Istilah "conman" atau penipu, diberikan kepada seseorang yang dengan senjaga mengelirukan orang lain yang mana biasanya untuk keuntungan kewangan peribadi.

Dalam sejarah baru-baru ini, terhadap sejumlah conman yang sangat menonjol sama ada dari segi kekayayaan yang mereka kumpulkan atau kehebatan mereka dalam menipu orang ramai.

iluminasi.com ingin kongsikan dengan para pembaca mengenai antara 5 penipu paling licik dan hebat dalam sejarah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Robert Hendy-Freegard 

robert hendy freegard penipu paling licik di dunia

Robert Hendy-Freegard adalah seorang ahli perniagaan British, jurujual kereta, penipu dan penyamar yang menyamar sebagai agen M15 (perisikan tentera British) serta menipu beberapa orang jika dengan mengugut bahawa Tentera Republik Ireland (IRA) akan membunuh mereka jika tidak menurut perintahnya.

Robert bertemu dengan mangsa-mangsanya di majlis sosial atau sebagai pelanggan di pab atau di syarikat pengedar kereta di mana dia bekerja. Dia akan mendedahkan "peranannya" sebagai perisik untuk M15, Cawangan Khas atau Scotland Yard yang bekerja untuk Tentera Republik Ireland. 

Dia akan memanipulasikan dan meminta wang daripada mangsanya. Robert menuntut agar mereka memutuskan perhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan, menjalani "ujian kesetian" dan hidup dalam keadaan yang teruk.

robert hendy freegard penipu paling licik di dunia 3

Dia menggoda 5 orang wanita, mendakwa bahawa dia ingin berkahwin dengan mereka. Sesetengah mangsa tidak mahu bekerja sama dengan polis kerana Robert memberi amaran bahawa polis mungkin adalah double-agent atau ejen M15 yang juga menjalankan "ujian kesetiaan".

Robert juga menggoda seorang pembantu peribadinya yang baru sahaja berkahwin, yang membantu menjaga anak-anaknya.

Dia memberitahu bahawa dia bekerja untuk M15 dan memaksa wanita itu memutuskan hubungan dengan keluarga dan rakan, supaya Tentera Republik Ireland tidak membunuh wanita itu. 

Dia juga mengambil gambar bogel wanita tersebut dan diugut untuk diberikan kepada suaminya jika dia tidak mahu bekerjasama. Wanita tersebut terpaksa menukar namanya dan memberitahu pegawai berkenaan dia berbuat demikian disebabkan didera secara seksual ketika kanak-kanak.

"Ujian kesetiaan" yang dilakukannya termasuklah tidur di Lapangan Terbang Heathrow dan di kerusi taman untuk beberapa malam dan menyamar sebagai pengikut Jehovah's Witness agar majikan Robert dalam M15 membenarkan mereka berkahwin.

maria hendy mangsa robert hendy freegard

Maria Hendy, mangsa Robert Hendy-Freegard

Pada tahun 2002, Scotland Yard dan FBI menjalankan "sting operation". Pertamanya, FBI mencuri dengar perbualan ibu kepada wanita tersebut. Ibunya memberitahu Robert bahawa dia akan memberikan wang RM55,000, hanya secara peribadi.

Robert kemudiannya bertemu ibu wanita tersebut di Lapangan Terbang Heathrow, yang membawa kepada penangkapannya oleh pihak polis. Dia menafikan semua tuduhan dan mendakwa pihak berkuasa adalah sebahagian daripada konspirasi terhadap dirinya serta meneruskan cerita palsunya dalam perbicaraan berikutnya.

Pada 23 Jun 2005, selepas 8 bulan perbicaraan, Mahkamah Blackfairs Crown mensabitkan kesalahan ke atas Robert Hendy-Freegard atas dua penculikan, 10 kecurian dan 8 penipuan. 

Pada 6 September 2005, dia dijatuhkan hukuman seumur hidup. Pihak polis meragui bahawa mereka telah menemui semua mangsa. Pada 25 April 2007, BBC melaporkan bahawa Robert telah membuat rayuan terhadap kes penculikannya dan menang.

