Taman tema air biasanya menjadi pilihan bagi seisi keluarga untuk berseronok ketika musim cuti mahupun hujung minggu. Tidak kira sama ada yang dewasa atau pun bersama anak-anak kecil, ianya menjadi kawasan pilihan memandangkan terdapat banyak permainan yang boleh dicuba.

Di Malaysia, kita mempunyai taman tema air Sunway Lagoon yang dikategorikan sebagai salah sebuah taman tema air terbesar di dunia. Walau bagaimanapun, daripada segi jumlah pengunjung Sunway Lagoon tidaklah begitu popular dan tidak tersenarai dalam 10 taman tema paling popular di dunia berdasarkan jumlah pengunjung.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, pihak Iluminasi ingin kongsikan kepada anda senarai 7 taman tema popular dunia berdasarkan jumlah pengunjung.

7. Ocean World - Pengunjung tahunan: 1.5 juta

ocean world

Taman tema air Ocean World terletak di Gunung Palbongsan, Korea Selata dan merupakan sebahagian daripada Vivaldi Park Resort yang lebih besar. Bahagian Ocean World di resort ini direka dengan tema Mesir, dibuat untuk kelihatan seperti oasis padang pasir. Antara tarikan utama disini adalah "Sungai Extreme" yang mengalir deras.

Selain itu, terdapat spa yang tenang bagi yang mahukan ketenangan. Walaupun Ocean World hanya menawarkan pelbagai  tarikan untuk cuaca panas, Vivaldi Park Resort menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi semasa musim sejuk juga termasuk bermain ski dan papan luncur salji.

6. Aquatica - Pengunjung tahunan: 1.6 juta

aquatica

Dengan 42 gelongsor berbeza dan 84,000 kaki persegi pantai berpasir yang indah, Aquatica ialah salah satu taman air yang paling popular di Florida. Taman ini dimiliki dan dikendalikan oleh SeaWorld Parks & Entertainment, bersama-sama dengan lokasi taman Aquatica yang lain di Amerika Syarikat.

Di samping tarikan yang lebih menarik seperti gelongsor air, Aquatica juga menyediakan kawasan hiburan air yang lebih santai untuk tetamu yang hanya ingin berehat dan mencari ketenangan. Taman tema air ini dibuka pada tahun 2008 dan antara permainan yang menjadi tarikan utama disini adalah "Dolphin Plunge".

5. Thermas Dos Laranjais - Penghunjung tahunan: 1.6 juta

thermas dos laranjais

Digembar-gemburkan sebagai pusat peranginan paling popular di kawasan Sao Paulo, Thermas Dos Laranjais mempunyai lebih ramai pengunjung daripada mana-mana taman air lain di Amerika Latin. Taman tema air ini mendapat sumber airnya daripada Guarani Aquifer, rizab air tawar bawah tanah utama di Amerika Selatan.

Thermas Dos Laranjais sentiasa berusaha untuk memastikan pilihan lebih 50 tarikannya sentiasa menarik dengan merek biasanya akan melancarkan sekurang-kuranngnya satu tarikan atau permainan baharu setiap tahun.

4. Bahamas Aquaventure - Penghunjung tahunan: 1.8 juta

bahamas aquaventure

Sebagai taman air terbesar di Caribbean, Aquaventure menawarkan pelbagai pilihan tarikan supaya semua orang mempunyai sesuatu untuk dinikmati. Taman ini mempunyai 18 gelongsor air, termasuk "The Abyss," gelongsor 200 kaki yang menghantar penunggang terjun ke dalam lagun selepas tamat gelongsor.

Bagi mereka yang tidak suka melakukan terjunan yang lebih ekstrim, terdapat pelbagai tarikan atau permainan yang lebih santai juga. Di samping taman tema air, resort Atlantis menyediakan tempat makan, peluang membeli-belah, banyak kelab malam dan kasino yang besar.

3. Blizzard Beach di Disney World - Penghunjung tahunan: 2.1 juta

blizzard beach

Taman air ketiga yang paling banyak dikunjungi di dunia ini bertemakan idea mitos tentang resort ski yang boleh dinikmati di iklim panas Florida. Salah satu tarikan yang paling terkenal di taman ini ialah Gunung Gushmore, yang berselimut salji buatan pada ketinggian 90 kaki dan "Summit Plummet".

Kelajuan "Summit Plummet" boleh mencapai sehingga 88  km/j, menjadikannya salah satu gelongsor air jatuh bebas terpantas di dunia! Taman tema air ini dibuka pada tahun 1995. 

2. Typhoon Lagoon di Disney World - Penghunjung tahunan: 2.3 juta

typhoon lagoon

Salah satu lagun luncur air terbesar di dunia dan menempatkan salah satu kolam ombak buatan terbesar, taman air ini bertemakan "Lagenda Disney" tentang taufan dan kesannya. Hiasan dan pemandangan disini akan memberikan tetamu pengalaman dunia Disney yang mengasyikkan.

Di bahagian tengah terletak "Miss Tilly", kapal yang terletak di atas gunung ikonik "Mt. Mayday". Terdapat tarikan Shark Reeff yang menampilkan terumbu karang, ikan dan hidupan tumbuhan dalam tangki 362,000 gelen di mana orang ramai boleh melakukan aktiviti snorkeling untuk melihat dengan lebih dekat. 

1. Taman Air Chimelong - Penghunjung tahunan: 2.5 juta

taman air chimelong

Taman Air Chimelong ialah taman air terbesar di dunia mengikut kehadiran tahunan.n pengunjung, dengan mudah meninggalkan jauh pesaingnya di Asia. Taman tema ini menyediakan tetamu dengan tarikan terkini dan paling menarik termasuk Extreme River dan pelbagai lagi.

Chimelong Resort mempunyai permulaan yang menakjubkan kerana ianya bermula sebagai sebuah restoran dan terus berkembang hasil daripada lokasi pelancongannya yang hebat.

Kredit:

  1. Chip & Co
  2. Aquatica
  3. Adventure Korea
  4. LA Times



Hakcipta iluminasi.com (2017)