Jasper Maskelyne tidak pernah dianggap sebagai seorang tentera. Pencapaian terhebatnya sebelum perang telah dibawa secara turun temurun sebagai warisan keluarganya. Mereka semua adalah ahli silap mata. Di atas pentas, nama mereka terkenal dan dihormati tetapi apabila memakai pakaian seragam, tiada siapa yang mengenali mereka.

Jasper Maskelyne telah menghabiskan sebahagian besar waktunya untuk menghiburkan tentera. Akan tetapi kali ini dia ingin membuat sedikit perbezaan. Jasper menyedari bahawa kebolehannya membuat silap mata ini boleh membantu pihak tentera dengan teknik penyamaran yang bagus.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tidak lama selepas itu, dia telah mengumpulkan sekumpulan orang yang mempunyai fikiran yang sama seperti seorang tukang kayu, juru elektrik, arkitek, ahli kimia, pembuat latar belakang, pelukis dan juga seorang pembaik pulih. Mereka ini dikenali sebagai Kumpulan Magik.

jasper dan kumpulan persembahan silap matanya

Jasper Maskelyne dan kumpulan persembahan silap matanya

Namun, sebelum dia dapat mengalahkan orang-orang seperti para jeneral Hitler, dia terpaksa mengagumkan pegawai atasannya terlebih dahulu. Apa yang dilakukannya ialah mempersiapkan dirinya untuk tugasan pertama yang diberikan kepadanya, iaitu mempertahankan pelabuhan Alexandria daripada dibom pasukan Tentera Udara Jerman pada waktu malam.

Akan tetapi, pelabuhan itu terlalu besar. Adalah mustahil bagi Jasper untuk menyembunyikan semua kapal yang berada di situ. Jadi dia memutuskan untuk memindahkannya. Dia menggunakan pelabuhan yang berdekatan dan telah mencipta kapal-kapal dan rumah-rumah palsu menggunakan lumpur dan juga kadbod.

Kemudian Jasper secara rawak telah meletupkan kapal-kapal dan bangunan palsunya semasa serbuan pengebom Jerman sedang belaku. Para juruterbang Jerman menyangka itu adalah isyarat untuk mereka menjatuhkan kesemua peluru berpandu mereka.

pelabuhan alexandria

Pelabuhan Alexandria

Semasa pengeboman sedang rancak berlaku, pelabuhan Alexandria kekal gelap tanpa memasang sebarang lampu. Semua juruterbang pesawat pengebom Jerman menyangka mereka telah berjaya memusnahkan pelabuhan Alexandria yang sebenarnya pelabuhan palsu.

Selepas peristiwa itu, Kumpulan Magik telah menjadi buah mulut para tentera dan juga pegawai atasan. Kumpulan Magik itu seterusnya diarahkan untuk mempertahankan Terusan Suez, dengan cara meningkatkan jarak lampu anti pesawat bagi membantu penembak British mengesan pesawat Nazi dalam keadaan gelap.

Akan tetapi, Jasper mempunyai idea yang berbeza. Dia sebaliknya menggunakan lampu-lampu itu untuk mengganggu dan membutakan juruterbang Nazi. Dia telah menggunakan peranti yang mengubah lampu-lampu itu menjadi lampu sorot. Kesannya sangat menakjubkan.

lampu sorot yang dihasilkan oleh jasper

Pasukan Jasper menyediakan lampu sorot untuk mengganggu juruterbang Nazi

Jasper malah menggunakan cermin dan lampu yang diletakkan di sepanjang Terusan Suez. Dia bukan sahaja menyembunyikan lampu dan cermin itu daripada pandangan musuh, malah mengecewakan juruterbang pengebom sehingga mengakibatkan mereka kemalangan dan terhempas.

Ilusi terbesar Jasper masih belum lagi ditunjukkan. Pada ketika itu, pegawai utama Adolf Hitler iaitu Erwin Rommel atau lebih dikenali sebagai The Desert Fox, serang rancak menakluk sebahagian besar kawasan Afrika. Pihak British pula terdesak untuk menang. Pertempuran El Alamein di Mesir merupakan titik utama Kumpulan Magik itu dipanggil semula.

Field Marshall British iaitu Bernard Montgomery mahu menyerang El Alamein dari utara dan mahu menuntut kembali kawasan itu daripada Rommel. Ia adalah amat penting bagi pihak British untuk mendapatkan kawalan semula di Afrika Barat.

erwin rommel

Erwin Rommel a.k.a The Dessert Fox

Jasper dan kumpulannya mula mencipta pasukan tentera replika mereka sendiri yang terdiri daripada ribuan tentera dan senjata palsu, kereta kebal dan pesawat tiruan dan pelbagai replika sempurna yang kelihatan seakan-akan sebuah rejimen tentera yang besar.

Kumpulan Magik ini juga membina saluran paip palsu yang membuatkan orang-orang Jerman berfikir bahawa pertempuran ini akan memakan masa yang lama. Dengan menggunakan kesan bunyi dan ilusi lain, Jasper dan orang-orangnya berjaya mengalihkan majoriti tentera Nazi ke selatan. 

jasper dan pesawat palsu rekaannya 216

Pesawat palsu rekaan Jasper

Tidak lama selepas itu, Bernard Montgomery telah menembusi kawasan utara dan berjaya memenangi pertempuran di El Alamein. Ia merupakan kemenangan sebenar pertama pihak British terhadap tentera kuasa Paksi.

Pegawai utama Adolf Hitler itu telah ditipu oleh seorang pakar ilusi. Apa yang lebih menakjubkan ialah Jasper tidak menembak walaupun sebutir peluru untuk melakukannya tetapi berjaya membuatkan Rommel berundur. Ia bukanlah satu keajaiban, ia adalah satu silap mata terhebat.

kereta kebal palsu yang dihasilkan jasper

Kereta kebal palsu ciptaan Jasper

Selepas itu, Jasper bersama Kumpulan Magiknya telah melakukan silap mata mereka di 16 negara yang berlainan. Selepas itu Kumpulan Magik ini telah dibubarkan, namun tidak pernah mendedahkan rahsia mereka di sebalik ilusi yang dilakukan. Di bawah Akta Rahsia Rasmi British, mereka hanya boleh mendedahkan perkara itu kepada umum hanya selepas tahun 2046.

Apabila Jasper Maskelyne melakukan sentuhan ajaibnya untuk penonton yang kecil, mereka semua memujinya dengan penuh kagum. Namun, ia agak menyedihkan apabila dia melakukan silap matanya di pentas terbesar seperti Perang Dunia, dia tidak pernah dihargai kerana perlu merahsiakan muslihatnya.  Ahli silap mata itu, seperti ilusinya, hilang begitu sahaja daripada catatan sejarah.




Hakcipta iluminasi.com (2017)