yang besar.

"Kali kedua saya sekali lagi kecewa, saya rancang nak buat benda sama tapi sasaran saya kali ini adalah untuk capai kejayaan di peringkat antarabangsa. Saya nak buktikan kepada bekas teman lelaki walaupun dia rasa dia cukup bagus, saya boleh buat lebih bagus dari dia.

"Saya bukan jenis yang duduk bilik dan menangis tengok gambar lama-lama semua, tidak. No... no... no," katanya.

Rata-rata netizen menyifatkan kisahnya itu wajar dijadikan sumber inspirasi kepada masyarakat.

Tidak kurang, ada yang mula berteka-teki tentang gerangan bekas kekasih yang dimaksudkan memandangkan wanita itu sebelum ini cukup berahsia membabitkan soal cinta lampaunya.

    

Sumber berita: Neelofa dedah dua kali putus cinta bakar semangatnya untuk berjaya - “Saya bukan jenis duduk bilik menangis tengok gambar lama”

     



Hakcipta iluminasi.com (2017)