Mutiara adalah salah satu fenomena alam semula jadi yang begitu unik. Ianya banyak dijadikan sebagai elemen untuk barangan perhiasan. Mutiara dihasilkan secara semulajadi oleh tiram yang boleh ditemui di dasar laut.

Bagi yang ingin tahu bagaimana mutiara  terhasil, boleh baca artikel Bagaimanakah Mutiara Dihasilkan oleh Tiram? yang pernah kami tulis satu ketika dahulu. Kali ini, kami ingin kongsikan pula 7 mutiara terbesar yang pernah ditemui manusia. Sudah tentulah lagi besar saiznya, lagi mahal harganya!

BESARKAN TEKS     A-  A+

7. Mutiara Arco-Valleys - 605 karat

mutiara arco valleys 138

Mutiara ini luar biasa bukan hanya kerana ukuran dan penampilannya yang menakjubkan, tetapi juga tempatnya dalam kehidupan tokoh-tokoh terkenal sepanjang sejarah. Mutiara ini pernah bertukar tangan antara beberapa maharaja Parsi, Cina dan Mongolia sebelum dihadiahkan kepada Marco Polo.

Mutiara ini pernah lenyap dalam sejarah untuk sementara waktu setelah kematian Marco Polo dan kemudian didapati milik Arco-Valleys, keluarga bangsawan Eropah yang dinamakannya.

6. Mutiara Asia - 605 karat

mutiara asia

Mutiara ini dikatakan menjadi milik Raja Parsi setelah penguasaan Delhi. Mutiara ini kemudian diberikan kepada Maharaja China, Qianlong dan di China ia dilihat sebagai simbol nasib baik dan kebahagiaan. Mutiara ini diberi nama Asia untuk mencerminkan perjalanannya yang menarik.

Mutiara ini juga telah lama diakui sebagai mutiara air masin semula jadi terbesar di dunia. Mutiara ini secara jelas digolongkan sebagai mutiara putih dengan warna keperakan, tetapi tidak pasti kategori bentuk mana yang sesuai dengannya.

5. Mutiara Abalone - 718.50 karat

mutiara abalone

Dat Vi (Peter) Truong menemui mutiara yang luar biasa ini di pantai Mendocino, California dan kemudian berjaya mendapatkan pengiktirafan dari pihak Guinness Book of World Records sebagai mutiara abalone terbesar di dunia. Mutiara ini berbentuk tanduk, dianggap unik dan sangat jarang dtemui.

Walaupun abalone senang dijumpai, ia jarang dijumpai menghasilkan mutiara. Semua mutiara abalone adalah mutiara semula jadi kerana mutiara ini tidak dapat dihasilkan secara buatan.

4. Mutiara Centaur - 856.58 karat

mutiara centaur

Mutiara Centaur juga dikenali sebagai Mutiara Danat Sheikha Fathima binti Mubarak, dikatakan sebagai mutiara permata terbesar di dunia. Mutiara yang luar biasa ini mendapat nama panggilannya sekarang setelah dijadikan batang tubuh dalam patung emas centaur yang dipamerkan di Hotel Abu Dhabi.

Ia sekarang sering disebut sebagai Permata Patung Centaur. Pihak Pearl Revival Committee (PRC) telah bersetuju untuk menamakan mutiara ini "Mutiara Danat Shaikha Fatima Binti Mubarak" sebagai sanjungan buat Sheikha Fatima Binti Mubarak, Pengerusi organisasi General Women's Union (GWA) dan Family Development Foundation (FDF).

3. Mutiara Puteri Palawan - 11,340 karat (2.27 kg)

mutiara puteri palawan

Mutiara yang menakjubkan ini dijumpai di Filipina di kawasan pantai Palawan. Kawasan ini terkenal sebagai habitat kerang gergasi yang pastinya merupakan lokasi banyak mutiara-mutiara besar yang pernah dijumpai.

Puteri Palawan adalah mutiara barok/baroque, yang bermaksud bahawa ia tidak berbentuk bulat atau mempunyai bentuk yang tertentu, tetapi masih cukup berharga! Selain dengan ukurannya yang mengagumkan, mutiara Puteri Palawan ini juga terkenal dengan bentuknya yang mirip otak manusia.

2. Mutiara Lao Tzu - 31,893.5 karat (6.4 kg)

pearl of lao tzu

Mutiara Lao Tzu kelihatan menyerupai lelaki berjanggut dan berpakaian serban dan dianggap unik kerana beberapa sebab. Ia adalah mutiara yang "non-nacreous", yang bermaksud bahawa ia tidak mempunyai warna-warni yang sering dikaitkan oleh kebanyakan orang dengan mutiara.

Walaupun tidak berkilat, ia masih dianggap mutiara dari sudut saintifik. Di samping komposisi mutiara ini yang unik, mutiara ini juga menjadi sumber kontroversi akibat dakwaan palsu bahawa ia sebenarnya mutiara Lao Tzu yang hilang.

1. Mutiara Puerto - 170,000 karat (34 kg)

mutiara puerto

Mutiara Puerto adalah mutiara yang paling terkenal di dunia. Walaupun telah ditemui pada tahun 1996, mutiara ini tidak pernah didedahkan kepada orang awam sehinggalah hampir satu dekad kemudian! Nelayan Filipina yang menjumpainya menyimpannya di dalam beg di bawah tempat tidurnya selama bertahun-tahun.

Beliau menganggap mutiara ini sebagai pemberi rezeki dan nasib baik kepadanya. Mutiara ini hanya didedahkan ketika diletakkan di bawah jagaan saudaranya, Aileen Cynthia Maggay-Amurao yang bekerja sebagai pegawai pelancongan Puerto Princesa. Mutiara besar ini masih menjadi milik pemilik asal yang enggan menjualnya ke kerajaan untuk dipamerkan.

Kredit:

  1. FORBES
  2. NPR
  3. Guinness World Records
  4. SCMP
  5. Intenet Stones



Hakcipta iluminasi.com (2017)