Siri Dragon Ball Super baru sahaja berakhir dan pastinya peminat-peminat tegar anime ini dilanda perasaan yang bercampur baur iaitu teruja, seronok dan sedih. Namun, masih ramai yang tak tahu beberapa perkara mengenai Dragon Ball dan Son Goku.

Di Malaysia, Dragon ball lebih dikenali sebagai Mutiara Naga. Ini kerana pengeluaran dan cetakan komik ini dalam bahasa Malaysia oleh Comics House yang mempopularkannya sebagai "Mutiara Naga". iluminasi.com ingin berkongsi 9 fakta pelik mengenai Son Goku, Akira Toriyama dan komik Mutiara Naga yang tak ramai tahu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Dragon Boy Adalah Idea Asal Dragon Ball

fakta menarik mengenai goku yang anda tak tahu

Sebelum kejayaan Dragon Ball, antara komik lain Akira Toriyama yang paling meletup adalah Dr. Slump; yang menjadi tema asal dan konsep Dragon Ball ketika itu (diberi tajuk Dragon Boy).

Dragon Ball asalnya diberi nama Dragon Boy. Ia mengisahkan seorang budak yang bernama Tanton yang mampu menjinakkan naga. Karakter Tanton ini kemudiannya dijadikan watak di dalam Dragon Ball iaitu Son Gohan (anak kepada Goku). 

Tanton bukan manusia biasa juga seperti Son Goku. Tanton memiliki sepasang sayap naga yang disembunyikan didalam bajunya. Penerimaan karya Dragon Boy yang hambar diproses semula menjadi Dragon Ball dan dikeluarkan setahun kemudian. 

2. Pengakhiran Son Goku Vs Bezita

fakta menarik mengenai goku yang anda tak tahu 2

Kisah Dragon Ball Z sebenarnya ada sambungannya tetapi dikeluarkan dalam bentuk permainan video MMORPG bernama "Dragon Ball Online". Di dalam permainan video itu, Goku dan Vegeta lenyap pada tahu 801. Goku menyedari bahawa beliau bakal menghadapi kematian dan mahukan pertarungan terakhir bersama Vegeta untuk menyelesaikan persengketaan mereka selamanya.

Mereka mengembara ke galaksi yang jauh untuk mengurangkan kerosakan yang bakal berlaku. Ia adalah satu keputusan yang tepat kerana pertarungan mereka menyebabkan berlakunya supernova. Keputusan pertarungan ini tak pernah didedahkan sehingga kini.

3. Pengakhiran Uub yang baru

fakta menarik mengenai goku yang anda tak tahu 3

Kisah Dragon Ball disimpulkan dengan Goku bertarung dengan Uub ketika Kejohanan Seni Bela Diri Dunia. Didedahkan bahawa Uub merupakan jelmaan semula Kid Buu dan memiliki segala kekuatan yang dimiliki Majin Buu. 

Uub tak pernah dilatih untuk berlawaan dan kurang kebolehan terbang. Dragon Ball berakhir dengan Goku mengambil Uub untuk dilatih. Pengakhiran adalah disengajakan untuk menarik minat pembaca berimaginasi sendiri apakah kesudahan selepas Goku melatih Uub.

Bahkan ianya juga menjadi batu loncatan untuk meneruskan lagi legasi manga/komik Dragon Ball contohnya seperti pengeluaran animasi Dragon Ball GT.

4. Kejahilan Goku Semasa Kecil Simbolik Masyarakat Jepun

fakta menarik mengenai goku yang anda tak tahu 6

Menjadi perkara biasa untuk melihat kanak-kanak berbogel dalam komik atau anime. Ini kerana budaya Jepun melihat kanak-kanak yang berbogel sebagai satu kesucian dan tak bersalah di mata masyarakat.

Salah satu daripada contoh utama adalah karekter Goku yang betul-betul tak faham mengenai perkara yang dilakukan orang dewasa. Goku tak pernah jumpa wanita sebelum berjumpa Bulma, dan amat terkejut apabila mengetahui Bulma tidak mempunyai zakar.

5. Dragon Ball dan Sukan Olimpik

fakta menarik mengenai goku yang anda tak tahu 1

Sukan Olimpik yang akan datang bakal dilangsungkan di Tokyo. Ia membuatkan peminat-peminat Akira Toriyama teruja kerana peristiwa kedua-dua cerita anime dan komik berkemuncak dengan konfrontasi yang mengambil tempat di stadium Olimpik (ketika pertandingan kung fu antrabangsa melawan cell).

stadium olimpik dragon ball

Ia seolah-olah anime akan memainkan peranan penting dalam mempromosikan Sukan Olimpik 2020 melihatkan beberapa karekter utama anime dipilih menjadi maskot. Goku dari Dragon Ball Z adalah salah satu karekter dipilih menjadi duta fiksyen Sukan Olimpik. Diantara watak lain yang menjadi maskot dan ambassador sukan olimpik di Tokyo adalah Monkey D. Luffy, Sailor Moon, Mario dan Naruto.

