Oleh pada 12 Dec 2017 kategori

Taman tema adalah tempat tarikan yang menjadi pilihan ramai pelancong tempatan serta luar negara untuk berhibur dan berekreasi. Tidak kira sama ada golongan muda atau sudah berkeluarga, ia pasti menjanjikan anda seribu satu kenangan manis. Setakat ini, Malaysia mendahului dengan jumlah taman tema terbanyak di Asia. Tidak cukup dengan itu, kita bakal melihat 10 buah lagi taman tema baru dilancarkan dalam masa beberapa tahun yang akan datang. Ayuh kita sama-sama lihat senarai tersebut.

1. Langkawi Eco Theme Park (Pulau Langkawi)

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sumber foto: Star Property

Tahun dijangka siap dibina: 2017/2018

Taman tema bernilai RM700 juta ini menjadi "pengembangan eko" di Kampung Oriental, dengan alam semulajadi dan aktiviti luar di Langkawi. Daya tarikan utama di sini ialah sebuah teater 3D dipanggil "Immersive Omnidome 3D Flight" yang mempamerkan keindahan seluruh pulau tersebut. Ia diwujudkan dengan kerjasama National Geographic dan dinamakan "Flight Over Langkawi".

Komponen lain taman tema eko seluas 13.35 hektar ini termasuk "Bio-Dome" flora dan fauna, perkampungan budaya dengan amfiteater, laluan pejalan kaki di atas pokok, jambatan tali, taman pengembaraan padang belantara, resort VIP di atas pokok, dan pusat membeli-belah. Pelbagai hotel juga bakal dibina, termasuk sebuah hotel butik yang terletak di kaki bukit Gunung Machincang di bahagian barat laut pulau itu. 

2. 20th Century Fox World (Genting Highlands, Pahang)

20th century fox world genting highlands 42g60

Sumber foto: Twentieth Century Fox

Tahun dijangka siap dibina: 2017/2018

Pembinaan taman tema 20th Century Fox yang pertama di dunia ini beberapa kali ditangguh. Tarikan terbaru negara paling dinanti ramai ini merangkumi 25 tunggangan yang diilhamkan berdasarkan watak-watak kesukaan ramai dari barisan filem dan kartun popular seperti Ice Age, Rio, Alien vs. Predator, Planet of the Apes, Life of Pi, Titanic, dan Night at the Museum. Taman tema 20th Century Fox yang lain akan dibuka di Dubai dan Korea Selatan sekitar tahun 2018.

Bakal menggantikan Genting Outdoor Theme Park, projek mega ini adalah sebahagian daripada program pengubahsuaian Resort World Genting yang bernilai RM5 bilion, termasuk pembinaan 1,300 bilik hotel tambahan bersebelahan Hotel First World. Pembukaan taman tema ini akan bersaing dengan taman tema inspirasi filem di negara lain seperti Universal Studios Singapura, Hong Kong Disneyland dan Shanghai Disneyland yang juga baru dibuka. 

20th Century Fox World bakal memberi anda suatu pengalaman hebat, seperti sedang berada dalam sebuah pawagam gergasi.

3. Splash Park (Port Dickson, Negeri Sembilan)

splash park port dickson

Sumber foto: Blooloop

Tahun dijangka siap dibina: 2018

Taman tema air terbesar di Negeri Sembilan ini seluas 9.2 hektar. Ia dibina bersama hotel penginapan dan terletak berhampiran pantai Port Dickson. Terdapat pelbagai jenis kemudahan dan permainan air seperti "sungai malas" sepanjang 350 meter, kolam pasir, air pancut interaktif dan gelongsor air. Pengembaraan ini berpusat sekitar sebuah kapal permainan gergasi yang dicanang sebagai struktur permainan terbesar di Malaysia. Bagi golongan lelaki yang ingin bermain golf, terdapat juga sebuah padang golf yang terletak berdekatan.

Terdapat pelbagai pilihan restoran dan tempat hiburan pada waktu malam. Aktiviti-aktiviti menarik lain adalah seperti go-karting dan perlawanan paintball yang disediakan di Extreme Park. Sebuah kawasan khas juga akan dilengkapi dengan kabana dan kerusi santai yang membolehkan ibu bapa berehat sambil melihat anak-anak mereka bermain di kolam renang. Ia juga sesuai untuk sebarang acara atau aktiviti berkumpulan.

4. Jurassic Park (Klebang, Melaka)

jurassic park melaka

Sumber foto: The Theme Park Guy

Tahun dijangka siap dibina: -

Taman tema dinosaur yang terletak di Diamond Coast, Dataran 1Malaysia ini adalah Taman Jurassic pertama di Asia. Jurassic Park direka untuk memberikan anda suatu pengalaman yang mengujakan. Ia menggabungkan pendidikan, keseronokan dan teknologi canggih seperti 200 model dinosaur tiruan yang dikendalikan oleh sistem elektronik dan hidraulik.

Pameran lain akan merangkumi sebuah akuarium bawah air, dimana pengunjung dapat melihat dengan lebih dekat pelbagai jenis hidupan laut dan spesies air tawar dari seluruh dunia. Alami sendiri zaman memburu beribu tahun lalu seperti dunia nyata di tapak ini.

