Apa yang membuatkan tunggangan di taman tema itu hebat? Adakah kelajuan, ketinggian ataupun hiasan taman temanya yang menarik? Setiap orang mempunyai idea yang berbeza apaakah yang membuatkan sesuatu tunggangan atau permainan itu sebagai yang terbaik.

Walaupun begitu, dalam senarai ini mengandungi kesemua ciri yang dimaksudkan dalam kategori mereka tersendiri. Mari kita kenali 9 daripada tunggangan taman tema terbaik di seluruh dunia.

9. Paling Magis: Harry Potter and the Forbidden Journey (USA)

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ia bukanlah merupakan tunggangan paling laju, dan bukan juga sebuah roller coaster. Akan tetapi, ia merupakan tunggangan taman tema magikal terbaik di dunia. Terletak di Taman Tema Pulau Pengembaraan di Orlando, pengunjung boleh memasuki Istana Hogwarts dan berjalan melalui pelbagai bilik, yang direka sama seperti di dalam filem atau novel.

Permainan tunggangan ini berupa kerusi yang akan membawa mereka dalam pengembaraan dunia Harry Potter. Sepanjang perjalanan itu terdapat naga, Quidditch (sukan di Hogwarts) dan pelbagai jampi serapah dengan diiringi video beberapa babak di dalam filem itu. Ia amat berbaloi bagi peminat Harry Potter mahupun mereka yang meminati tema dunia magis.

8. Paling lama: Ultimate (UK)

roller coaster ultimate uk

Mesti ianya sedikit mengecewakan bagi pemilik roller coaster Ultimate ini kerana tidak lagi memegang rekod tunggangan paling panjang setelah 9 tahun mempertahankan rekod itu. Dengan jarak 7,442 kaki ia merupakan yang paling panjang di dunia apabila dibuka pada tahun 1991 akan tetapi dipadamkan rekodnya oleh pembukaan Steel Dragon pada tahun 2000 di Jepun.

Namun begitu, ia masih mengekalkan rekod sebagai tunggangan taman tema paling lama iaitu selama 7 minit 34 saat. Ia juga dikelilingi oleh hutan yang cantik walaupun ianya boleh menjadi masalah seperti yang berlaku pada 1994 apabila seekor rusa masuk ke dalam litar dan menyebabkan kemalangan. Taman tema ini terletak di Ripon, Yorkshire dan berbaloi mengunjunginya jika anda ke UK.

7. Flat Ride Tertinggi : Tower of Terror II (Australia)

tower of terror ii australia

Terletak di pusat hiburan di Gold Coast, Australia, tunggangan ini merupakan ke-4 yang tertinggi di dunia dan Flat Ride (tunggangan yang hanya naik dan jatuh sahaja) paling tinggi di dunia dengan ketinggian 377 kaki. Para pengunjung akan perlu menaiki sebuah menara di taman tema Dreamworld sehingga ke puncak untuk menaiki tunggangan sebelum dilepaskan untuk jatuh.

Keseluruhan pengalaman ini mengambil masa cuma 28 saat. Tunggangan ini dibuka pada 1997 dan merupakan yang pertama mencapai 100 batu sejam dan kini ke-4 paling pantas di dunia. Sememangnya tidak digalakkan untuk mereka yang gayat.

6. G-Force paling kuat: Millennium Force (USA)

roller coaster millenium force

Dibuka pada tahun 2000, roller coaster ini mencatatkan satu rekod dunia yang baru iaitu tunggangan dengan kuasa-G yang paling banyak dihasilkan iaitu 4.5G. Tunggangan ini juga merupakan antara yang tertinggi dan paling laju serta ia merupakan tunggangan roller coaster yang ke-14 di taman tema Cedar Point sejak ia dibuka pada tahun 1964.

Ia merupakan tunggangan yang popular dan dikenali di dalam dunia taman tema dan telah memenangi beberapa anugerah. Rekaannya begitu inovatif pada masa itu dan merupakan yang pertama menggunakan sistem pengangkat berkabel dan ramai yang meniru sistem sebegini selepas itu. Perekanya iaitu Werner Stengel mengatakan tunggangan ini adalah kegemarannya dari lebih 500 tunggangan yang pernah direkanya.

