Siapa tak suka silap mata? Silap mata merupakan satu cabang seni yang sangat unik dan istimewa. Terdapat banyak jenis silap mata yang dilakukan oleh mereka yang pakar dan ini yang membezakan antara seorang ahli silap dengan ahli silap mata yang lain. Apa yang membuatkan mereka istimewa adalah kebolehan untuk membuatkan penonton ternganga dan juga terpinga-pinga.

Terdapat ramai ahli silap mata profesional di atas muka bumi, namun siapakah yang terhebat di antara mereka semua? iluminasi.com ingin berkongsi antara 4 ahli silap mata yang paling hebat di dunia.

4. David Blaine

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dengan perwatakan yang agak cool, David Blaine adalah seorang ahli silap mata yang lain daripada yang lain. Beliau dikatakan sangat unik, teliti dan fokus ketika melakukan persembahan. Silap mata yang dilakukannya sangat berkualiti tinggi dan tak dapat dilakukan oleh ahli silap mata yang lain. Rancangan televisyen pertama David Blaine, "Street Magic" dikatakan sebagai kejayaan cemerlang dalam dunia silap mata kerana telah mengubah perspektif penonton televisyen menyamai mereka yang menonton secara langsung.

Silap mata yang dipersembahkan oleh David Blaine mencetuskan revolusi dengan memberi tumpuan kepada reaksi penonton. Apa yang dilakukannya adalah mengalihkan perhatian penonton televisyen supaya fokus kepada penonton di dalam televisyen. Teknik ini membuatkan penonton televisyen leka. 

Pada tahun 2006, satu aksi daripada David Blaine di hadapan Lincoln Center di New York masih kekal dalam memori dimana beliau berada di dalam bekas sfera berdiameter 2.4 meter yang mengandungi air garam isotonik, selama 7 hari. Selepas menamatkan aksi itu, beliau memberi kebenaran kepada Universiti Yale untuk memantau dirinya bagi mengkaji reaksi badan manusia terhadap penenggelaman yang lama di dalam air.

3. Criss Angel

criss angel

Siapa tak kenal Criss Angel, yang sangat terkenal dengan adegan "terapung" atas angin, atau "terbang". Christopher Nicholas Sarantakos, atau Chris Angel memulakan kariernya sebagai ahli silap mata di New York dan melebarkan sayap ke Las Vegas. Beliau mula dikenali ketika melakukan persembahan secara langsung dalam "Criss Angel Believe" yang berkolaborasi dengan Cirque du Soleil di kasino Luxor di Las Vegas yang menjana RM645 juta pada tahun 2010.

Apa yang membuatkan Criss lebih terkenal daripada ahli silap mata yang lain adalah beliau adalah ahli silap mata yang paling kerap muncul di kaca televisyen. Persatuan Ahli Silap Mata Antarabangsa telah menamakan Criss Angel sebagai "Magician of the Decade" bagi tahun 2009, dan "Magician of the Century" pada tahun 2010.

2. David Copperfield

vcv 392

Walaupun berada di tangga ke-2, David Copperfield, tidak diragui digelar sebagai ahli silap mata yang paling terkenal di atas muka bumi. Lahir pada tahun 1956, David Copperfield atau nama sebenarnya David Seth Kotkin adalah seorang ahli silap mata yang sangat berkaliber dan bertaraf tinggi. 

Antara aksi David Copperfield yang paling diingati adalah ketika beliau "menembusi" Tembok Besar China. Ia menjadi bualan hangat seluruh dunia. Ketika beliau berada di "dalam" tembok tersebut, dikatakan jantungnya tidak berdegup, yang dipaparkan pada monitor degupan jantung.

David Copperfield juga banyak menerbitkan rancangan televisyen dan telah menggondol 21 Anugerah Emmy dalam 38 pencalonan. Sepanjang karier melebihi 40 tahun sebagai ahli silap mata, beliau menerima pengiktirafan daripada Guinness World Recods sebanyak 11 kali. Pada tahun 2015, David memperoleh sebanyak RM271 juta dan meletakkan beliau dalam senarai 20 selebriti dengan pendapatan tertinggi di dunia.

Forbes mengumumkan bahawa David Copperfield adalah ahli silap mata komersial yang paling berjaya dalam sejarah.

1. Harry Houdini

harry

Menggungguli carta ini adalah lagenda silap mata, Harry Houdini. Beliau merupakan anak kelahiran Hungary yang dilahirkan pada tahun 1874. Beliau sangat terkenal dengan aksinya melepaskan diri dan juga yang terhebat dalam membuat persembahan di hadapan orang ramai. Apa yang lebih menarik, aksi yang dilakukan Harry tidak pernah dilihat dan ditunjukkan pada tahun 1890-an, dan ketika itu, tiada ahli silap mata setanding dengannya.

Beliau yang juga merupakan Presiden Persatuan Ahli Silap Mata Amerika, pernah melepaskan tangannya yang digari oleh anggota polis. Beliau bukannya ahli silap mata murahan dan amat mementingkan profesionalisma dan standard. Beliau kerap mendedahkan ahli silap mata yang menipu, dan juga menyaman mana-mana artis yang meniru aksi-aksinya.

Beliau juga pernah membintangi beberapa buah filem namun berhenti dari dunia lakonan kerana tidak menguntungkan.

Sumber : Top Magician Of All Time




Hakcipta iluminasi.com (2017)