Taman tema atau taman-taman hiburan adalah suatu tempat yang menyeronokkan dan dinikmati oleh hampir semua peringkat umur. Tidak kira apa jua permainan yang disediakan, taman tema selalunya tidak menghampakan dan sering menjadi tempat tumpuan keluarga untuk meluangkan masa bersama.

Namun, sekiranya taman tema ini tidak digunakan untuk jangka masa yang lama, ia boleh menjadi tempat yang menyeramkan dan menakutkan. Ada beberapa sebab taman tema menjadi terbiar, antaranya adalah kurangnya pengunjung, muflis atau menyebabkan kematian. Berikut adalah beberapa taman tema terbiar paling menakutkan di dunia dan bukanlah tempat bagi mereka yang lemah semangat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

11. Land of Oz - USA

laluan taman tema land of oz

Laluan ke taman tema Land of Oz ini sendiri sudah boleh membuatkan orang berasa seram. Land of Oz dibuka pada tahun 1970 di Carolina Utara dan merupakan taman tema terbesar di situ.

Malangnya, taman tema itu tidak dapat bertahan lama dan ditutup dalam tempoh hanya 10 tahun selepas dirasmikan. Sejab beberapa bulan sebelum taman tema itu dibuka lagi, pihak pengurusannya mempunyai masalah dengan hutang.

taman tema land of oz

Akhirnya, dengan hutang yang meningkat dan tanpa dana yang cukup untuk taman tema itu, Land of Oz terpaksa ditutup. Kini, dengan tumbuhan yang semakin tumbuh di sekitar taman tema itu menjadikannya seperti satu nostalgia berhantu.

10. Okpo Land - Korea Selatan

mainan di okpo land

Sekali pandang, Okpo land yang terletak di Korea Selatan ini benar-benar menyeramkan. Ia merupakan salah satu taman tema terkenal di Asia dan mempunyai kisah tragedi di sebaliknya. Pada awal tahun 90-an, satu nyawa telah terkorban akibat kemalangan yang berlaku di taman tema itu namun tiada permohonan maaf atau pembayaran ganti rugi yang dibuat.

merry go round okpo land

Pada tahun 1999, taman tema itu sekali lagi menyebabkan kemalangan maut dan seorang kanak-kanak perempuan maut akibat salah satu permainannya tercabut keluar. Pemiliknya pula menghilangkan diri selepas kejadian. Taman tema itu akhirnya diarahkan tutup atas faktor keselamatan. Kini taman tema terbiar itu kelihatan sangat menakutkan.

9. Gulliver’s Kingdom - Japan

gullivers kingdom terbiar

Gulliver's Kingdom merupakan salah satu taman tema paling aneh di Jepun. Taman tema ini mempunyai satu struktur gergasi yang diikat di tanah, diadaptasi dari kisah dongeng Gulliver's Travel.

Taman tema yang dirasmikan pada tahun 1998 itu hanya mampu bertahan selama 3 tahun sahaja apabila ia ditutup terus pada tahun 2001 akibat kekurangan pelancong. Antara masalah yang menyebabkan kurangnya pelancong berkunjung ke taman tema itu adalah disebabkan ia terletak bersebelahan hutan yang terkenal di Jepun sebagai "hutan bunuh diri".

gullivers kingdom jepun

Satu lagi sebab adalah kerana taman tema itu terletak berdekatan dengan bandar Kamikuishiki, di mana tempat asalnya kumpulan ajaran sesat Aum Shinrikyo yang pernah melancarkan serangan ke atas Jepun pada 1995.

8. Six Flags New Orleans, USA

taman tema six flags new orleans

Tempat ini merupakan sebuah taman hiburan yang dimiliki oleh syarikat Six Flags. Taman tema ini telah dibeli oleh syarikat itu melalui pajakan pada tahun 2002 hingga 2009. Namun, taman tema itu tidak dapat bertahan lama kerana kawasan itu telah dilanda oleh taufan Katrina yang memusnahkan sebahagian besar New Orleans pada bulan Ogos 2005.

taman tema six flags new orleans terbengkalai

Berikutan tragedi itu, pajakan yang dibuat kepaada Six Flags itu telah ditamatkan kerana taman tema itu terjejas teruk dan tidak boleh beroperasi. Taman tema itu kemudian dimiliki oleh Lembaga Pembangunan Industri New Orleans. Malangnya, tiada kerja membaik pulih yang dilakukan sehingga hari ini. Kini ia menjadi taman tema tinggal dengan pemandangan yang menakutkan.