5. Paling Menghiburkan: Pirates of the Caribbean (USA)

pirates of the caribbean

Sementara kebanyakan tunggangan taman tema berdasarkan filem, namun tidak ada yang menginspiriasi filem seperti yang satu ini. Tunggangan Pirates of the Caribbean klasik di Disneyland ini telah menjadi inspirasi kepada filem lakonan Johnny Depp sebagai Captain Jack Sparrow.

Selepas kejayaan filem ini dan beberapa sirinya, tunggangan di taman tema ini diubah bagi menyamai watak di dalam movie ini akan tetapi sebahagian tarikan asal seperti kapal lanun, muzium patung lilin dan sebagainya masih dikekalkan dari versi asal 1967 yang direka sendiri oleh Walt Disney.

4. Paling Curam: Takabisha (Japan) 

takabisha

Apabila sampai ke kategori paling curam ini, terdapat 2 calon yang bertanding dan pemenang untuk kawasan Hemisphera Selatan ialah tunggangan Green Lantern yang dinamakan sempena tajuk sebuah komik. Ia memiliki kecerunan 120 darjah dan mempunyai kuasa tekanan sebanyak 3.5G.

Pemenang tunggangan yang paling curam ialah roller coaster Takabisha di Jepun yang dibuka pada tahun yang sama dengan Green Lantern. Ia mempunyai 121 darjah curam (ada yang mengatakan 120, ia diperdebatkan). Ia mempunyai 7 pusingan dan hanya bertahan selama 112 saat sahaja.

Tunggangan ini dimulakan dalam keadaan gelap gelita sebelum membuat pusingan 360 darjah dan juga jatuhan yang begitu curam. Takabisha bermaksud “menguasai” dalam bahasa Jepun jadi ini bukanlah roller coaster untuk mereka yang baharu mencuba atau takut gayat.

3. Paling panjang – Steel Dragon 2000 (Japan) 

roller coaster steel dragon 2000

Ini lagi satu dari tunggangan yang berasal dari Jepun, yang mana telah mencuri kedudukan pertama dalam kategori tunggangan paling panjang daripada tunggangan Ultimate di UK apabila ia siap pada tahun 2000. Ia terletak di Taman Spa Nagashima dan mempunyai jarak sepanjang 8,133 kaki.

Akan tetapi, tunggangan ini telah ditutup buat sementara waktu pada tahun 2003 selama 3 tahun akibat kemalangan yang menyebabkan 2 orang cedera, akhinya dibuka semula pada 2006 dan bebas dari kemalangan semenjak dari itu.

2. Paling Tinggi – Kingda Ka (USA)

roller coaster kingda ka

Tunggangan ini yang merupakan roller coaster paling laju dan paling tinggi di dunia sebelum ini. Namun, kini ia hanya mengekalkan rekod paling tinggi sahaja. Dengan ketinggian menakjubkan iaitu 456 kaki bersamaan bangunan 45 tingkat, ianya terletak di Six Flag Great Adventure di New Jersey dan masih merupakan paling laju di Amerika Utara.

Ia boleh mencapai kelajuan dari 0 hingga 128 batu sejam dalam hanya 3.5 saat sahaja dengan menggunakan mekanisma pelancar hidraulik. Tunggangan ini hanya berlangsung selama 28 saat sahaja dan mungkin setengah minit paling mencemaskan bagi anda yang takut tempat tinggi atau kelajuan.

1. Paling Laju – Formula Rossa (UAE)

roller coaster formula rossa

Walaupun kesemua di dalam senarai ini mengagumkan anda, namun hanya satu yang menjadi persoalan peminat tunggangan taman tema di seluruh dunia iaitu mengenai kelajuan. Dibuka pada November 2010, tunggangan bertemakan Formula 1 ini memecahkan rekod Kingda Ka, dengan kelajuan sebanyak 149 batu sejam dan hanya memerlukan 5 saat sahaja untuk mencapai kelajuan maksimum.

Ia sebahagian dari hiburan di Dunia Ferrari di Abu Dhabi yang merupakan syurga bagi penggemar kereta lumba. Litar roller coaster ini juga diambil sempena reka bentuk litar lumba F1 di Monza, Italy. Ia memberikan pengalaman bagaimana rasanya untuk berada di dalam kereta lumba F1 bagi pengunjung.




Hakcipta iluminasi.com (2017)