5. Ocean Quest Marine Theme Park dan Ocean Splash Water Park (Desaru, Johor Bahru)

ocean quest marine theme park dan ocean splash water park johor bahru

Sumber foto: easyliving.my

Tahun dijangka siap dibina: -

Taman tema di resort percutian Desaru ini terbahagi kepada 2 zon, iaitu "Ocean Quest Marine Theme Park" dan "Ocean Splash Water Park". Ocean Quest Marine Theme Park ialah sebuah akuarium pemuliharaan, dimana pengunjung boleh mengetahui dan belajar dengan lebih mendalam tentang hidupan laut yang hampir pupus. Sementara itu, Ocean Splash Water Park ialah sebuah taman air hiburan yang menawarkan kolam renang beserta ombak, air terjun dan banyak lagi ciri air yang lain.

Dalam erti kata lain, Ocean Quest Marine Theme Park adalah taman laut interaktif yang memberi tumpuan kepada spesies terancam. Manakala, Ocean Splash Water Park akan menjadi taman air berkualiti antarabangsa dan sangat berbeza dari mana-mana taman air sedia ada di Malaysia. Dari segi tema dan reka bentuk, ia dikatakan hampir sama dengan Typhoon Lagoon di Orlando, Florida.

6. Ubisoft Theme Park (Kuala Lumpur)

ubisoft theme park kuala lumpur

Sumber foto: Tommy Ooi Travel Guide

Tahun dijangka siap dibina: 2020

Buat penggemar permainan video di luar sana, berkunjung ke Ubisoft Theme Park pasti buat anda berasa seperti berada di rumah sendiri. Kompleks tertutup seluas 10,000 meter persegi ini merupakan taman tema generasi akan datang. Ia menampilkan tunggangan, pertunjukan dan pelbagai tarikan lain. Semuanya dibina berdasarkan permainan dan watak-watak popular Ubisoft seperti Assassin's Creed, Far Cry, Ghost Recon, Just Dance, Rainbow Six, Prince of Persia, Tom Clancy's The Division dan banyak lagi.

Taman yang pertama seumpamanya ini dikendalikan oleh pemaju taman tema milik rakyat tempatan, R-Segari Group Sdn Bhd. Taman tema simulasi RPG yang dicipta oleh gergasi permainan video ini membolehkan anda menavigasi sebagai salah seorang watak terkenal dalam permainan video mereka.

7. Sea World (Klebang, Melaka)

sea world melaka

Sumber foto: Era.fm

Tahun dijangka siap dibina: -

Pengendali akuarium terkenal, Sea World bakal membuka francais terbaru mereka di Melaka. Nikmatilah perjalanan mendebarkan melalui terowong bawah air yang lutsinar bersama hidupan marin. Inilah peluang untuk anda melihat pelbagai spesis ikan, termasuk jerung berenang di sekeliling anda. Nikmati juga jadual pertunjukan ikan lumba-lumba and singa laut yang terlatih.

Sama seperti Sea World di Orlando, akuarium ikan paus ini dikatakan lebih besar daripada Underwater World di Langkawi. Pameran lain di akuarium ini akan memaparkan hidupan laut dan spesies air tawar dari seluruh dunia. Ia terletak bersebelahan dengan taman tema Jurassic Park.

8. Eco Marine Theme Park (Klebang , Melaka)

eco marine theme park melaka

Sumber foto: Eco Marine Group of Companies

Tahun dijangka siap dibina: -

Terletak di pantai Melaka yang menghadap Singapura, tarikan utama taman tema air ini ialah acara pertunjukan laser dan air pancut yang terbesar dan julung kali diadakan di Asia. Dilancarkan pada tahun 2015, projek ini merangkumi pembinaan taman tema, hotel, pusat membeli belah dan rumah kediaman. Eco Marine Theme Park juga mempunyai sebuah replika kapal layar dan air terjun binaan di sekelilingnya. 

9. The TWO Theme Park (Rawang, Selangor)

the two theme park rawang

Sumber foto: Da Land

Tahun dijangka siap dibina: -

The TWO terdiri daripada pusat membeli-belah, taman tema terbuka, semi-terbuka dan tertutup. Terdapat pelbagai jenis tunggangan dan sukan air yang bakal menjadi fenomena baru. Resort taman tema "3 dalam 1" yang terletak bersebelahan Lebuhraya Utara Selatan ini adalah yang terbesar di Asia. Terdapat khabar angin bahawa projek bercita-cita tinggi ini akan dibina menerusi 4 fasa, mengambil tempoh antara 8 hingga 10 tahun.

10. Upin & Ipin Theme Park (Sepang, Selangor)

upin and ipin theme park sepang

Sumber foto: Dailymotion

Tahun dijangka siap dibina: -

Tema utama di taman tema ini ialah tidak lain dan tidak bukan, animasi kartun yang disukai ramai dari Disney Channel Asia, iaitu Upin dan Ipin. Namun, suasananya lebih dipengaruhi oleh Malaysia. Taman tema yang berkonsepkan Disneyland ini terletak bersebelahan Litar Sepang F1. Pembinaannya menelan kos anggaran RM700 juta.

Rujukan:

1.    Hype

2.    Lifestyle+Travel

3.    TheHive.Asia

4.    Easyliving.my




Hakcipta iluminasi.com (2017)