6. Kelemahan jiwa Goku

fakta menarik mengenai goku yang anda tak tahu 00

Walaupun Goku hero dalam Dragon Ball Z namun dia juga mempunyai kelemahan. Goku sangat mementingkan keinginannya menjadi pahlawan yang kuat sehinggakan mengabaikan keluarganya. Malah, Piccolo adalah seorang bapa yang lebih baik daripada Goku.

Vegeta juga sedar akan sikap Goku ini dalam Dragon Ball Super apabila Goku bingung mengapa Vegeta mahu tinggal bersama Bulma apabila anak kedua Vegeta bakal dilahirkan. Dikatakan ini sebenarnya adalah jiwa Akira Toriyama sendiri yang berbelah bahagi dengan kerjaya dan keluarga.

7. Pemain tenis Super

fakta menarik mengenai goku yang anda tak tahu 7

Pemain tenis terhebat ketika ini, Rafael Nadal merupakan seorang pemain tenis yang terbaik sepanjang zaman sejak kecil lagi. Beliau juga diiktiraf sebagai pemain tenis paling hebat beraksi dalam gelanggang tanah liat.

Apa kena mengena Rafael Nadal dan Goku? Rafael mengakui baahawa Dragon Ball Z merupakan anime paling diminati dan Goku adalah karekter fiksyen paling diminati sepanjang zaman.

Nadal memberitahu beliau akan bergegas pulang ke rumah selepas sekolah untuk menonton episod baru Dragon Ball Z. Artikel CNN membincangkan minat Nadal terhadap anime ini dan menggelarkannya "Dragon Ball of Tennis".

8. Populariti Dragon Ball

fakta menarik mengenai goku yang anda tak tahu 0

Disebabkan anime Dragon Ball tersangat popular, terutamanya Goku, ia telah menyebabkan penghasilan beberapa Safety PSA (pengumuman perkhidmatan awam) dibarisi watak-watak rancangan ini. Video ini dihasilkan bertujuan meningkatkan kesedaran, mengubah sikap dan tingkah laku awam ke arah isu sosial.

Video keselamatan trafik dibintangi Goku adalah video perkhidmatan awam yang dihasilkan pada tahun 1988 yang menunjukkan Goku diajarkan peraturan trafik oleh kanak-kanak bandar kerana Goku hidup di dalam hutan dan tahu mengenai lampu isyarat.

Satu lagi video pasukan bomba juga dikeluarkan pada 1988 di mana Goku, Krilin, Master Roshi dan Yamcha bekerja sebagai ahli bomba sukarela. Goku mengajar kanak-kanak mengenai keselamatan kebakaran.

9. Suara Goku selama 32 tahun

fakta menarik mengenai goku yang anda tak tahu11

Dragon Ball Z versi Inggeris bermula dengan tergesa-gesa menyebabkan beberapa syarikat berurusan dengan dub dan menyunting kandungan anime untuk menjadikannya ia berbaloi untuk disiarkan.

Ia berbeza dengan di Jepun dimana pelakon yang sama dikekalkan sepanjang anime ini disiarkan. Suara Goku telah menggunakan suara pelakon wanita selama 32 tahun.

Suara Masako Nozawa digunakan untuk suara Goku sepanjang penampilannya sejak 1986. Beliau terlibat dengan Dragon Ball sejak episod pertama dan meneruskan sehingga Dragon Ball Super.

10. Kenapa Bezita tidak menjadi Super Saiya ke-3?

Inilah persoalan yang banyak bermain di minda peminat Mutiara Naga atau Dragon Ball ini. Mengapa Bezita langsung tidak bertukar kepada Super Saiya ke 3 malah mampu bertukar kepada Super Saiya ke 4 melangkaui terus tahap ketiga dalam Dragon Ball GT.

bezita menjelma jadi super saiya ke 3

Dalam Dragon Ball Super pula, Bezita secara terus mampu bertukar ke Super Saiya God Blue tanpa langsung menjelma ke Super Saiya ketiga.

Antara alasan yang diberikan oleh Akira Toriyama ialah, masa yang diperlukan untuk menyiapkan lukisan transformasi Super Saiya ketiga adalah terlalu lama. Para pelukis komik pasti tahu berapa lama masa diambil untuk mengikut semula lineart yang sudah di lakar.

Begitu juga dalam Dragon Ball Super, hanya sekali dua sahaja Son Goku bertukar kepada Super Saiya ketiga kerana pengkarikatur dan pembuat animasi terlalu malas untuk melukis lukisan super saiya ketiga yang sangat rumit dan 'complicated'.

Ekstra : Kenapa rambut Super Saiya Warna Kuning?

Jawapan Akira Toriyama untuk persoalan ini juga sama seperti Bezita SSJ3 di atas. Beliau berkata, kalau jadikan warna lain contohnya kelabu, beliau perlu lakukan 'inking' yang juga mengambil masa yang lama dalam penghasilan komik. 

kali pertama son goku bertukar ke super saiya

Jadi membiarkan warna rambut itu dalam keadaan putih (dalam komik) adalah lebih mudah dan cepat untuk disiapkan. 

Kemudian dalam anime/animasi Dragon Ball, warna putih itu diisi dengan warna kuning. Maka terlahirlah Super Saiya yang dibangga-banggakan peminat semua sebagai karakter yang berambut warna kuning dan keemasan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)