Ini bermakna hukuman penjara seumur hidup dibatalkan tetapi dia masih dihukum 9 tahun penjara atas kesalahan yang lain. 

4. Joseph Weil

joseph weil penipu paling licik di dunia 3

Joseph "Yellow Kid" Weil adalah salah seorang conmen paling terkenal di zamannya. Sepanjang kariernya, Joseph dipercayai telah mencuri lebih daripada RM32 juta. Dalam tugasnya sebagai seorang pemungut hutang, dia menyedari bahawa rakan sekerjanya mencuri sedikit wang daripada hasil pungutan.

Joseph memulakan perlindungan raket, iaitu menawarkan untuk tidak melaporkan aktiviti tersebut dengan balasan memberikan sebahagian kecil daripada apa yang dicuri. Dia juga menggunakan tawaran minyak palsu kepada wanita, menjadi joki lumba kuda, dan macam-macam lagi untuk mencuri wang daripada orang awam.

joseph weil penipu paling licik di dunia 2

Joseph mampu menukar personalitinya setiap hari bagi meningkat keuntungan. Pada satu hari dia adalah Dr. Henri Reuel, ahli geologi terkenal yang mengembara dan memberitahu tuan rumahnya bahawa dia adalah seorang wakil untuk sebuah syarikat minyak dan dia diberikan wang untuk "dilaburkan ke dalam industri minyak".

Keesokan harinya pula, dia adalah pengarah kepada Syarikat Pembangunan Elysium, menjanjikan tanah kepada mereka yang percaya sambil merompak mereka.

Atau dia adalah pakar kimia, yang telah berjaya menemukan cara untuk menyalin wang dolar, berjanji untuk meningkatkan kekayaan, yang boleh menggandakan wang anda dan kemudian merapas harta anda, apabila diserbu polis.

3. Charles Ponzi

charles ponzi penipu paling licik di dunia 2

Charles Ponzi, seorang imigran di Amerika Syarikat menjadi salah seorang conman paling terkenal dalam sejarah negara itu. Walaupun ramai orang yang tidak mengenali namanya, namun Skim Ponzi sangat terkenal dan berterusan sehingga kini dalam skim cepat kaya di internet.

Kehidupan awalnyaa tidak diketahui sepenuhnya kerana dia cenderung untuk memalsukan cerita mengenainya.

Apa yang diketahui adalah dia membelanjakan wang menyambung pelajaran di Universiti Rom dan kemudiannya berhenti, menaiki bot ke Boston, AS di mana dia sampai ke negara itu dengan wang RM10 di dalam poketnya.

Tahun-tahun awal Ponzi di Amerika Syarikat adalah sangat bermasalah. Dia mula bekerja di sebuah restoran namun dipecat kerana menipu bil dan memberikan wang baki yang cukup kepada pelanggan.

charles ponzi penipu paling licik di dunia

Dia kemudiannya bekerja di sebuah bank di Kanada yang mengambil imigran Itali. Pengetahuannya membantu Ponzi bekerja dengan baik di situ.

Namun, pemilik bank tersebut diketahui mencuri wang dari akaun simpanan yang baru dibuka untuk membayar faedah ke atas akaun faedah yang dikenakan dan menutup pelaburan yang gagal.

Pemilik bank tersebut akhirnya melarikan diri ke Mexico meninggalkan Ponzi pekerjaan. Selepas menulis beberapa cek palsu dan menghabiskan bertahun-tahun di penjara, Ponzi bertekad untuk menjadi kaya tak kira apa pun yang terjadi.

Selepas dapat mengstabilkan hidup setelah dibebaskan dari penjara, dia mendapat "kupon balasan pos" yang dihantar kepadanya melalui surat daripada luar negara.

Ponzi menyedari bahawa dia boleh membeli kupon asing dengan harga rendah nilai (disebabkan oleh penetapan harga selepas perang), dan kemudiannya menjual di AS mendapat keuntungan 40%.

charles ponzi penipu paling licik di dunia 4

Ponzi mula mengumpulkan wang melalui rakan dan kenalannya, menjanjikan pulangan 50% atau menggandakan wang mereka dalam masa 90 hari. Dia menubuhkan syarikat sendiri, Syarikat Pertukaran Sekuriti bagi mempromosikan skim ini.

