Kisah penderaan pembantu rumah kerap berlaku di negara. Banyak pihak menyalahkan undang-undang yang longgar yang memang diakui untuk diadakah bagi memudahkan proses kemasukan pekerja asing ke negara kita, namun persoalan yang lebih penting sebenarnya - mengapakah perkara ini berlaku?

Adakah desakan hidup yang dihadapi majikan-majikan ini terlalu tinggi sehingga hilang sifat kemanusiaan, gembira melihat individu lain terseksa? Apabila dibaca kisah-kisah menyayat hati ini sehingga ada yang menyebabkan kematian, sukar untuk dibayangkan perasaan pembantu rumah menjalani hidup penuh seksa tanpa ada jalan keluar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tahukah anda beberapa kes penderaan majikan terhadap pembantu rumah yang pernah berlaku di negara kita? Berikut adalah lima kes berprofil tinggi melibatkan penderaan pembantu rumah yang pernah dilakukan oleh rakyat Malaysia yang hilang kewarasannya.

1. Nirmala Bonat

nirmala bonat kes dera majikan pembantu rumah malaysia

Kisah tragis melibatkan penderaan ke atas pembantu rumah Indonesia bernama Nirmala Bonat ini bermula pada tahun 2004 selepas dua orang majikannya, wanita suri rumah bernama Yim Pek Ha dan suaminya Hii Ik Ting didapati bersalah mendera pembantu rumah mereka, sehingga mengakibatkan banyak kecederaan pada tubuh beliau.

majikan seksa pembantu

Mengaku tidak bersalah mengakibatkan kecederaan pada Nirmala menggunakan pelbagai kaedah, dalam perbicaraan pasangan itu menyalahkan kelakuan Nirmala yang pelik, kerap tidur dalam keadaan berbogel di dalam bilik, pengotor serta pernah mencuri.

Pek Ha dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun pada tahun 2008 atas kesalahan mendera Nirmala dan perbicaraan kes ini masih berjalan sehingga kini. Pek Ha cuba untuk menggugurkan hukuman yang dikenakan atas alasan berlaku penipuan namun mahkamah menolak permohonan tersebut pada 30 Ogos 2017. Pek Ha masih meringkuk di penjara Kajang ketika ini. (rujukan)

2. Isti Komariyah

isti komariah dibunuh

Kisah menyayat hati ini berakhir dengan kehilangan nyawa selepas Isti Komariyah, seorang pembantu rumah Indonesia berusia 26 tahun meninggal dunia akibat kelaparan. Dua majikannya, Fong Kong Meng dan isterinya Teoh Ching Yen tidak membenarkan beliau makan.

suspek pukul majikan pembantu rumah

Dalam siasatan yang dilakukan, pasangan itu menghalang Isti menjamah sebarang bentuk makanan dari 14 Mei 2010 sehinggalah 5 Jun 2011. Ini menyebabkan berat Isti menurun kepada 26 kilogram sahaja semasa meninggal dunia, jika dibandingkan dengan berat asal beliau 46kg semasa mula bekerja.

Pasangan itu pada mulanya dijatuhkan hukuman gantung namun hukuman mereka diringankan kepada penjara 20 tahun melalui keputusan mahkamah yang dibuat pada 4 April 2018. (rujukan)

3. Mey Sichan

pembantu rumah cambodia meninggal

Insiden melibatkan Mey Sichan hampir serupa dengan kisah yang berlaku pada Isti Komariyah. Mey yang berasal daripada Kemboja, dijumpai mati di rumah kedai milik majikan beliau pada tahun 2012. Semasa dijumpai, Mey yang berumur 24 tahun semasa meninggal dunia turut mempunyai berat badan 26kg sahaja.