7. Joyland - USA

joyland taman tema kansas

Joyland adalah salah satu taman tema terbaik dan terbesar di Kansas sehinggalah ia ditutup secara rasmi pada tahun 2006. Taman tema itu bertahan selama 55 tahun lamanya sejak ia dibuka pada tahun 1949. Pada awalnya ia ditutup setelah berlaku kemalangan pada permainan Ferris Wheel apabila seorang kanak-kanak perempuan jatuh pada ketinggian 30 kaki dan mengalami kecederaan teruk.

permainan di joyland

Joyland kemudiannya ditutup untuk tujuan penambah baikkan. Selepas itu taman tema ini dibuka semula pada tahun 2015 namun hanya beberapa bulan selepas ia dibuka semula, satu ribut taufan telah merosakkan beberapa permaianan penting. Akibat daripada bencana ini, taman tema ini ditutup terus. Kini, taman tema yang tidak lagi dikunjungi itu akan membuatkan anda berasa seram berada di dalamnya.

6. Spreepark - Jerman

taman tema spreepark

Spreepark adalah taman hiburan paling banyak dikunjungi di Jerman dengan 1.5 juta pengunjung setiap tahun. Taman tema yang dibuka pada tahun 1969 ini mempunyai keluasan sebanyak 29.5 hektar. Taman tema ini sebelum diberi nama Spreepark, ia dikenali sebagai "Kulturpark Planterwald Berlin".

spreepark berlin

Setelah sekian lama, jumlah pengunjung yang datang ke taman tema itu semakin berkurangan. Taman tema ini kemudian dijual kepada  Norbert Witte. Namun, Witte mempunyai sejarah hitam apabila 10 tahun sebelum itu salah satu taman temanya di Hamburg mengalami kemalangan paling teruk dalam sejarah taman tema Jerman menyebabkan 7 nyawa terkorban dan 15 lagi cedera.

taman tema spreepark terbiar

Pada tahun 2001, pengunjung yang hadir di Spreepark hanyalah 400,000 orang sahaja. Disebabkan taman tema itu hampir muflis dan kehilangan pemberi dana, ia akhirnya ditutup pada tahun berikutnya. Kini, taman tema itu kelihatan terbiar dan menyeramkan.

5. Takakanonuma Greenland, Japan

taman tema takakanonuma greenland jepun

Takakanonuma Greenland ini adalah taman tema tinggal yang menyeramkan dan merupakan salah satu tempat berhantu di Jepun. Taman tema ini terletak kira-kira 250km dari utara Tokyo. Taman tema ini dibuka pada tahun 1973 dan hanya bertahan selama dua tahun sahaja sebelum ia ditutup. Tidak diketahui punca mengapa ia dihentikan namun ramai berpendapat ia disebabkan beberapa kemalangan maut yang terjadi.

Akan tetapi, taman tema ini dibuka semula pada tahun 1986 setelah melalui proses penambah baikkan tetapi tidak juga bertahan lama kerana ia ditinggalkan terbiar semula pada tahun 1999. Pesaingan hebat taman tema lain di Jepun menyebabkan Takakanonuma Greenland ini tidak dapat bertahan.

taman tema takakanonuma greenland 188

Kini, apa yang tinggal hanyalah permainan usang yang ditumbuhi tumbuhan liar dan pokok-pokok menjalar. Keadaan di sini sangat menyeramkan. Banyak orang yang mengatakan mengalami beberapa peristiwa aneh semasa melawat taman tema terbiar ini.

4. Lake Dolores Waterpark - USA

lake dolores waterpark

Lake Dolores Waterpark dianggap sebagai salah satu taman tema air terbengkalai paling menakutkan. Taman tema ini terletak di Selatan California dan dibina oleh seorang ahli perniagaan tempatan bernama Bob Byers. Nama taman tema ini diberi sempena nama isteri Bob iaitu Dolores.