Berita mengenai pelaburan menarik ini tersebar dengan cepat dan tidak lama kemudian Ponzi tinggal di mahligai yang mewah.

Dia membawa wang tunai pada kadar yang menakjubkan, tetapi analisis kewangan menunjukkan bahawa dia langsung tidak menjana wang, sebaliknya rugi dengan pantas.

Untuk setiap dollar yang diambilnya, membuatkannya berhutang lebih banyak. Selagi wang terus mengalir, Ponzi berada di ambang bahaya dan keruntuhan.

Orang ramai mula curiga dan pihak media mula untuk menerbitkan artikel negatif mengenainya. Orang mula menuntut wang mereka dan tak lama selepas itu, agen-agen persekutuan menyerbu ke pejabatnya lalu menutup syarikatnya.

charles ponzi penipu paling licik di dunia 3

Charles Ponzi sedang menunggu untuk dihantar pulang ke Itali

Setiap individu yang melaburkan wang mereka dengan Ponzi kehilangan setiap sen, yang mana jumlahnya dikatakan berpuluh hingga beratus juta.

Ponzi mengaku bersalah atas penipuan mel dan dihukum penjara. Dia berjaya melarikan diri namun berjaya ditangkap dan dikembalikan ke penjara.

Akhirnya, Ponzi dihantar pulang ke Itali dan dilaporkan mati pada tahun 1949 dalam keadaan miskin.

2. Victor Lustig

victor lustig penipu paling licik di dunia 3

Victor Lustig terkenal sebagai lelaki yang menjual Menara Eiffel di Paris, Perancis. Victor dilahirkan di Bohemia tetapi berpindah ke Paris di mana dia berjaya menipu orang-orang dalam perjalanannya yang kerap antara Paris dan New York.

Penipuan pertamanya adalah menunjukkan peranti yang boleh mencetak wang USD100. Masalahnya adalah, Victor memberitahu orang ramai bahawa peranti itu hanya boleh mencetak sekeping wang dalam setiap 6 jam.

Ramai orang membayar wang yang banyak (biasanya lebih daripada RM120,000) untuk mendapatkan peranti itu. Helah sebenarnya adalah peranti itu mengandungi 2 keping wang USD100 yang benar tersembunyi di dalamnya.

Apabila kedua-dua keping wang telah "dicetak" oleh peranti ini, ia akan mengeluarkan kertas kosong. Dan ketika pembeli menyedari perkara itu, Victor sudah lama hilang.

victor lustig penipu paling licik di dunia

Pada tahun 1925 ketika Perancis sedang dalam pemulihan perang, pemeliharaan Menara Eiffel menelan kos yang tidak tertanggung. Apabila Victor membaca berita itu di akhbar, dia mendapat satu idea yang sangat bernas.

Selepas memalsukan kelayakan sebagai pegawai kerajaan, dia menjemput 6 pengedar besi buruk menghadiri satu mesyuarat rahsia. Dia menjelaskan bahawa bandar Paris tidak lagi mampu untuk menjaga menara itu dan harus menjualnya.

Victor menjelaskan tentang mesyuarat dan semua urusan yang bakal dilakukan adalah rahsia, kerana tidak mahu orang ramai menjadi tertekan mengenai idea penyingkiran menara itu daripada bandar Paris.

victor lustig penipu paling licik di dunia 2

Walaupn ia seperti tidak masuk akal, namun pada masa menara itu dibuna, ia bertujuan hanya untuk sementara dan penipuan ini berlaku 18 tahun selepas tarikh sepatutnya menara itu dibuang. Victor membawa pengedar-pengedar besi buruk tersebut menaiki limosin untuk melawat Menara Eiffel.

Salah seorang daripada mereka, Andre Poisson yakin bahawa cerita itu sah dan menyerahkan wang kepada Victor. Apabila dia sedar bahawa dia telah ditipu, Andre terlalu malu untuk memberitahu polis melihatkan Victor melarikan diri dengan wangnya.