Majikan beliau, pasangan Soh Chew Tong dan isterinya Chin Chui Ling pada mulanya dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun sebelum ditukar kepada hukuman gantung pada 2015. Rayuan yang dibuat berjaya menukarkan hukuman mereka kepada penjara 10 tahun.

tertuduh kes dera pembantu rumah

Mey mula bekerja dengan pasangan itu di rumah mereka yang terletak di Bukit Mertajam semenjak 2011, ditemui mati dalam keadaan badan ketiadaan air dan terdapat kesan lebam di bahagian badan mereka. (rujukan)

4. Chea Phalla

chea phalla cambodian maid in malaysia

Dipukul dengan batang besi serta dipaksa makan dan minum najis sendiri oleh majikannya, nasib Chea Phalla memang teruk. Bagaimanapun, dia bernasib baik dapat terus hidup untuk menceritakan sendiri apa yang telah dilaluinya. Dua majikannya, Tan Mong Huwai dan isterinya Eng Lay San memang tersilap langkah selepas membawa Chea kembali ke agensi pengambilan pekerjanya untuk dihantar pulang.

Ditemui dalam keadaan menyedihkan selepas diperiksa pegawai bertugas agensi, Chea didapati tidak mampu berkomunikasi selepas rahangnya lari kerana ditampar majikannya. Penemuan itu menyebabkan satu laporan polis dibuat dan pihak polis terus menggeledah kediaman majikan Chea.

Dalam perbicaraan, Tan dan Eng didapati menggunakan botol kaca, batang besi, pisau, seterika, kerusi dan baldi untuk mendera Chea di rumah mereka yang terletak di Setapak. Atas tindakan tidak berperikemanusiaan ini, Tan dikenakan penjara 1 hari dan denda RM10 ribu sementara isterinya dipenjarakan satu tahun dengan denda RM6,000. Pampasan sebanyak RM4,000 telah dibayar kepada Chea atas penderitaannya. (rujukan)

5. Siti Hajar Sadli

siti dera pembantu rumah indonesia malaysia

Hau Yuan Tyng, seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai ejen hartanah dijatuhkan hukuman 8 tahun penjara selepas didapati bersalah mendera pembantu rumah, seorang wanita Indonesia bernama Siti Hajar Sadli yang berusia 34 tahun. Semua kejadian itu berlaku di Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Dengan menggunakan peralatan tukul, pisau, parang, gunting dan kerusi, Siti menceritakan beliau banyak kali di dera dalam tempoh Februari hingga Jun 2009. Hidungnya retak dan ada kesan ketukan dengan tukul, serta lehernya ada kesan torehan menggunakan pisau. Selain itu, Siti Hajar juga dicurah dengan air panas.

dera pembantu rumah

Nekad melarikan diri pada satu malam, Siti menyorok di dalam longkang berdekatan menunggu pagi sebelum seorang pemandu teksi membantu menghantar beliau ke kedutaan.

Dalam perbicaraan, Hau menyalahkan Siti kerana cuba mencabul anak beliau namun tuduhan itu tidak dapat dibuktikan berlaku. Hau dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun atas semua pertuduhan, namun pihak mahkamah meningkatkan tempoh hukuman kepada 12 tahun selepas rayuan Hau ditolak. (rujukan)

6. Suyanti Sutrisno

pembantu rumah indonesia

Kes yang berlaku dalam tahun 2016 ini, melibatkan seorang pekerja pembantu rumah Indonesia bernama Suyanti Sutrisno yang didera oleh majikannya, seorang wanita bergelar Datin iaitu Datin Rozita Mohamad Ali menggunakan peralatan seperti pisau, mop, penyangkut baju dan payung.

datin rozita dera pembantu rumah

Suyanti didapati mempunyai banyak kesan cedera di badannya akibat dilakukan oleh Rozita. Kes ini mendapat liputan meluas selepas mahkamah tidak menjatuhkan hukuman ke atas tindakan dera yang dilakukan oleh Rozita, sehingga mengakibatkan petisyen dilakukan oleh orang ramai.

Pada 29 Mac 2018, mahkamah mengambil keputusan menjatuhkan hukuman penjara 8 tahun kepada Datin Rozita atas kesalahan yang telah dilakukan akibat insiden dera yang berlaku di Mutiara Damansara, pada 21 Jun 2016.




Hakcipta iluminasi.com (2017)