Taman tema yang dibuka pada tahun 1962 ini merupakan taman tema air pertama di Amerika Syarikat. Namun, malangnya bagi taman tema air ini apabila popularitinya semakin malap dan jumlah pengunjung yang datang juga semakin berkurangan. Keadaan bertambah teruk apabila seorang pekerja di situ lumpuh akibat jatuh daripada salah satu gelongsor air di taman tema itu.

lake dolores waterpark terbiar

Setelah taman tema air itu ditinggalkan sepenuhnya, pelbagai cerita aneh dan menyeramkan berlegar di kalangan penduduk Selatan California. Kini, taman tema itu kelihatan menyeramkan dan sebahagian besar kawasannya telah dijual kepada beberapa pemaju yang berbeza.

3. Chippewa Lake Park - USA

taman tema chippewa lake park

Taman tema Chippewa Lake Park ini terletak di Ohio, daerah Medina dan dibuka pada tahun 1878 lagi. Taman tema ini telah bertahan selama 100 tahun sebelum ianya ditutup pada tahun 1978. Salah satu sebabnya adalah kerana penjualan alkohol tanpa lesen di premis itu. Taman tema itu ditutup secara senyap tanpa ada sebarang hebahan media.

Bukan itu sahaja punca taman tema ini ditutup. Salah satu punca utamanya adalah kerana kekurangan pengunjung yang hadir akibat persaingan yang tinggi seperti taman tema Cedar Point dan taman hiburan Geauga Lake yang terletak berhampiran.

chippewa lake park

Disebabkan kebanyakan permainan di Chippewa Lake Park ini sudah ketinggalan zaman, para pengunjung memilih untuk berkunjung ke taman tema yang lebih baru. Kini, taman tema itu terbiar selama lebih 40 tahun tanpa disentuh. Kini taman tema itu menjadi kawasan terbiar dan menyeramkan.

2. Boblo Island Amusement Park - Kanada

taman tema boblo island

Taman tema Boblo ini dianggap antara taman tema terbiar paling menakutkan di dunia. Taman tema ini telah dibuka pada tahun 1898 di Pulau Bois Blanc, Ontario dan berakhir pada penghujung tahun 1993. Suatu masa dahulu, taman tema ini juga mempunayai perkhidmatan feri yang hebat. Ini menjadikan tempat ini sebagai nostalgia hebat walaupon kebanyakan strukturnya telah musnah.

feri taman tema boblo island 977

Kini, semua struktur bangunan dan permainan di sini sudah tidak lagi berfungsi, menjadiannya tempat yang begitu menyeramkan. Walaupun terdapat banyak rancangan untuk taman tema ini diubah suai dan dibuka semula, namun semuanya terhenti apabila pemiliknya iaitu Michael Moodenbaugh telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang teruk.

boblo island amusement park

Setelah itu segala impian Michael untuk membina semua terpaksa dilupakan dan tempat ini menjadi kawasan tinggal yang pasti akan memberikan rasa seram pada sesiapa yang mengunjunginya.

1. Taman Tema Mimaland - Malaysia

pintu masuk mimaland 195

Taman Tema Mimaland yang dibuka pada tahun 1970-an ini merupakan taman tema pertama dan terbesar di negara kita. Terletak di Gombak, taman tema Mimaland merupakan tempat tumpuan pengunjung terutamanya warga kota Kuala Lumpur ketika itu.

gajah mammoth mimaland

Taman Tema Mimaland yang merupakan singkatan daripada perkataan Malaysia In Miniature Land ini mempunyai beberapa tarikan utama, antaranya ialah papan gelongsor air gergasi, kolam renang terbesar Asia Tenggara ketika itu, taman yang dipenuhi model haiwan pra sejarah bersaiz besar dan banyak lagi.

replika haiwan pra sejarah mimaland 74

Malangnya, taman tema yang menjadi kebanggaan negara kita sebelum adanya Sunway Lagoon atau Wet Waterworld of Tambun ini ditutup ekoran kejadian maut seorang warga Singapura pada tahun 1993. Kini, setelah hampir 25 tahun ianya ditutup, Mimaland semakin dilupakan. Apa yang menjadi buah mulut mengenai taman tema terbiar ini adalah kisah seram atau mistik yang menyelubunginya.

kolam renang mimaland




Hakcipta iluminasi.com (2017)