Sebulan kemudian, Victor kembali ke Paris untuk mencuba menipu skim yang sama sekali lagi. Kali ini ia dilaporkan kepada polis namun Victor berjaya melarikan diri. Pada satu ketika, Victor berjaya meyakinkan Al Capone, penjenayah dahsyat, untuk melaburkan wang sebanyak RM200,000.

victor lustig penipu paling licik di dunia 4

Dia menyimpan wang tersebut di dalam peti besi dan mengembalikannya 2 bulan kemudian, mendakwa pelaburan tersebut tidak berjaya. Al Capone yang kagum dengan kejujuran Victor lalu menghadiahkannya wang RM20,00 atas usahanya.

Pada tahun 1934, Victor didapati bersalah atas kesalahan pemalsuan. Dia mengaku bersalah dan dihukum penjara 20 tahun di Alcatraz. Pada tahun 1947, Victor Lustig meninggal dunia akibat radang paru-paru semasa di penjara Springfield, Amerika Syarikat.

1. Frank William Abagnale Jr.

frank william abagnale jr penipu paling licik di dunia 4

Frank Abagnale adalah bekas pembuat cek palsu, penipu, pemalsu dan penyamar yang mana untuk tempoh 5 tahun pada tahun 1960an telah menunaikan cek palsu bernilai hampir RM10 juta di 26 buah negara. Kisah hidupnya difilemkan dalam Catch Me If You Can lakonan Leonardo di Caprio.

Pengalaman pertamanya ketika muda dalam penipuan apabila Frank menggunakan kad Mobil bapanya untuk membeli perkakasa kereta yang kemudiannyaa dijual kembali kepada stesen minyak untuk harga yang lebih rendah, supaya mendapat wang tunai.

Dia tidak menyedari bahawa bapanya yang perlu membayar bil tersebut dan apabila perkara itu diketahui, ibunya menghantarnya ke pusat pemulihan juvana selama 4 bulan.

frank william abagnale jr penipu paling licik di dunia 2

Selepas berpindah ke New York, Frank hidup semata-mata atas hasil pendapatan aktiviti penipuannya. Antara helah yang paling terkenal adalah mencetak nombor akaunnya di atas slip deposit bank palsu supaya apabila pelanggan bank mendeposit wang, ia akan masuk ke dalam bank dia sendiri.

Dan ketika pihak bank mengetahui akan perkara itu, Frank telah memperoleh RM160,000 dan melarikan diri.

Selama dua tahun, Frank mengembara ke seluruh dunia secara percuma dengan menyamar sebagai juruterbang Pan AM.

Dia menyalahgunakan ihsan profesional daripada syarikat penerbangan lain bagi menyediakan pengangkutan percuma untuk juruterbang penerbangan pesaing jika mereka terpaksa berpindah ke bandar lain dengan segera.

frank william abagnale jr penipu paling licik di dunia 6

Apabila dia hampir ditangkap ketika turun daripada kapal terbang, dia mengubah penyamarannnya kepada seorang doktor. Frank bekerja sebagai penyelia perubatan selama 11 bulan tanpa dikesan. Pada waktu lain, dia juga bekerja sebagai seorang peguam dan guru.

Frank akhirnya ditangkap di Perancis dan menghabiskan masa 6 bulan dalam penjara di negara itu. Selepas itu, dia diekstradisi ke Sweden dan dipenjara lagi 6 bulan. Selepas berjaya melarikan diri ketika dibawa pulang ke Amerika Syarikat, Frank akhirnya dijatuhkan hukuman 12 tahun.

frank william abagnale jr penipu paling licik di dunia 5 772

Tak semudah itu, Frank berjaya melarikan diri daripada penjara dengan menyamar sebagai pegawai undercover Biro Penjara. Dia sekali lagi ditangkap di New York dan dipenjarakan semula.

Selepas menjalani hukuman 5 tahun penjara, Kerajaan Persekutuan AS menawarkan kebebasan kepadanya dengan syarat membantu kerajaan menentang penipuan dan penjenayah scam tanpa bayaran.

Kini Frank Abagnale mempunyai firma perundingan penipuan kewangan, Abagnale and Associates, dan merupakan seorang jutawan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)